GENG LENSA HIDUP

24 April 2010

MENGAJAR ANAK BERBAHASA INGGERIS

salam
kembali lagi dengan entri yang normal

mengajar anak-anak atau melatih budak-budak bretutur inggeris
peringkat awal kanak-kanak ibu bapa bolehlah mulakan dengan mengajar perkataan ringkas dan mudah. seperti cat, book, ball, ear, eye, hand, & so on....

perkataan ringkas dan tunjukkan sekali gambar berkaitan kepada kanak-kanak. itu sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 1 dan 2 tahun. tetapi apabila sudah berusia 3 tahun dan ke atas mula latih anak untuk memahami frasa ayat yang ringkas dan membina ayat dalam bahasa inggeris. kerana  jika anak-anak masih lagi di asuh untuk menyebut perkataan ringkas sahaja. tahap kemajuan anak-anak masih tidak boleh dibanggakan lagi.

antara frasa yang boleh mula di ajar adalah seperti " up your hand ", " come and follow me" biarkan anak-anak mula faham dan pandai menerima arahan dalam bahasa inggeris. " sit down please", "good morning everybody" dan banyak lagi... dan latih juga anak untuk menyebut ayat-ayat tersebut.

kerana sekiranya anak anda sudah berusia 4 atau 5 tahun tetapi hanya mampu menyebut perkataan ringkas sahaja. itu bukanlah suatu perkara yang membanggakan. masih lagi menyebut cat, ball, book, nose. sewajarnya pada usia 5 tahun anak-anak sudah boleh diajar untuk mengenal phonetic symbol untuk memudahkan lagi sebutan. disamping sudah mampu memahami cerita kartun yang ringkas dan membaca ayat-ayat ringkas pada buku.

seandainya anak-anak agak perlahan untuk menerima semua ini. jangan bimbang, teruskan dengan perlahan-lahan. supaya anak-anak tidak akan jemu dan pastikan mereka teruja untuk berbahasa inggeris. aku melihat sendiri bagaimana mak aku train anak-anak dia untuk berbahasa inggeris. semestinya adik bongsu aku adalah yang paling berjaya dalam berbahasa inggeris. dan memiliki vocab yang tinggi dan tidak menghadapi masalah grammar. huhuhu.... aku masih ditahap biasa saja.... mak aku memang menggalakkan anak-anaknya untuk membaca novel inggeris. kerana beliau merupakan peminat Harry Potter juga =)

oleh itu, latihlah anak-anak anda sebaik mungkin. untuk menjadi insan yang cemerlang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...