Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
merancang untuk berkahwin... berapa lama tempoh yang anda perlu? pada aku tak perlu terlalu lama...
selepas mengetahui tarikh yang sesuai untuk kedua belah pihak... anda boleh mula rancang berapa ramai jemputan... tempahan kad dan tukang masak atau katering yang diingini... tempahan tok kadi juga jangan lupa...
sebab tu antara perkara yang paling penting...
kemudian barulah soal pakaian... dan seterusnya barang hantaran... jika ada... tak ada pun tak pe... he3...
bagaimanapun jumlah wang hantaran perlulah ditetapkan lebih awal... untuk penetapan bajet kahwin... dan ia akan jadi lebih mudah...
pastikan anda sudah menjalani kursus perkahwinan... jangan tunggu last minit.... nanti jadi masalah pula...
3 - 6 bulan lebih awal merancang adalah lebih baik.... dan sudah memadai... tak perlu terlalu awal atau terlalu berlengah-lengah =)
macam aku dulu penetapan tarikh pada sekitar bulan jun... dan tarikh nikah pada november... dalam tahun yang sama... alhamdulillah semua berjalan lancar...
kebetulan kami daripada negeri yang sama... dan kami pun pergi interview kat pejabat agama pun boleh la serentak hehe...
untuk yang merancang untuk kahwin... get ready dan jangan gelabah... tapi memang akan ada perasaan ehhh cukup ke ni... ok ke ni... just ikut je flow dan doa banyak-banyak... inshaAllah semuanya ok hehe =)
No comments:
Post a Comment