GENG LENSA HIDUP

26 January 2015

TIPS MEMIKAT ISTERI

Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji 
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca

pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani
Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"

Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun 
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)

Tegas dalam buat keputusan 
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depn
Jangan kedekut

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please
Jangan tinggal solat ... 
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama2

Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)
Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah

Mandi sama2
Solat sama2

Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
hemmmmm ...
Banyak lagilahhhhhh rasanya ...
TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...
Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.
Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.
Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama2nya ...
Jangan cari kelemahan pasangan anda !
Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.
Wallahu'alam !!
kih3 perkongsian daripada Raja Shamri.... dan pada aku ciri-ciri ni wajar ada pada setiap lelaki... biarpun tak mampu buat semua.... tapi jangan pulak ditinggal terus.... =)
mujur my hubby sangat understanding.... nak nak masa bini dia ni preggy... he3.... rajin urut kaki dan picit belakang tu paling penting =P
semoga kami bahagia sampai syurga... amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...