SEPANG 3 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut perempuan universiti itu yang menjadi mangsa kelar oleh seorang lelaki di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam diculik di kawasan kampus.
Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (gambar) berkata, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, tidak diculik, sebaliknya secara sukarela mengikut suspek lelaki yang dipercayai teman lelakinya itu menaiki sebuah kenderaan.
“Mangsa tidak diculik di kawasan kampus seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya mangsa bertemu dengan suspek terbabit di luar kawasan kampus, kemudian mereka dilihat berbincang dan berbual-bual.
“Nursyuhada kemudiannya secara sukarela masuk ke dalam kenderaan suspek dan bergerak ke satu tempat lain, maksudnya mangsa tidak diculik di kawasan kampus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sesi Menteri Mentor UiTM merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia sesi 2014/2015 di Kem Bina Negara Tanjung Rhu di sini hari ini.
p/s: pada aku memang tak logik jika ada kes culik di dalam kampus.... nak nak dekat area hostel... sebab bukan senang orang luar nak masuk... even kalau dapat masuk pun... pak guard dan mak guard memang ada.... insiden yang dilaporkan dan diceritakan seperti tak logik... dan kebanyakan kes budak perempuan sendiri yang pergi ikut boyfriend atau kawan-kawan luar sendiri... dengan cara melepasi pondok keselamatan.... dengan berjalan kaki... dan mereka pun pergi dengan 'teman' masing-masing huhu =)
dan jika mereka tidak berhubung apa-apa... dek kerana dah tau sikap lelaki tu macam mana... tak logik jugak si lelaki tetiba boleh datang dan mencari gadis tersebut dengan jayanya di kawasan kampus yang agak ramai orang... dan kemudian menculiknya... tanpa diberitahu lokasi yang tepat di mana 'saya' berada... hmmm
kalau ada kecoh2 kes orang ugut dan nak culik... mesti guard akan datang punya.... apapun... ALLAH jua yang lebih mengetahui... jika dah ajalnya begitu... logik atau tidak itu tak diambil kira... Al-FAtihah
No comments:
Post a Comment