KUALA LUMPUR, 24 MAC 2015: Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan nada ceria telah mengumumkan kelahiran anak ketiganya yang juga seorang putera menerusi akaun Twitter miliknya petang semalam.
Menerusi pengumumannya sekitar jam 4 petang itu, KJ menulis yang isterinya, Nori Abdullah telah selamat melahirkan anak pada jam 3.53 petang dan beliau sendiri tidak mengetahui jantina anak ketiganya itu sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Beliau sendiri kemudiannya memuatnaik foto bayi lelaki tersebut yang mana turut disertakan sekali dengan namanya iaitu Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar.
Isteri KJ, iaitu Nori adalah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.
KJ dan Nori berkahwin pada 2001 dan sebelum ini mereka sudah pun memiliki dua orang anak lelaki iaitu Jibreil Ali yang dilahirkan pada 2007 dan Timor Abdullah, yang dilahirkan setahun kemudian.
No comments:
Post a Comment