GENG LENSA HIDUP

06 May 2015

FAHRIN AHMAD NIKAH 9 MEI INI


KUALA LUMPUR , 5 MEI 2015: Tiada angin atau ribut, aktor Fahrin Ahmad tiba-tiba telah membuat pengumuman mengejut sebentar tadi apabila memberitahu bahawa dia bakal melangsungkan pernikahan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini.
Menurut Fahrin, pengumuman dibuat dalam keadaan singkat dan mengejut iaitu kira-kira 3 hari sebelum majlis akad nikahnya itu bakal berlangsung adalah kerana mahu mengelakkan fitnah.
"Majlis nikah ini sengaja saya rahsiakan kerana saya tidak mahu perkara-perkara lain mengganggu perjalanan jodoh saya ini seperti timbulnya fitnah dan sebagainya.
"Majlis nikah saya itu nanti hanya akan diadakan untuk keluarga terdekat, jemputan khas serta  rakan media sahaja.
"Saya memilih tarikh ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya yang ke-36 tahun," beritahunya kepada Portal Murai.
Fahrin mengumumkan berita gembira itu dalam majlis sidang media yang diakan di Flora Terrace Jalan Tun Razak, sebentar tadi.
Fahrin bagaimanapun masih merahsiakan identiti bakal isterinya dan iana hanya akan didedahkan pada hari pernikahannya nanti.
Tambah Fahrin, dia merahsiakan perihal perkahwinannya ini adalah disebabkan permintaan keluarga bakal isterinya.
Majlis resepsi Fahrin masih dalam perancangan dan bakal diberitahu kemudian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...