GENG LENSA HIDUP

07 March 2016

BAGAIMANA NAK UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK



"BAGAIMANA UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK?"

Sebelum suatu produk kosmetik dikeluarkan beberapa ujian keselamatan dan kestabilan akan dibuat oleh pengilang ataupun makmal.

Ringkasnya, 3 ujian yang perlu dijalankan adalah Ujian Mikrob (Microbial) , Ujian Kestabilan (Stability) dan Ujian Keselamatan (Safety)

=====
UJIAN MIKROB
=====

Dalam ujian ini, mikrob dimasukkan ke dalam sampel produk kosmetik dalam jangka masa tertentu untuk menguji adakah bahan pengawet (preservative) yang digunakan berkesan atau tidak.

Selain itu, sampel produk dari setiap batch juga diuji untuk pastikan ia tidak tercemar dengan mikrob seperti bakteria dan kulat.

=====
UJIAN KESTABILAN
=====

Ujian kestabilan dilakukan untuk mengetahui berapa lama jangka masa produk tersebut boleh bertahan untuk menentukan tarikh luput produk.

====
UJIAN KESELAMATAN
====

Ujian keselamatan bergantung kepada jenis produk kosmetik yang dikeluarkan. Contohnya ujian allergik seperti patch testing dan ujian kegatalan/kepedihan mata.

Selain itu, pengilang juga boleh jalankan ujian keselamatan melalui analisis kimia untuk pastikan produk tidak mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan bahan terlarang yang lain (hydroquinone, tretinoin).

=====
BAGAIMANA PENGGUNA MAHU UJI SENDIRI?
=====

Untuk jalankan 3 ujian di atas pasti memerlukan kelengkapan dan kos yang tinggi jika pengguna mahu lakukan sendiri.

Tetapi pengguna boleh lakukan sendiri ujian ringkas untuk pastikan produk kosmetik yang dibeli adalah selamat ataupun tidak.

4 Langkah mudah untuk menguji produk kosmetik anda:

[+] 1. Bersihkan sedikit kawasan kulit di belakang telinga ataupun di bahagian dalam lengan.

[+] 2. Letakkan sedikit produk kosmetik di kawasan kulit tersebut dan biarkan sampai kering.

[+] 3. Selepas 24 jam, basuh kawasan kulit tersebut dengan air dan sabun.

[+] 4. Jangan gunakan produk kosmetik tersebut jika kulit menjadi kemerahan, gatal, pedih ataupun melepuh/gelembung.

Anda boleh lakukan sendiri ujian mudah ini setiap kali membeli atau menggunakan produk kosmetik yang baru.

Jika anda terus menggunakan pada kulit muka, pasti menyesal tak sudah apabila kulit muka menjadi rosak, pedih, bertompok hitam ataupun menjadi parut yang kekal.

Jika tips ini berguna untuk anda, anda boleh share terus dengan kawan-kawan yang lain.

"JADILAH PENGGUNA YG BIJAK MEMILIH"

Rahman Baco - Pharmacist
Your Halal Trusted Pharmacist
Follow www.fb.com/rahmanbaco.my

#rahmanbaco
#kosmetikberacun
#penggunabijak

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...