GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label Riba'. Show all posts
Showing posts with label Riba'. Show all posts

23 April 2014

ORANG KITA ROSAK SEBAB RIBA'

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Lama dah teringin tulis entri tentang riba'...
Riba sangat bahaya dan sangat dilarang dalam Islam kerana itu nabi isyhtihar perang kepada si pemakan riba... setahu aku lah... untuk hujah sokongan korang boleh carik sendiri hadis yang berkaitan...

Hmmm...

Tapi...
Sistem ekonomi yang diperkenalkan di Malaysia kebanyakan nya melibatkan riba'. Nak ikut sistem perbankan islam kosnya lebih tinggi daripada sistem konvensional...

Tu yang ramai pilih jalan terlibat dengan riba'

Loan kereta...
Loan rumah...

Berapa ramai yang buat loan dan tak memilih sistem riba'?

Hatta nak kumpul duit pun... buat loan dekat bank... untuk jana duit kononnya... beribu2 hutang ASB... untuk simpanan akan datang... dengan cara buat loan yang melibatkan riba'...

Nanti awal tahun... sibuk update... nak ambik dividen buat belanja... keluarga... statusnya ape ye? HARAM

Lepas tu nanti anak degil anak gitu gini... sendiri pelik...
Aku tak de bagi makan benda haram pun kat anak aku... ayam aku sembelih sendiri... aku tak curik tulang masa kerja... aku tak itu... aku tak ini... dan macam2 lagi... tapi dia lupa... tentang riba'...

Kami sekeluarga tak pernah buat loan untuk tambah simpanan ASB. Simpanan yang konsisten tu akan mendatangkan hasil... yang lumayan daripada buat loan... tak percaya cubalah sendiri...

My dad kalau kate nak simpan 1k sebulan dia akan konsisten... kalau my dad nak simpankan bini dia pun cam tu...

Hasilnya boleh la guna bila perlu....

Aku kadang2 pelik dengan orang yang belajar agama macam2 tapi selalu buat tak kisah je isu riba' ni haishhh...

Padahal itu perkara yang HARAM

Dah malas nak membebel... JAUHI RIBA' 

SEKIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...