GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

22 February 2015

ADAM ADLI DAN FARIZ MUDA DIBEBASKAN




SHAH ALAM, (MLP) – Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur dibebaskan kira-kira 11.15 pagi tadi.

Adam dilihat berjalan keluar dari lokap bersama dengan Fariz kira-kira jam 11.20 pagi.

Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa peguam mereka, New Sin Yew dan Michelle Yesudas telah menguruskan pembebasan mereka malam tadi.

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menyertai himpunan #Kita Lawan di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Perhimpunan itu bertujuan menunjukkan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas dia disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Foto: Berita Harian

09 March 2014

ANTARA NENEK TUA DAN SAIFUL BUKHARI AZLAN... MANA LEBIH KUAT?

Assalammualaikum

Panas jugak hati ni tengok keputusan Anwar didapati bersalah... tapi tak pe... dari zaman dulu pun ade je kes orang baik dipenjara oleh pemerintah yang zalim...

Aku cuma nak u olls yang percaya anwar meliwat... gerakkan otak dan bawak2 berfikir seperti orang berotak... 

Ade tak isu saiful melawan anwar masa nak kena liwat?
Ade berlaku sebarang kecederaan tak?
At least calar ke...
Terkehel ke...

Nenek tua atau kanak2 yang nak kena rogol pun aku rase tau nak melawan... atas alasan nak jaga maruah diri... setahu aku la...

Ni kan pulak lelaki muda yang bertenaga lawan lelaki tua... cuma mungkin saiful takut untuk melawan anwar jika anwar bawa parang ke... sabit ke... m16 ke... ye tak?

Tapi aku rase sangat aneh dengan orang YANG MENGAKU JADI MANGSA... TAPI TAK RETI NAK MELAWAN PEMANGSA...

Kalau tak melawan pemangsa... u olls tau kan... TU DAH TUKAR ISTILAH SUKA SAMA SUKA...

Yang paling jijik apabila korang ikuti kes ni... kronologi kes sangat tak logik dan tak masuk akal...

I mean konspirasi  yang direka dengan kurang teliti demi survival politik kotor BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...