GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label dunia kucing. Show all posts
Showing posts with label dunia kucing. Show all posts

11 May 2015

'KUCING PRIHATIN' YANG SENTIASA KELIHATAN RISAU



SEEKOR anak kucing berumur lapan minggu diberi nama jolokan 'kucing prihatin' kerana mempunyai 'sepasang kening' dan sentiasa kelihatan risau.

Menurut Dailymail, pemilik, Andy Entwistle, 40, berkata, ketika kucing tersebut dilahirkan, kening tersebut hanyalah satu hitam kecil.

"Bila ia semakin besar, 'kening' tersebut juga membesar. Saya namakan dia 'kucing prihatin' dan nama itu melekat," kata Entwhistle.

Menurut Entwhistle, kucing tersebut merupakan anak kepada kucing baka 'dalmatian' yang terkenal dengan tompokan hitam di badan.

Entwhistle yang mempunyai empat orang anak kemudian menafikan tuduhan bahawa beliau bertanggungjawab melukis kening pada kucing berkenaan.

"Perbuatan tersebut agak kejam.

"Kalau ada sesiapa tak percaya, kami tidak kisah jika mereka mahu menggosoknya sehingga ia tanggal. Ia tidak akan tanggal!," jelas Enthistle.


sumber: Sinar Harian

28 March 2015

ANAK KUCING HAMPIR MATI DICAT WARNA KUNING


CHINA, (MLP) – Dua ekor anak kucing ditemui dalam keadaan menderita dan hampir mati kerana badan kedua haiwan berkenaan dicat dengan warna kuning.

Orang awam yang dikenali sebagai Yue You Meng menemui dua kucing malang itu di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di tepi jalan.

You Meng yang terkejut akan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu terus mengejarkan anak-kucing berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sangat terkejut apabila membuka kotak itu dan mendapati dua ekor anak kucing yang telah dicat dengan cat kuning,” ujarnya.

Menurut You Meng, cat yang disapu pada kedua-dua kucing itu hampir kering lantas menyebabkan kedua-dua belah kakinya melekat.

Tidak cukup dengan itu, mata anak-anak kucing itu juga turut diselaputi cat. 

“Mereka dalam keadaan yang sakit dan hampir mati," tambahnya lagi.

Pada mulanya, You Meng cuba membuang cat yang melekat pada kucing-kucing itu namun tidak berjaya lantas memaksanya membawa kedua-dua haiwan itu ke klinik veterinar. Doktor veterinar yang bertugas terpaksa memotong bulu-bulu kedua kucing itu.

Menurut laporan sebuah portal, anak-anak kucing itu kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak seperti biasa.

Kredit gambar: thehypemedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...