Assalammualaikum...
sebelum ni aku pernah buat pelbagai entri yang mengajak anda semua berfikir kenapa dan kenapa...
ok... sambung... kenapa seluar dalam lelaki dijual di dalam kotak? dan wanita punya biar macam tu je?
1. marketing strategy
jika seluar dalam lelaki dijual berselerak bukan dalam kotak... lelaki akan beli sehelai sahaja... kerana mereka rasa satu sudah mencukupi... dan kerana itu ia dijual di dalam kotak dan lelaki akan ambil satu kotak (nak tak nak terpaksa beli juga) di dalamnya ada beberapa helai... dan akan bayar dengan harga tersebut...
wanita pula... jika seluar dalam mereka diletakkan dalam kotak... wanita akan ambil satu kotak... dan jika dijual berselerak... wanita akan memiliki skop pilihan yang luas dan yang pastinya... sehelai memang tak cukup... haha
2. memilih
sifat lelaki mereka akan ambil dan bayar dan hanya akan lihat pada saiz sahaja... so tak perlu buka kotak... kalau silap beli pun redha je la...
wanita pula... meraka sudah pasti akan belek-belek... jahitannya lah... warnanya lah... dan pastinya akan banyak kotak yang terbuka jika dijual di dalam kotak... ini akan menimbulkan kemarahan tauke kedai... dan mereka akan penat mengemas...
3. pemalu
sebenarnya lelaki lebih pemalu dari wanita? haha betul ke? mereka jarang berlama-lama memilih seluar dalam berbanding wanita... yang akan belek itu ini sebelum membuat pembayaran...
haha jangan marah haaaaaaaaaaaa =P