GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label majlis aqiqah anak che ta. Show all posts
Showing posts with label majlis aqiqah anak che ta. Show all posts

08 January 2015

CHE TA: SEDIA HAMIL LAGI!!!


KUALA LUMPUR , 8 JAN 2014: Meksipun baru sahaja melahirkan puteri sulungnya dua bulan lalu dalam usia 40-an, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan akui dia teruja untuk hamil lagi selepas ini.
Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu berkata jika tiada halangan kesihatan dia mahu hamil lagi paling cepat pada penghujung tahun ini.
"Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi lepas ni dan paling awal hujung tahun ini lah. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat inj kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.
"Tapi kita kena ikut nasihat doktor lah macam mana jika kesihatan dan keadaan saya mengizinkan, saya memang nak hamil lagi.
"Kalau tiada apa halangan insyaAllah saya merancang hendak hamil selepas Aaisyah pun sudah besar sedikit," katanya selepas majlis aqiqah dan kesyukuran puterinya yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara semalam.
Tambah Che Ta lagi dia memahami perasaan suaminya, Zain Saidin yang teruja untuk menimang cahaya mata lagi dan membina keluarga bersama-samanya.
"Yelah, Zain pun memang minat budak kecil. Dia pun beri semangat kepada saya jika saya mahu hamil lagi. Jadi apa salahnya saya ikut permintaanya jika saya mampu untuk hamil lagi nanti," luahnya lagi.
Majlis aqiqah dan kesyukuran Aaisyah Dhia Rana telah diadakan dengan sangat meriah di Hotel Royale Chulan, malam tadi.
Majlis bertemakan rona merah jambu dan gold itu diadakan dengan sangat meriah apabila Aaisyah diraikan di atas pentas yang dihias gah yang tak ubah seperti pelamin pengantin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...