GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label mas. Show all posts
Showing posts with label mas. Show all posts

25 October 2014

TIPS: SI KECIL MENAIKI PESAWAT

Assalammualaikum

membawa kanak-kanak atau bayi bersama ketika dalam penerbangan... mungkin agak sukar bagi mereka yang terbang sendirian...

tetapi jika bersama si ayah ia agak mudah... tetapi jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga... =)

antaranya:

1. pastikan ada gula-gula atau syarikat penerbangan akan bekalkan (MAS akan beri jika kita minta)
2. permainan yang mudah dibawa bersama

kadang kala bagi bayi atau kanak-kanak yang pertama kali menaiki pesawat... mungkin akan ada yang menangis... kerana bunyi yang kuat atau sebu di bahagian telinga.... ada juga yang tak kisah dengan tu semua... ia bergantung bagaimana anda menarik perhatian anak anda...

jika anak di atas ribaan... pegang anak dengan kemas... atau jika anda Breastfeeding... anda boleh susukan dia... jika anak duduk sendiri di tempat duduk pastikan mereka memakai tali pinggang dengan sempurna.... dan anda boleh mula berikan gula-gula dan permainan... bagi mengelakkan anak-anak bosan....

dan jangan terlalu risau jika anda sendirian terbang bersama bayi atau kanak-kanak... kerana pramugari dan pramugara sentiasa bersedia membantu anda...

pendek kata... tiada apa yang perlu terlalu dibimbangi...

'just make them comfortable inside the airplane'





04 September 2014

MAS DIKECAM DI NEW ZEALAND


Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines telah menukarkan nama pertandingannya ‘’Ultimate Bucket List’’ berikutan tuduhan hina.


Malaysia Airlines telah melancarkan pertandingan ini di laman webnya pada hari Isnin untuk pelanggannya di Australia dan New Zealand di mana mereka dihendaki menulis karangan ringkas untuk 500 perkataan.


Soalan yang dituju Malaysian Airlines adalah “What and where would you like to tick off on your bucket list, and explain why?


Dalam Bahasa Inggeris, bucket list adalah perkara yang seorang ingin lihat atau buat sebelum mereka meninggal dunia. Memandangkan Malaysia Airlines telah terlibat dalam dua tradegi sejak bulan Mac, orang ramai di laman media sosial berkata tindakan ini tidak wajar.



Oleh itu, MAS kini sedang mempertimbangkan nama yang baru untuk pertandingan ini.


Kredit Gambar : Forbes

02 September 2014

MAS RUGI KERANA PEKERJA


SEJUMLAH RM6 bilion wang rakyat Malaysia yang membayar cukai dan tidak membayar cukai bakal disuntik ke dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang sudah pada praktiknya bankrap. 

Ini bermakna RM6 bilion bakal dikorbankan dari dibelanjakan untuk pendidikan rakyat, menjaga kesihatan rakyat dan untuk membina infrasrutktur di luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding dengan infrastruktur yang tersedia di bandar-bandar. 

Ini bukan kali pertama MAS diselamatkan. Kerajaan sudah menyuntik berbilion-bilion ringgit ke dalam syarikat itu tetapi ia masih gagal mencapai kemantapan prestasi kewangan. 

Jangan dilupakan bahawa kerajaan telah memberi wang percuma melebihi RM500 juta kepada seorang yang pernah memiliki saham MAS. Kalau ada sesiapa yang membandingkan MAS dengan SIA, pasti ia akan kecewa besar. 

Kedua-dua syarikat penerbangan ini sebaya tetapi pencapaian SIA sudak tidak terkejar oleh MAS. Bezanya, SIA diperkasa, MAS diperkosa.

Rakyat Malaysia mesti diberitahu bahawa MAS sudah pun berada di dalam lorong menuju kebangkrapan sebelum berlakunya tragedi berkembar kehilangan misteri pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17. 

Tragedi berkembar ini hanya mempercepatkan proses kebangkrapan itu. Bibit-bibit kebangkrapan sebenarnya sudah lama bercambah. 

RUGI BESAR

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, MAS rugi besar sebanyak RM1.2 bilion. Jika diperhatikan prestasi kewangan MAS dalam tempoh 2002 sehingga 2013, kita dapati MAS lebih kerap merekodkan kerugian berbanding keuntungan. 

Ia merekodkan keuntungan RM336.5 juta dalam tahun 2002. Keuntungan mengecil kepada RM462.1 juta dalam tahun 2003 dan RM326.1 juta dalam tahun 2004. 

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005, MAS merekod kerugian besar sebanyak RM1.3 bilion, lebih dari menghapuskan keuntungan yang direkod dalam tiga tahun sebelumnya. 

Dalam tahun 2006 dan 2007, MAS membuat keuntungan masing-masing sebanyak RM133.7 juta dan RM852.7 juta. 

Pada tahun berikutnya (2008), ia rugi lagi sebanyak RM271.8 juta. 

Prestasi kewangan kelihatan menuju pemulihan apabila MAS merekod keuntungan sebanyak RM522.9 juta dalam tahun 2009 tetapi pemulihan ternyata bersifat “short-lived” apabila dalam tahun berikutnya (2010) MAS kerugian RM237.3 juta dan 
mengalami kerugian besar RM2.5 bilion dalam tahun 2011.  

MAS merekodkan keuntungan sebanyak RM430.7 juta dalam tahun 2012 sebelum rugi lagi dalam tahun 2013.

PENJUALAN ASET

Ternyata MAS gagal dalam memantapkan prestasi kewangannya dalam tempoh 12 tahun terkini. 

Harus diingat, dalam tahun-tahun ia membuat keuntungan, sumber  keuntungan adalah dari penjualan aset (asset stripping exercise), jarang sekali keuntungan dari operasi.   

Misalnya keuntungan dalam tahun 2002-2004 adalah hasil dari pembatalan destinasi ke Brussels, Darwin, Munich dan Vancouver  kerana  dalam penerbangan pergi dan balik ke destinasi ini MAS hanya “mengheret tayar” – gagal mencari penumpang. 

Maknanya, jabatan pemasaran syarikat itu tidak efisyen mungkin diketuai oleh seorang yang kepakarannya dalam pemasaran, produk penerbangan dipersoalkan.

Apabila Idris Jala menjadi CEO mulai 1 Disember 2005, beliau mendapati pelbagai kelemahan – yang tarafnya ada yang kronik - menghambat prestasi kewangan MAS, antaranya, kenaikan tidak terkawal kos bahan api, kos pembaikpulihan dan penyelengaraan pesawat yang tinggi, memuncaknya kos kakitangan, “yield per seat kilometer” yang rendah, pengurusan perbendaharaan yang lemah dan rangkaian destinasi yang tidak efisyen. 

Dalam hal kos bahan api, amatlah memeranjatkan kenapa pengurusan MAS gagal membuat unjuran tentang arah aliran harga bahan api dan membeli bahan api di pasaran hadapan. 

Juga amatlah memeranjatkan kenapa pihak pengurusan gagal mengurus perbendaharaan, walhal pihak pengurusan wajar berketrampilan dalam hal pengurusan kewangan. Ini kerana sebuah syarikat penerbangan antarabangsa melibatkan pengurusan mata wang yang pelbagai dan berisiko tinggi.  

Akibatnya, dana yang berbaki di dalam perbendaharan gagal menghasilkan pulangan yang boleh menyumbang kepada keuntungan. Syarikat penerbangan negara Singapura, SIA misalannya, amat berjaya dalam pengurusan pertukaran asing (foreign exchange) yang menyumbang kepada keuntungan syarikat.  

KOS BURUH MEMBEBANKAN?

Tindakan MAS untuk "menendang keluar" 6,000 pekerja membawa tafsiran bahawa pengurusan MAS mendakwa kos buruh menjadi faktor utama yang membawa MAS ke arah kebangkrapan. 

Penulis melihat kos pekerja tidak mampu membangkrapkan MAS. Faktanya ialah “labor cost per ASK” (Available Seat Kilometer) – kayu pengukur kos pekerja yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia -  adalah terendah bagi MAS (pada USD0.41) berbanding syarikat penerbangan lain.

Sebagai contoh Cathay Pacific dan Singapore Airlines, masing-masing pada USD0.59 dan USD0.60. 

Oleh yang demikian tindakan MAS di bawah rancangan pemulihan perniagaan raksasanya untuk membuang 6,000 pekerja adalah satu tindakan yang “counter-productive” kepada pemulihan perniagaan syarikat penerbangan itu.  

Angka pembuangan ini merupakan 30% daripada 20,000 pekerja MAS sekarang. Apabila  pemilik MAS (kerajaan) membuat kesalahan besar dalam melantik seorang CEO (dalam tahun 2011) yang pengalamannya dalam pengurusan sebuah syarikat penerbangan dan pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa dipersoalkan, kenapa pula kakitangan bawahan yang dipersalahkan dan didera dengan pembuangan kerja? 

Apabila orang yang bukan ahlinya diamanahkan menjaga sesuatu, tunggulah kemusnahannya.

MEMUDARATKAN PRESTASI

Penulis bukan tidak setuju dengan rancangan “workforce rationalization” tetapi biarlah ia dijalankan secara betul supaya tindakan itu tidak memudharatkan prestasi dan mutu perkhidmatan syarikat penerbangan itu.  

Menyalahkan pekerja bawahan ke atas segala penyakit yang berlaku dalam MAS adalah tidak wajar dalam konteks daya maju perniagaan.
  
Pelaksanaan Skim Perpisahan Sukarela berkemungkinan membawa akibat kakitangan kabin mengambil peluang untuk meninggalkan MAS menyebabkan MAS kehilangan kakitangan kabin yang besar sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan pelanggan. 

Perkhidmatan pelanggan di dalam kabin amat penting bagi sesebuah syarikat penerbangan dan kehilangan masif kakitangan dalam kumpulan ini akan memudharatkan prestasi perkhidmatan MAS. Ini adalah “counter-productive” kepada usaha pemulihan perniagaan MAS.    

Pada penghujung tahun 1990-an, MAS mengambil slogan “Going Beyond Expectation” bermatlamat menjenamakan semula syarikat penerbangan itu ke peringkat antarabangsa bagi memulihkan penerimaan pelanggan. 

Slogan itu digunakan sehingga tahun 2007. Namun ianya gagal memantapkan prestasi kewangannya.  

Lalu dalam tahun 2008, syarikat itu memperkenalkan “Pelan Transformasi Perniagaan” dengan menggunakan slogan perniagaan yang baru “More than just an airline code”.

Apabila ternyata slogan ini gagal menawan pelanggan, ia ditukar pula kepada slogan “MH is Malaysian Hospitality”.
 
Di antara tahun 2008 sehingga 2011, penulis kerap berulangan alik di antara Kuala-Lumpur dan Dhaka, Bangladesh kerana dalam tempoh itu penulis berkerja di Dhaka dan kerap kali berdepan dengan peristiwa perlakuan kakitangan kabin yang bertentangan sama sekali dengan slogan “MH Malaysian Hospitality” itu.  

Penulis melihat dengan mata kepala sendiri penumpang-penumpang diherdik, dikasari dan dilayan hanya secara ala kadar. Itulah dia budi bahasa Malaysia.  Amat tidak bertamadun.  Amat memalukan. 

Di dalam hati penulis berkata: "Inilah ciri-ciri sebuah syarikat penerbangan yang bakal menuju kebankrapan."
 
Sebenarnya, kakitangan peringkat pengurusan memerlukan “massive revamp” kerana prestasi kewangan MAS yang lemah menunjukkan pengurusan yang lemah. Bermula dari CEO sampailah kepada semua ketua jabatan. Semuanya perlu dinilai semula. 

Janganlah teragak-agak untuk mendenda mereka yang berprestasi tidak memuaskan. 

Janganlah disimpan lagi tunggul yang mati.  Letakkan orang yang berkepakaran di tempat di mana kepakaran mereka diperlukan.

Memang ada epal buruk di kalangan kakitangan bawahan MAS yang ramai itu tetapi mendenda mereka secara umum adalah satu kezaliman. 

Kenal pasti epal busuk itu dan adili mereka. Janganlah sewenang-wenangnya membubuh pasir dalam periuk nasi 6,000 pekerja yang bersama mereka ada 30,000 lagi mulut yang perlu disuap.HARAKAHDAILY, 2/9/2014

15 April 2014

BEST KE HOT SEAT AIR ASIA NI?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu....

Berdasarkan pengalaman aku... hot seat ni beza daripada segi harga mahal sket RM30... then masa beratur nak masuk boleh masuk dulu dan tak payah beratur panjang... 

Then seat nye cuma beza ade tanda merah kat sarung tu je... ha3.... sangat sedey... =P

Yang lain serupa je cam yang seat biasa... untuk yang bawa baby senang la sket... kalau dok kat hot seat sebab tak payah beratur panjang...

Tapi pada aku... beli seat hot seat tak berbaloi pun... lebih baik ganti dengan kilo bagasi atau makanan ade jugak faedahnya...

Apa pun air asia memang murah... tapi cam biasa la... setiap penambahan kena bayar kan... tak macam MAS memang complete...

Antara seat MAS dan AIR ASIA aku lebih suka seat AIR ASIA.... untuk kelas ekonomi... tapi kalau BUSINESS CLASS... MAS memang terbaik... la... 

Okay... next time aku cerita lagi mengenai kapal terbang ni ye... tata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...