Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu =)
Antara kelebihan janggut buat seorang lelaki adalah...
1) menampakkan kelelakian
2) lebih handsome dan berkarisma
3) penampilan lebih soleh
4) membezakan lelaki sejati dengan lelaki tak sejati eheh ye ke?
5) lebih diminati wanita
6) mempunyai manfaat kesihatan
7) mencontohi fizikal tokoh2 pemimpin dahulu
Antara kata2 dan hadis baginda Rasulallah saw... berkaitan janggut:
"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu"
(Hadis Riwayat Bukhari)
"Janganlah kamu menyerupai orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Jangan kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (menyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memenjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka"
(Hadis Riwayat Muslim)
Janggut itu adalah di antara sunnah Rasulallah saw =)