GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label pelumba motosikal negara zamri baba koma. Show all posts
Showing posts with label pelumba motosikal negara zamri baba koma. Show all posts

09 June 2015

PELUMBA MOTOSIKAL NEGARA ZAMRI BABA KOMA


Pelumba motosikal negara Mohamad Zamri Baba yang terbabit dalam kemalangan di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2015 di sini semalam, dilaporkan masih kritikal dan koma.

Pengarah Hospital Pertamedika Sentul City Dr Kamelia Faisal berkata, setakat ini sepasukan doktor pakar yang diketuai oleh Dr Muhammad Agus Aulia sedang memantau keadaan Muhamad Zamri yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU). 
    
"Saat beliau dibawa ke hospital ini petang semalam, Zamri telah tidak sedar dan keadaannya telah parah kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
    
Beliau berkata, Muhamad Zamri kini diberi ubat serta alat bantuan pernafasan dan pihaknya terpaksa menunggu keadaannya di tahap stabil untuk melakukan rawatan lanjut termasuk pembedahan.
    
Katanya, selain kecederaan pada bahagian kepala, beliau juga mengalami kecederaan dalaman pada bahagian dada dan hasil imbasan mendapati paru-parunya juga mengalami kecederaan. 
    
"Kita tidak boleh melakukan pembedahan buat masa sekarang kerana Zamri dalam keadaan koma, kita hanya berharap sesuatu yang positif untuk meneruskan rawatan," katanya. 
    
Dr Kamelia berkata, dalam keadaan sekarang, Muhamad Zamri tidak dalam keadaan boleh dipindahkan ke mana-mana hospital termasuk untuk ke Kuala Lumpur sehingga keadaannya kembali stabil.
    
Katanya, bagaimanapun hospital berkenaan mempunyai segala kelengkapan dan kemudahan perubatan untuk memberi rawatan kepada Muhamad Zamri.
    
Muhammad Zamri, 31, yang mewakili MuSASHI Boon Siew Honda Racing dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas semasa Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 semalam. 
    
Selain Muhammad Zamri, insiden kedua berlaku semasa Perlumbaan 2 600cc SuperSports selepas pelumba Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing berlanggar dengan pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat mewakili AP Honda Thailand selepas melepasi garisan penamat. 
    
Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan kaki pelbagai dan juga segera dihantar ke hospital dan mereka sekarang menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...