GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label penat ibu. Show all posts
Showing posts with label penat ibu. Show all posts

03 November 2014

ANAK MENJADI TUAN

Nukilan seorang guru pencen...

Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya.Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya.Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja.Sayalah kena mengasuh."
Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga,tetapi rasa tak sesuai.Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya.Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a.,Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa.Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak.Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh,tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan.Ingatlah,tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain.Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,
_______________________________________________________________________

ini pendapat saya...

saya setuju 100% jangan bebankan ibu bapa lagi atas apa alasan sekalipun.... nenek rindu cucu... nenek nak jaga cucu...

pertama
berilah ibu bapa anda ruang dan masa berehat... daripada menguruskan anak kecil... kerana mereka sudah puas menguruskan anda dan adik beradik anda.... di usia emas masa mereka untuk honeymoon kembali dan meningkatkan amal ibadat

kedua
anak-anak yang sedang membesar banyak kerenahnya dan agak lasak... carilah pengasuh di kalangan saudara mara atau siapa pun yang boleh dipercayai.... yang masih memiliki kudrat yang kuat... biar mereka gunakan duit upah mengasuh untuk kelangsungan kehidupan keluarga mereka pula...

ketiga
banyak juga yang beri alasan buat apa belajar pandai-pandai jika tak kerja... orang yang pandailah even duduk rumah masih boleh menghasilkan duit... selain menghasilakn duit... masih boleh ajar anak-anak... masak untuk anak-anak... jangan tak tahu ada individu bergelar doktor pakar... sanggup melepaskan jawatan itu hanya kerana ingin beri tumpuan kepada keluarga...

jika ada atok dan nenek merungut nak bermain dengan cucu anda lah yang sepatutnya kerap pulang menjenguk mereka bersama cucu-cucu mereka... agar terubat kerinduan... tetapi bukan dengan membiarkan mereka bersusah payah menjaga cucu...

kerana pada pemerhatian saya... ramai anak-anak yang biarkan mak menjaga cucu ini sering berlebih kurang daripada soal upah.... dan kadang-kadang dengan selamber je biarkan anak tu berlama-lama di rumah nenek... jika dengan pengasuh mesti segan kan? dan pasti ada masa tertentu kena ambil anak....

pilihan di tangan anda... sejauh mana pengorbanan anda sebagai seorang ibu... dan kesanggupan anda untuk melayan kerenah anak-anak anda sendiri... adakah setara kesanggupan itu dengan ibu anda...

renung-reungkan... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...