GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label wajib carseat 2020. Show all posts
Showing posts with label wajib carseat 2020. Show all posts

25 December 2019

KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK ATAU CARSEAT: SUAMIKU TIDAK SETUJU


Assaalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu... jika ada yang masih belum sihat didoakan akan diberikan kesembuhan inshaAllah.

kerusi keselamatan kanak-kanak. antara keperluan atau sekadar trend semasa?

di sini aku nak kongsikan kisah dan pengalaman aku sebagai ibu yang memiliki 5 anak. kesedaran untuk menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak ni muncul dah lama since 2018. cuma pada peringkat awal seperti biasa kurang mendapat sokongan daripada pasangan 😂😆.

ceritanya bermula begini...

pada suatu hari... ketika husband sedang baring dan dalam mode untuk tidur... orang kata mode macam ni sesuai kalau bini nak buat permintaan 🤣😆

aku pun cakap kat husband...

"abang, sayang nak beli infant carrier..." nada dah habis lembut dan lemah gemalai 😂

seperti biasa husband yang sering berwajah ketat pun membalas
"nak wat mende?"

seperti dijangkakan akan ada soalan... sudah pasti isteri beliau sudah bersedia dengan jawapan. 😎😎😎

"senang nak bawa baby nanti pergi check up, tak payah tunggu abang... lagipun next year kalau ikut dah wajib... so boleh beli satu-satu kan anak kita ramai" isteri membalas dengan yakin...

isu penggunakan car seat ni... dah lama keluar berita... sejak 2015 lagi... pada masa tu diberitahu 2019 bakal diwajibkan, tetapi ditunda kepada januari 2020... dan sekarang ditunda lagi 6 bulan... supaya lebih ramai ibu bapa bersedia.

memandangkan respon suami kurang memberangsangkan. tak kan kau nak bergaduh kot pasal benda macam ni ye tak?

sejak daripada kejadian itu azam aku nak beli semua tanpa minta dekat suami ha3. tak mau la jadi beban kat laki dehhh isu besar tahi hidung 😂😂😂

seperti biasa bila dah ada plan nak beli... mesti lah kena study dulu jenis-jenis carseat, cara guna, cara basuh, tarikh luput, dan lain-lain... macam mana nak dapat ilmu? join group Child Passanger Safety Malaysia dan Malaysian Carseat Support Group di facebook taip je nama tu... group tersebut akan keluar dan boleh tekan butang join.

lama gila kot baca sana sini nak bagi faham dan cakna ilmu kenapa dan mengapa perlu guna carseat selain hani kawan aku pun ada share dan cerita, juga nasihat jangan riba anak. terima kasih selalu remind aku... 😘😘😘

pada aku bila kawan nasihat perkara yang betul dan baik... kita kena terima walaupun masa tu belum mampu nak laksanakan. 

pendekkan cerita...
aku pun beli satu carseat... covertible carseat... yang boleh laras ikut kesesuaian. boleh guna daripada newborn sampai 18kg.
cuma kalau nak guna untuk newborn tinggi bayi at least 70cm... jika tak better guna infant carrier.

masa tu baby baru belum ada. jadi buckle up amani dulu sebab dia paling kecil. amani pun mudah je terima. awal-awal je dia nangis sekejap. tapi lama-lama ok. sekarang kemain kedekut bila ada orang lain nak duduk dekat carseat dia 🤣🤣🤣

masa awal-awal guna... husband tak de pun tolong buckle up kan anak-anak... aku je la sorang-sorang... tapi kena la gigih buat 😂😂😂
bila kau dah ada kesedaran. sebab aku tau husband nak tengok sejauh mana benda tu dapat memudahkan urusan bini beliau.

kemudian beli pula infant carrier, highback booster, booster without harness.

perlahan-lahan aku mula nampak husband dah rajin tolong buckle up anak-anak 😍😍😍
dan suruh anak-anak duduk dan pakai. 

di sini aku nak cakap... biarpun pada awalnya suami seperti tidak setuju penggunaan carseat... tetapi akhirnya beliau tidak nafikan yang carseat sangat banyak memudahkan urusan (dengan izin Allah)

- anak senang nak tidur tak ada terlentok-lentok kepala
- tiada isu anak berdiri ketika kereta bergerak
- suasana dalam kereta lebih aman dan tenteram
- sesuai untuk kurangkan mak pak membebel suruh anak duduk diam-diam
- laki tak de senang bini nak angkut anak5

dan paling utama bab keselamatan

jadi... jika ada sesiapa yang tidak bersetuju atau kurang bersetuju. atas sebab kenderaan kecil, leceh dan kewangan... sesiapa yang dah ada kesedaran silalah sebarkan kesedaran tanpa jemu.

inshaAllah nanti ramai yang akan berubah. untuk dapatkan persetujuan dalam sebuah keluarga pun agak payah kan? 

inikan nak dapat persetujuan semua rakyat malaysia. ia takkan terjadi tanpa kuatkuasa undang-undang.

nota kaki: jika ingin baca pengalaman mereka yang pelbagai seperti kereta kecil anak ramai, jual emas, jual kuih, buat part time untuk dapat duit beli carseat, anak meninggal terpelanting sebab tak buckle up, anak terhantuk dashboard dan lain-lain pengalaman. jemput join group yang dinyatakan di atas. 

Nor Fadhillah binti Luawi
mom of 5
housewife

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...