salam
auto publish lagi
berkongsi kepintaran Khalifah Ali r.a dalam menyelesaikan masalah
moga ada manfaat =)
Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alat jantina ).Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya.Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu melahirkan anak.Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya.Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga.
Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya.Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya.Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya.Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal.
Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya.Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga , ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya.Oleh sebab itu tulang rusuk sebelah Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.
p/s: semoga pembaca semua diberkati sentiasa
No comments:
Post a Comment