GENG LENSA HIDUP

25 April 2010

DI DUNIA KECIL ITU TANPA GAUTAMA BUDDHA


salam
entri auto publish lagi

aku menahan kenderaan yang berwarna merah putih. kau tau ape? teksi lah!!! pemandu teksi menoleh ke arah aku sambil bertanya aku hendak ke mana. aku jawab station bus seksyen 17. dari blok 23 seksyen 7 shah alam. aku yang terkocoh-kocoh untuk bersiap. hahaha....

sambil mengerling identiti pemandu teksi yang terlekat di laci hadapan. nampaknya lelaki melayu. dan memerhati no plat pendaftaran beliau juga. sambil aku cuba mulakan bicara. menandakan aku ni bukan orang jahat... hehehe... aku pun mula buka cerita... oh... pakcik tu orang kelantan rupanya. dalam kereta beliau tergantung seutas tasbih... dari mekah katanya... pemberian abang ipar....

suasana dalam setiap teksi berbeza mengikut anutan agama pemandu teksi yang aku naik. ada yang meletakkan gautama buddha. ada yang berbau pelik-pelik. bau bunga-bunga seperti aku lalu di depan kuil. macam-macam ada. tapi kisah mereka tetap sama. menanti pelanggan untuk di bawa ke mana yang diminta.

kemudian mereka pun mula rungsing dengan kehidupan yang ada. lantas mula bercerita mengenai kenaikan itu dan ini. tetapi pendapatan mereka semakin susut hari ke hari. kau sedar ke tak hal itu? kebanyakkan teksi bukan milik mereka sendiri. mereka perlu bayar sewa setiap hari. kini kehidupan mereka sukar sekali. saat hujan lebat jalan mulai jem. dan pergerakan setiap kenderaan mulai lambat.


mereka perlu pantas untuk mendapatkan pelanggan. mengumpul wang untuk membayar harga teksi yang disewa. sebelum duitnya boleh di ambil semua. harga minyak mahu naik lagi... mahu makan apa nanti jika sewa pun belum tentu dapat dibayar.... pemandu teksi itu sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati...
sabarlah pakcik. =) 


aku senyum sebelum mengucapkan terima kasih dan turun dari dunia kecil itu....


aku mula terfikir sendiri... 27 tahun dah pakcik tu bawa teksi.... kehidupannya dihabiskan terlalu banyak di dalam teksi.... kebarangkalian untuk bertemu dengan pakcik tu adalah tipis sekali.... inilah dunia manusia bersama ragamnya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...