GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label ayam berempah paling sedap. Show all posts
Showing posts with label ayam berempah paling sedap. Show all posts

19 August 2015

AYAM KAMPUNG GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum

Ini resepi ayam goreng berempah... ayam kampung atau ayam daging mana2 pun boleh...

Bahan2 kisar:
4 inci halia
1 inci lengkuas (xde pun xpe)
2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Setengah sudu makan gula pasir

Kisar semua bahan dan perap dengan setengah ekor ayam... perap paling kurang 15 minit... lagi lame lagi sedap...

Cara2:
Panaskan minyak... guna kaedah deep fry. Masukkan ayam dan goreng sampai brown. Jika suka boleh tambahkan daub kari semasa menggoreng.

Ayam siap.. sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi kukus, nasi putih biasa, dan lain2 atau dimakan begitu saja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...