GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

09 January 2015

GIGI DALAM KENTANG McD



JEPUN, (MLP) - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera, McDonalds di Jepun.

Hal ini menjadikan reputasi restoran berkenaan di Jepun semakin buruk.

Gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka. 

Menurut Timbalan Presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut.

Siasatan awal pihak syarikat setakat ini mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut.

26 October 2014

5 ROLLER COASTER MENAKUTKAN

terletak di Sandusky, Ohio


juga terletak di Ohio Amerika Syarikat
dengan ketinggian 420 kaki dan kelajuan 120 mph


Tower of Terror
terletak di Autralia
dengan ketinggian 377.3 kaki dan kelajuan 99.3 mph


White Cyclone di Jepun
dengan ketinggian 138 kaki dan kelajuan 62 mph


Silver Star di German

ni antara 5 roller coaster yang aku tengok macam menakutkan je nak naik...
mau terkencing hu3







16 April 2014

AJAR ANAK PELBAGAI BAHASA... JADIKAN MEREKA KELIRU?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Mengajar anak kecil dengan pelbagai bahasa sebenarnya lebih mudah... jika dibandingkan mengajar orang dewasa atau ayang dah berumur...

Mungkin akan ada yang bimbang anak2 keliru jika diajar dengan pelbagai bahasa... pada aku tu semua tak jadi masalah...

Anak2 aku... aku dah biasakan mereka dengan empat bahasa... iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, jepun dan arab...

Biasakan diaorang tengok video mengenai bahasa... kira2... dengan bahasa yang berlainan... in shaAllah mereka boleh... selain kita sendiri bertutur dengan bahasa tersebut... 

Pada aku... aku mahukan anak2 aku menguasai bahasa melayu kerana tu bahasa ibunda... aku mahu anak aku mengusai bahasa inggeris kerana tu bahasa antarabangsa.. bahasa arab pulak tu bahasa al quran... dan bahasa jepun tu untuk mereka mudah menonton cerita jepun, anime dan lain2 dan memahami budaya dan adab sopan jepun yang sangat bersivik... memandangkan adik beradik aku memang belajar bahasa jepun dan ade ambik exam... so pada aku tak jadi masalah la...

Dan aku sangat berharap anak2 aku akan gembira bila diaorang dah dewasa nanti sebab... diaorang boleh menguasai pelbagai bahasa... he3

Then... aku berharap ada dia antara anak aku yang akan mengusai bahasa sepanyol dan German... kerana bahasa mereka unik... dan German juga antara negara yang maju dari segi teknologi dan inovasi...

Dan tak rugi rasanya faham pelbagai bahasa... kerana tu semua sangat berguna... =)

Ok... sekian...

14 April 2014

WAWASAN 2020 HANYA TINGGAL KENANGAN

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Wawasan 2020 yang pernah diperkenalkan oleh tun m... malaysia capai status negara maju ye tak?

Dasar pandang ke timur yang tun m sebutkan.... ingat lagi tak?

Jepun yang memiliki status negara maju...
Kebajikan haiwan, manusia, tumbuhan, dan lain2 semua terjaga...
Dari yang muda hingga tua... semuanya kebajikan mereka terjaga...

Anjing pun boleh pegi spa...
Mereka menepati masa...
Tak suka ponteng kerja...
Menjaga kebersihan... hingga tahi anjing belaan pun dikutip sendiri oleh tuannya...
Tidak membazir...
Makan ikot kemampuan...

Pendek kata amalan dan gaya hidup mereka memang sangat sistematik, berdisiplin dan sangat bersivik...

Now dah tahun 2014.... lagi 6 tahun nak cecah 2020...

Rakyat malaysia masih lagi tak terbela...
Penganiayaan terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan ada di mana2...
Masih suka membazir...
Masih mencari2 alasan untuk ponteng kerja...
Masih suka buang sampah merata2...
Masih selalu tak tepati masa...

Sedangkan kita semua majoriti umat Islam...

Di jepun biarpun mereka bukan daripada kelompok yang beragama islam...
Tetapi  mereka sangat menepati masa...
Tidak membazir...
Punyai kesedaran tentang kebersihan yang tinggi...
Dan macam2 lagi... ciri2 yang mesti ada bagi negara yang mengejar status negara maju...

Sebab tu tun m dah lama terapkan dasar pandang ke timur... tidak seperti kita yang hanya mengaku islam tetapi amalan hidup yang suka membazir, suka membuang sampah merata2... biadap di jalan raya... dan banyak lagi gaya hidup yang tidak bercirikan seorang muslim contoh...

So, sama2 lah kita berubah dan amalkan nilai2 islam yang sememangnya telah lama maju sejak dulu lagi...

Jadilah manusia yang memiliki minda kelas pertama =)

Sekian

18 March 2011

PERTANDINGAN SENJATA TAJAM PERINGKAT DUNIA

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang. 


Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. 

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai. 

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang. Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan". 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...