GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label lawak la jugak. Show all posts
Showing posts with label lawak la jugak. Show all posts

18 March 2011

PERTANDINGAN SENJATA TAJAM PERINGKAT DUNIA

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang. 


Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. 

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai. 

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang. Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan". 



03 November 2010

TEH PANAS... TEH SEJUK...

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang... Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab.. 

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20" 

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya.... 

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja... 

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata "Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wang yang aku ada cume 70sen je!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...