GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

11 October 2010

GAMBAR MANGSA KORBAN BAS EKSPRESS 10.10.2010





erm... dahsyat betul kemalangan bas ekspress DELIMA... yang dah mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 40 orang... kebetulan member aku ade bertugas kat hospital melaka... dok la mesej ngan dia... 

ewan: terok sangat la eksiden tu...
aku: ye ke? ko tengok la siapa driver nye... 
ewan: eh eksiden bas sekarang selalu betol.... ko tak payah naik bas lagi la
aku: ha ah aku naik beca je pas ni...

ape pun takziah diucapkan buat keluarga mangsa... dan masalah kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan awam patut dipandang serius... dan tindakan yang wajar perlu diambil bagi mengatasinya...

dan kemalangan kali ni banyak melibatkan mahasiswa kerana mereka pulang ke kampung pada hari cuti sabtu dan ahad... kemudian akan pulang ke ibu kota bagi menerusnkan pengajian... sebab tu ramai remaja sekitar 19-25 tahun yang tercedera dan maut... 

al-fatihah buat mereka...

TERKINI LAPORAN KEMALANGAN NGERI... BERSERTA TEMUBUAL DENGAN MANGSA KEJADIAN...

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM)," kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.


sumber: UTUSAN MALAYSIA online

nota: berita dari semasa ke semasa akan dipaparkan...

TERKINI LAPORAN KEMALANGAN NGERI 10.10.10

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.
Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.
Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.
sumber: KOSMO
nota: kepada ahli keluarga yang terlibat anda semua diharap bersabar...

KEMALANGAN MAUT DI REMBAU

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi. ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.


Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.


Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala - Bernama

sumber: myMetro

semoga yang baru menerima berita ni sabar... 

06 September 2010

TRELER BERTEMBUNG DENGAN ISWARA AEROBACK

SEGAMAT: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara yang dalam perjalanan pulang dari Segamat menghala Labis dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan ketika dipercayai sedang cuba memotong, 3 petang tadi.


_____________________________________________________________


SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.
Dalam tragedi pada pukul 3 petang itu, mereka yang terkorban ialah Md. Shukor Md. Dalib, 47, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Syazwan, 16, dan Mohd. Syafiq, 15.
Pemandu treler itu pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta yang dipandu Shukor dalam perjalanan pulang dari bandar Segamat menuju ke rumah mereka di Felda Maokil 1 di sini.
"Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa dirempuh treler itu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dan remuk teruk," kata beliau.
Menurut beliau, akibat rempuhan itu kesemua mangsa keluarga peneroka itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Abdul Majid berkata kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat.
sumber: kosmo

memandangkan member aku beria nak tau siap mesej lagi banyak betul mesej masuk sejak berita kemalangan ni kuar... akhirnya da tau gak siapa yang terlibat... semoga mereka di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... arwah juga merupakan kenalan bapak aku... Al-Fatihah

26 August 2010

MELONGKANGKAN DIRINYA

salam
moga semua sihat walafiat
di bulan yang penuh berkat ni
jom layan satu video best
perjalanan seorang mat rempit
video ni aku tengok pertama kali mase tahun 2005
dalam HP
aku try search kat youtube ade jugak
layan






sumber: blalang.com

nauzubillah
mintak kita semua dijauhkan daripada kematian mengejut begini
jangan merempit
berhati-hati di jalan raya
di musim perayaan ini?
betul ke tu?
berhati-hati sepanjang mase la derrr =)


p/s: aku tak leh blah ayat "melongkangkan dirinya... ya moto masih hidup..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...