GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

05 November 2014

NGERI: NAK CANTIK SANGAT!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...
lame jugak tak update entri baru...

hehe =)

di Malaysia aktiviti pembedahan plastik, pembedahan sedut lemak dan lain-lain masih agak kurang dijalankan... tapi jika di negara lain seperti Thailand, Korea, United State dan banyak lagi... pada mereka itu perkara biasa...

kali ni aku nak kongsikan betapa sanggupnya mereka demi nak jadi cantik...

kalau aku tak mungkin lah.

ngeri siot!!!



kesan selepas pembedahan







an bukan semua pembedahan menjadi... jika nasib tak baik ada yang bawa maut...
ada yang semakin hodoh...

OMG

harap-harap orang Islam takde yang obses cam ni...
hidup ni sementara je... =)

wassalam

25 April 2013

FOBIA KETIKA DALAM PANTANG...

salam dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat selalu...

memandangkan aku tengah berpantang... topik yang akan disembangkan semestinya mengenai baby dan aktiviti dalam pantang ye... He3... masa 1st baby dulu.... perkara yang aku paling takut bila fikir cam ne nak membuang air besar dan air kecil ketika berpantang ha3... rasa cam klako la plak... nak dijadikan cerita... bila da melaluinya tak da la sakit sakit pun... cuma sesiapa yang ade masalah membuang air besar...kenalah banyakan makan sayur atau buah masa berpantang... jangan lupa minum air yang cukup jugak...insha Allah ok...

sesiapa yang ada bajet lebih boleh la try makan phytonatal keluaran nona roguy... pun bagus gak untuk melawaskan pembuangan air besar... selain tu leh gak makan buah prun.... ataupun pati prun inner shine... insha Allah lepas tu korang akan rasa fuhhh lega... haha

ok la sekian... selamat mencuba =)


25 January 2013

EEEEEIIIII.... TAKUTNYER!!!!

salam dan selamat sejahtera semua...
semoga semuanya sihat selalu la ye...

rasa cam nak share isu...

PENAKUT....

adakah pembaca yang sedang membaca entri ni si penakut??? atau seorang yang berani???

penakut ni ade kelebihan dan keburukan jugak...

kalau takut nak wat benda-benda jahat... bagus la jugak hehehe...

sifat penakut yang berlebih-lebihan ni kadang-kadang menyusahkan orang lain jugak.... 

teringat masa zaman-zaman duduk hostel dulu... bila malam nak pegi toilet.. ajak la member teman... al maklum orang perempuan elok berteman... tetiba yang si peneman pulak yang penakut... OMG... da jadi menyusahkan plak... (lebih baik pegi toilet sorang-sorang daripada ajak kawan..) kita plak yang kena releks kan beliau... sedangkan kita sudah sangat memerlukan toilet... hahaha...

jangan ada yang terasa hati... cuma perlu lebih berhati-hati... bila nak berteman =P

k babai...


08 October 2010

AWASI KEHADIRAN NYAMUK DI HOSPITAL

assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

nyamuk oh nyamuk

pastikan rumah anda bersih daripada tempat yang air boleh bertakung...
cam tayar buruk, alas pasu bunga, botol plastik dan banyak lagi...
hari-hari kan korang leh tengok iklan kat dalam TV tu...

tu bukan la motif entri ni...

aku nak kongsikan ni je...
mungkinkah nyamuk di hospital akan berbuat demikian?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




ni la yang dikatakan manusia yang cukup berseni...
kartun cam ni pon leh terkuar dari kepala diaorang...

25 September 2010

NAJIB MULA TAKUT DENGAN KARTUN...

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.


Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.



"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.



Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya. “Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya. Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.



Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.



"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.


"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.


Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat MalaysiakiniKebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.



Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com. Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.


Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.

Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar.

"Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya.


sumber: malaysiakini


p/s: kalau betol la sekadar lukisan kartun picisan je... wat pe laaaa nak takut sangat ye dak? ni mesti ade ape-ape ni... miahaha =P

nota: aku da tengok da buku ni memang terbaik... aku suka sangat tengok dan bace kartun zunar kat dalam Harakah huhuhu... rossem pon kartun dia best jugak!!! 

31 August 2010

PERALATAN PEMBEDAHAN LAMA YANG MENGERIKAN

salam
buat semua semoga sihat dan gembira...
kali ni aku nak share sesuatu... alatan pembedahan lama yang mengerikan... aku suka lepak dan membace kat page tu.... then aku rase best gak kalau dikongsikan.... cuma ni versi alih bahasa la ye.... ikot bahasa sebenarnye adalah bahasa Inggeris.... hehe... gambar yang sama jugak boleh dijumpai... kalau korang pernah bace dalam mane-mane buku bidang perubatan... yang menceritakan alatan pembedahan klasik.... jom layan....


Peralatan pembedahan yang sangat menyeramkan dan menakutkan dari zaman dahulu. Bayangkan wajah seorang  lelaki tua ketika dia melihat peralatan  ini. Saya rasa ia  akan mati ketakutan.

Amputation Knife (1700s)
Pisau yang digunakan  untuk amputasi pada abad ke-18 yang biasanya melengkung, kerana ahli  bedah cenderung membuat potongan melingkar melalui kulit dan otot  sebelum tulang dipotong dengan gergaji. Pada 1800-an, pisau lurus  menjadi lebih popular kerana mereka membuat lebih mudah untuk  meninggalkan lipatan kulit yang boleh digunakan untuk menutup terkena  tunggul.Amputation Saw (1600s)



Sementara beberapa ahli  bedah memilih untuk mempamerkan kekayaan mereka dihiasi dengan gergaji  rumit seperti ini, di celah-celah ukiran rumit terbukti tempat  berkembang biak bagi kuman.Arrow Remover (1500s)



Tidak banyak yang  diketahui mengenai alat ini, tetapi hipotesis itu dimasukkan ke dalam  luka di kedudukan kontrak, dengan poros pusat digunakan untuk menangkap  anak panah. Pisau, yang tampaknya  memiliki tepi-tepi yang tajam menghadap ke luar, kemudian diperluas  dengan menggunakan gunting-seperti menangani, sehingga memperluas daging  di sekitar panah untuk mengelakkan mata panah dari merobek melalui  daging kerana ditarik keluar.Artificial Leech (1800s)



Penyedotan darah dengan  lintah itu seperti perubatan popular untuk pelbagai keadaan perubatan  bahawa lintah buatan ditemui pada tahun 1840 dan sering digunakan dalam  operasi mata dan telinga. Pisau yang berputar akan  memotong luka di kulit pesakit, sedangkan silinder akan digunakan untuk  menghasilkan vakum yang disedut darahBullet Extractor (1500s)



Extractors Peluru memanjang boleh mencapai tertanam mendalam di tubuh pesakit. Extractors seperti yang  satu ini mempunyai hujung skru yang boleh dimasukkan dalam luka dan  diperpanjang untuk menembusi peluru sehingga boleh ditarik keluar.Cervical Dilator (1800s)



Alat ini digunakan untuk  melebarkan leher rahim perempuan selama persalinan, dengan jumlah  pelebaran diukur pada skala di dalam gagang. dilator tersebut disukai  kerana mereka sering menyebabkan leher rahim sobek.Circumcision Knife (1770s)



Ritual sunat dilakukan di  seluruh dunia dalam pelbagai luasan dan untuk berbagai alasan, namun  beberapa instrumen yang digunakan dalam proses adalah sebagai menakutkan  kerana hal ini pisau Eropah dari abad ke-18Ecraseur (1870s)



Ecraseur ini digunakan  untuk memutuskan buasir dan rahim atau ketumbuhan ovari. rantai itu dilengkarkan  di atas massa dan memperketat menggunakan Ratchet, berhenti peredaran  darah ke daerah tersebutHemorrhoid Forceps (1800s)

nak tau banyak lagi korang leh pegi kat page yang aku ade sertakan sekali tu... hehe... aku suka betol bace cite kat page tu.... lalala

nota: derr aku sakit perot dari semalam sampai le hari ni asik nak tergolek je... nanti da ok aku balas jejak korang hehe =)

26 August 2010

MELONGKANGKAN DIRINYA

salam
moga semua sihat walafiat
di bulan yang penuh berkat ni
jom layan satu video best
perjalanan seorang mat rempit
video ni aku tengok pertama kali mase tahun 2005
dalam HP
aku try search kat youtube ade jugak
layan






sumber: blalang.com

nauzubillah
mintak kita semua dijauhkan daripada kematian mengejut begini
jangan merempit
berhati-hati di jalan raya
di musim perayaan ini?
betul ke tu?
berhati-hati sepanjang mase la derrr =)


p/s: aku tak leh blah ayat "melongkangkan dirinya... ya moto masih hidup..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...