GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kongsikan. Show all posts
Showing posts with label kongsikan. Show all posts

19 January 2011

LAGI KISAH TENTANG TELUR

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

 

31 July 2010

SLEEPTALKING



salam
buat semua moga-moga sihat selalu hendaknya...
bersembang kat kedai kopi semalam...
tetiba muncul satu idea dari bro padin...

ape kate buat entri tentang mengigau.... google... jumpa sleeptalking... hehehe... so pakat-pakat nak buat entri yang sama... nak mengupas isu mengigau daripada dua persepsi... meh la layan entri khas ni hehehe...

mengigau - perbuatan yang biasanya dapat dilihat oleh mereka yang sedar... ni lebih kepada perbuatan yang dizahirkan..

mimpi - biasanya kita je yang tau... tak de la sampai mengahasilkan pergerakan atau kata-kata yang aneh-aneh...

hahaha tu hanya definisi tak rasmi berdasarkan ape yang aku tengok kat forum i luv islam... mengigau ni ade gak bahayanya.... tak caye tengok sini... TERJATUH DARI TINGKAP KETIKA MENGIGAU mengigau juga boleh dikategorikan sebagai gangguan tidur dalam bahasa saintifiknya Parasomnia... gangguan tidur ni termasuklah sleeptalking, sleepwalking, nightmare disorder...

kadang-kadang ade yang bercakap mase tidur... menyanyi mase tidur... marah mase tidur... menangis mase tidur... berjalan mase tidur... aksi seperti sedang bergaduh pun ade gak... macam-macam la... semua tu kebiasaanya tak disedari oleh tuan punya diri... hanya mereka yang ade berhampiran je yang perasan kejadian tersebut...

kadang kala mungkin akan menimbulkan kelucuan... tetapi tak kurang gak yang mengundang bahaya... seperti lagak sedang bergaduh... melagakan gigi... bercakap-cakap perkara yang kurang jelas... ini semua mungkin kerana kepenatan sebelum tidur... ataupun ade bergaduh ke sebelum tidur.... hingga terbawa-bawa ke dalam tidur... gejala mengigau ni mengikut kajian 50% biasanya dialami oleh kanak-kanak... dan hanya 5% sahaja yang dialami oleh orang dewasa...

tetapi masalah ni tak de la memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasinya.. cukup sekadar memastikan dalam keadaan tenang sebelum tidur... dan fikiran tak terlalu runsing... jika mereka yang beragama Islam boleh lah mengamalkan sebagaimana sabda baginda Rasulullah mafhumnya:

"apabila kamu hendak berbaring di tempat tidurmu, maka berwudhuklah seperti engkau hendak solat, kemudian baringlah di atas sisi kananmu lalu bacalah doa: "Ya Allah! sesungguhnya aku menyerahkan diriku kepadaMu.. dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu... dan aku baringkan tubuhku ke hadapanmu kerana mengharapkan pahalaMu dan takut akan seksaMu... tidak ada tempat berlindung dan tak ada pula tempat yang dapat menyelamatkan diri kecuali kembali kepadaMu... aku berimandengan kitabMu yang Engkau turunkan dan dengan nabiMu yang Engkau utuskan." jadikanlah semua itu sebagai ucapan yang terakhir kerana jika kamu mati pada amlam itu kamu telah mati dalam keadaan fitrah"

[HR Muslim]

selain daripada beberapa amalan lain yang diajarkan di dalam Islam sebelum kita tidur... tapi kalau da nak ngigau gak nak wat cam ne hehehe... korang leh gak singgah kat blog padin sebab ade gak cite pasal mengigau ni klik SLEEPTALKING

ade sesape nak kongsikan pengalaman mengigau? melihat orang mengigau? lucu... ngeri... aksi... tinggalkan di ruangan komen =)

iklan: kalau ade sesape nak lepak sesame boleh la pegi kedai kopi padin kat bahagian paling bawah blog dia KEDAI KOPI PADINNO ramai yang ade kat situ... lagi-lagi kalau malam... belalang ade... mak ade... assoy ade... jeman ade... hani ade... Aj ade... jenricho ade... floellen ade.... afiq ade... mankete ade... awek padin ade... aku ade... tu memang tempat lepak nak berborak... so jemputlah datang... =)


p/s: kurang idea menaip mase ngantuk... awal pagi tadi siap entri ni =)

28 May 2010

10 BENTUK BIOTEKNOLOGI UNTUK ABAD KE - 21



salam

ini hanya perkongsian...
buat tatapan semua pembaca.... =)

1. genom manusia, rahsia kod genetik dalam DNA kita akan ditafsirkan.
2. penyelesaian genetik kepada penyakit yang dideritai manusia merupakan harta intelek yang sangat berharga.
3. ubat biotek baru akan menyelamatkan banyak nyawa & menghindar banyak penyakit.
4. bayi pereka bentuk akan dicipta dengan gen terpilih untuk meningkatkan kebolehannya dan menghapuskan ciri-ciri yang tidak dikehendaki.
5.kita akan belajar memanipulasi gen tertentu untuk mempengaruhi kebolehan & kesihatan individu
6. kerjasama antara biotek & komputer akan mempercepatkan perekaan bentuk semula genetik semua jenis hidupan.
7. kita akan belajar kaedah menklon organ untuk menambah baikan kesihatan & umur manusia
8. isu persendirian dan sulit tentang kebenaran melihat data genetik individu akan menyebabkan persengketaan antara orang ramai, peniaga & kerajaan
9. kerjaya, hubungan & peluang dipengaruhi oleh warisan genetik.
10. biotek untuk peningkatan kualiti hidup manusia akan menjadi industri pada abad ke - 21 yang paling menguntungkan.

ini hanyalah imaginasi mereka... kita yang beriman perlu ingat ada yang lagi Maha Berkuasa... kita hanya mencari ilmu miliknya....

ilmu manusia ni ibarat setitik air laut jika dibandingkan dengan ilmuNya yang seluas lautan... "manusia jangan kau bilang tahu segala"

24 May 2010

LAPTOP BUDGET


salam
menjawab pertanyaan daripada member maya aku....
laptop budget dalam 2k sekarang ni banyak dah kat pasaran. model-model lenovo, asus, acer dan compaq pun ada.
kalau untuk tahan lama, ramai member-member aku guna Lenovo. memang tahan lama.
ketahanan bateri bergantung kepada jenis aplikasi yang dijalankan. kalau untuk buat assignment, rasanya tak de masalah kerana tak menggunakan terlalu banyak kuasa. jika tujuan grafik mungkin bateri cepat habis.
laptop cadangan dalam budget RM2k:
1. HP CompaQ – RM1899
2. CompaQ CQ41 – RM2049
3. Lenovo G450-T4400 – RM1699
4. Lenovo G450-T6600 – RM2099
5. HP Pavilion – RM2199
6. ACER ASPIRE 1810TZ- RM1999
7. ASUS A42F-I350W – RM2099

harap membantu
p/s: harga bukan la latest... aku check mase ujung bulan 4 hari tu...
p/s/s: kalau model fingerprint aku suka model Lenovo. ada yang fingerprint reader macam model Lenovo IdeaPad U350 – RM 2699
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...