Assalammualaikum
semoga hari-hari Ramadhan kita semua sentiasa terinspirasi... ramai tokoh-tokoh Islam yang sangat berkaliber... antaranya adalah Sultan Muhammad Al-Fatih...
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda adalah Sultan yang benar-benar menegakkan Sunnah Rasulullah saw dalam kepimpinannya; ciri-ciri baginda:
1. Pecinta ilmu - berguru dengan guru-guru terbaik dari pakar pelbagai bidang walaupun gurunya itu bukan Islam. [The Power of Knowledge]
2, Mengusai bahasa - menguasai pelbagai bahasa dan memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus untuk memimpin. [The Power of Communication Skills]
3. Berfikiran kritis & inovatif - mengambil pengalaman sejarah lampau & sangat memanfaatkan teknologi & kepakaran terkini. [The Power Thinking Out of Box]
4. Strategis - merancang & berfikir secara strategik untuk mencapai visi dan misi yang nyata. [The Power of System]
5.Imaginasi - mempunyai azam kuat serta sentiasa berimaginasi positif untuk mencapai matlamat. [The Power of Intentions]
6. Inspirasi - bersemangat tinggi & sentiasa memotivasikan para tentera dan rakyatnya. [The Power of Inspirations]
7. Pimpinan melalui tauladan - sentiasa menjadi contoh terbaik untuk rakyat & tenteranya. [The Power of Leadership by Example]
8. Kerja berpasukan - sentiasa mengambil kira idea-idea & tenaga-tenaga orang lain serta bekerja dalam kumpulan. [The Power of Team-work]
9. Sedekah - pemimpin yang paling banyak menginfakkan hartanya dalam sejarah Uthmaniah. [The Power of Giving]
10. Sayangkan ulama - sentiasa berdamping dengan para ulama dan sering menjemput ulama-ulama dari jauh untuk tinggal bersama di Istana. [The Power of Spiritual Person]
11. Iman yang tinggi - pemimpin yang tidak pernah meninggalkan Tahajjud sejak dari umur baligh & sentiasa menjadi imam kepada pimpinan tenteranya. [The Power of Sujud]
12. Berserah kepada Allah swt - sentiasa bersangka baik dengan Allah swt dan sentiasa memberi semangat kepada tenteranya dengan kata "Allah sentiasa bersama kita" - The Power of Tawakal]
13. Pengorbanan - Pemimpin yang banyak berkorban harta, masa & tenaga untuk menegakkan kegemilangan Islam. Sentiasa berada di hadapan semasa memimpin tenteranya ketika perang. [The Power of Sacrifice]