GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label tokoh islam. Show all posts
Showing posts with label tokoh islam. Show all posts

03 July 2014

KEHEBATAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH


Assalammualaikum

semoga hari-hari Ramadhan kita semua sentiasa terinspirasi... ramai tokoh-tokoh Islam yang sangat berkaliber... antaranya adalah Sultan Muhammad Al-Fatih...

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; 

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” 
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda adalah Sultan yang benar-benar menegakkan Sunnah Rasulullah saw dalam kepimpinannya; ciri-ciri baginda:

1. Pecinta ilmu - berguru dengan guru-guru terbaik dari pakar pelbagai bidang walaupun gurunya itu bukan Islam. [The Power of Knowledge]

2, Mengusai bahasa - menguasai pelbagai bahasa dan memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus untuk memimpin. [The Power of Communication Skills]

3. Berfikiran kritis & inovatif - mengambil pengalaman sejarah lampau & sangat memanfaatkan teknologi & kepakaran terkini. [The Power Thinking Out of Box]

4. Strategis - merancang & berfikir secara strategik untuk mencapai visi dan misi yang nyata. [The Power of System]

5.Imaginasi - mempunyai azam kuat serta sentiasa berimaginasi positif untuk mencapai matlamat. [The Power of Intentions]

6. Inspirasi - bersemangat tinggi & sentiasa memotivasikan para tentera dan rakyatnya. [The Power of Inspirations]

7. Pimpinan melalui tauladan - sentiasa menjadi contoh terbaik untuk rakyat & tenteranya. [The Power of Leadership by Example]

8. Kerja berpasukan - sentiasa mengambil kira idea-idea & tenaga-tenaga orang lain serta bekerja dalam kumpulan. [The Power of Team-work]

9. Sedekah - pemimpin yang paling banyak menginfakkan hartanya dalam sejarah Uthmaniah. [The Power of Giving]

10. Sayangkan ulama - sentiasa berdamping dengan para ulama dan sering menjemput ulama-ulama dari jauh untuk tinggal bersama di Istana. [The Power of Spiritual Person]

11. Iman yang tinggi - pemimpin yang tidak pernah meninggalkan Tahajjud sejak dari umur baligh & sentiasa menjadi imam kepada pimpinan tenteranya. [The Power of Sujud]

12. Berserah kepada Allah swt - sentiasa bersangka baik dengan Allah swt dan sentiasa memberi semangat kepada tenteranya dengan kata "Allah sentiasa bersama kita" - The Power of Tawakal]

13. Pengorbanan - Pemimpin yang banyak berkorban harta, masa & tenaga untuk menegakkan kegemilangan Islam. Sentiasa berada di hadapan semasa memimpin tenteranya ketika perang. [The Power of Sacrifice]

salam Ramadhan penuh Barakah =)


11 August 2010

BERSAHUR, BERBUKA DAN KENALKAH ANDA DENGAN BEDIUZZAMAN SAID NURSI?

Bediuzzaman Said Nursi

salam
semoga semua beroleh berkat dan rahmatNya

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. 
(The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter)

begitu juga sabda Rasulullah s.a.w:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." 
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

sebagai seorang muslim sewajarnya kita semua mengetahui berpuasa tu adalah satu kewajipan bagi setiap seorang muslim... berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je... pada bulan ramadhan jugak la saat yang paling sesuai untuk melatih diri berbuat kebaikan.... dan seterusnya dijadikan amalan hingga bila-bila... hehehe

BERSAHUR
selain kebaikan dalam melewatkan sahur... bersahurlah biarpun hanya dengan segelas air... kerana bersahur ni lah yang membezakan puasa bagi orang Islam dan golongan kafir... tapi ramai yang tak berapa nak kisah dalam bersahur ni... kan?

BERBUKA
menyegerakan berbuka... semestinya ramai yang buat kan? hohoho dilambung-lambung kurma sementara nak menunggu orang azan... lagi sepuluh minit sebelum masuk waktu berbuka sume da tunggu mengadap hidangan kat atas meja lalalala.... sebab tu tak payah nak pesan banyak kali soh menyegerakan berbuka... hehehe

memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Bediuzzaman Said Nursi juga ada menerangkan dalam buku karangan beliau:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

siapakah Bediuzzaman Said Nursi?
merupakan pengarang Simtud Durar... adalah seorang mujahid Islam di abad ke-14 hijrah... merupakan seorang tokoh pejuang islam di Istanbul, Turki... ramai tak berapa nak kenal tokoh ni... buku tulisan beliau memang best woooo.... nanti kalau ade mase aku terangkan lebih lagi ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...