nampak tak penduduk Hulu Selangor?
menjelang pilihanraya kecil ni satu menteri turun padang semua projek boleh lulus...
semua janji boleh tabur....
meskipun menteri tersebut tak de kaitan pun...
contohnya bila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran turun. dengan selambanya beliau berlakon jadi ‘Menteri Agama dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kewangan’ bagi meluluskan projek tebatan banjir dan fasiliti Masjid di Kg. Sentosa bernilai RM 2.1 juta.
kemudian Najib pula turun ke Felda mengumumkan projek yang lebih besar, RM 32 juta untuk Projek perumahan baru di Felda Soeharto. memang kacau, sebab dulu Felda dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi kini dikepit dicelah ketiak Najib di bawah Jabatan Perdana Menteri.
seterusnya giliran Palanivel yang disebut-sebut sebagai bakal calon pula berlakon jadi ‘Menteri Kerjaraya’ dengan meluluskan projek bernilai RM 354 ribu di kampung Sg. Buaya bagi membina padang kawat (RM144,000), membaik pulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000). memang mengejutkan, walaupun beliau pernah jadi Timbalam Menteri Kerjaraya, tapi selepas kalah dalam PRU-12 dari mana pula dia dapat kuasa untuk gunakan duit Kementerian itu pada masa ini? SPRM masih tidur agaknya.
belum sempat SPRM buka mata, giliran Noh Omar pula masuk panggung dan berlakon jadi “menteri Kerjaraya kedua” bagi mengumumkan projek bernilai RM2.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung 560 unit di tujuh blok pangsapuri kos rendah Seri Semarak di Bukit Beruntung. Pelik juga, bukankah tahun lepas Najib suruh dia jaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
hah! seorang lagi pelakon sensasi belum muncul, Ketua Putera Tua Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim. dia belum pernah berlakon jadi ‘Menteri’, tapi pernah berlakon ‘jadi budak belasahan’ di Bagan Pinang. kita tunggu aksinya masa hari penamaan calon nanti. kali ini bolehlah siap-siapkan ambulans atau keranda terus, biar nampak real.
orang Hulu Selangor tak kan lupa diberi hadiah penyapu oleh mamat tempe
ini betul-betul 1 MALAYSIA =)
No comments:
Post a Comment