GENG LENSA HIDUP

15 July 2010

BARANG NAIK, NASI LEMAK DAN KOPI 'O'


salam
apa khabar semua....
moga sihat sentiasa okay...

boleh senyum lagi?

perkhabaran terbaru harga petrol, diesel, gula, dan liquid petroleum gas (LPG) akan naik tepat 12 tengah malam ni... okay maca? hihihi... khabar ni dah pun diumumkan dalam BULUTIN UTAMA a.k.a BULETIN UTAMA... nak tengok senarai harga terbaru klik SINI

ni bukan entri provokasi... santai je kalau korang bace.... sambil ajak otak korang berfikir sejenak... apasal tajuk entri aku cam tu?

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).

lepas harga barang naik... atau pun sebelum-sebelum ni pun... memang kita dah lali dengan ceramah agama yang menyentuh isu pembaziaran... ye tak? Forum Perdana, Al-Kuliyyah dan macam-macam lagi rancangan yang ade kat dalam TV ... radio... 

maka ramailah ustazah dan ustaz yang dibayar untuk berceramah perihal jimat cermat... sangat selalu aku tengok dan dengar... korang selalu tak dengar? huhuhu... siapa yang selalu datang dan angguk-angguk bila dengar ceramah ni? makcik-makcik, pakcik-pakcik.... kita semua la.... golongan bawahan... ye tak? dalam ceramah tu pun ustazah atau ustaz akan sebut adik kakak... abang-abang... makcik pakcik... betol tak? "jangan la kita membazir... membazir tu amalan syaitan...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kat kita semua... 

kenapa dalam ceramah tu ustaz dan ustazah tak sebut sekali YB-YB sekalian pun jangan membazir? pihak atasan.... jangan lah kamu semua membazir... kerana membazir tu amalan syaitan... kenapa tak sebut cam tu? kan kuar kat TV... asyik kabo kat makcik-makcik je... pakcik-pakcik je... yelah penceramah semestinya dah dibayar oleh penganjur... dan kalau menyentuh isu sensetif bimbang akan digam betul tak?

maka khusyuklah makcik dan pakcik mendengar tentang azab yang akan diterima dek kerana membazir... bermacam dalil yang dibacakan untuk kesedaran makcik-makcik dan pakcik-pakcik... cukup insaf makcik-makcik hinggakan teringat tentang tulang ikan yang masih belum habis telah dibuang begitu saja suatu masa dulu... itu juga termasuk dalam istilah membazir...

apa sangat yang boleh dijimatkan oleh orang-orang bawahan? yang memang hasilnya hanya cukup makan... mahu tanggung anak-anak yang perlu disusukan... disekolahkan... diberikan pelajaran... 

adakah dengan cara begini boleh menyelamatkan negara kita?
ya... begini caranya... dulunya makan nasi lemak sebungkus seorang kini dikongsi berdua... kopi 'o' yang dulunya hitam... kini dibancuh dengan warna hitam yang samar-samar... ohhhhhhh memang memberi kesan ceramah tu... jimat cermat..

persoalan:
apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan? 

sebelum harga minyak naik,  telah sekian lama mereka yang berada diteratak usang tu berjimat makan dan pakai. saban hari mereka mengira belanja untuk membolehkan mereka terus hidup di kala kerajaan belum menaikan harga barang dan petrol lagi...

aku bukan nak sembang tentang perjalanan ekonomi antarabangsa. ramai dah yang bercerita. tapi aku nak bincang soal pembaziaran dan jimat cermat. ye... Islam memusuhi pembaziran... sebagaimana dalam ayat al-quran kat atas tu... 

macam tu la Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan... kesan pembaziran sangat besar... tengok je la negara kita yang kaya dengan pelbagai hasil... sepaptutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ni dengan adil... namu disebabkan pembaziran... harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun... boleh susut mendadak dalam beberapa tahun je...

barang keperluan bertukar menjadi mahal... bantuan yang sepatutnya sampai pada yang berhak tak dapat diagihkan dengan sempurna... persoalannya adakah setiap kali kita semua bercerita tentang pembaziaran kita terbayangkan orang-orang bawahan yang tinggal di kampung atau di bandar je? jika kita mahu berjimat cermat dan tidak mahu membazir... kenalah dimulakan dengan orang-orang atasan... bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang memang telah sekian lama berjimat... hingga tak tahu ape lagi yang nak dijimatkan... mengapa kita perlu terbayang rakyat yang tinggal di rumah persendirian dengan duit poket yang telah lelah?

sedangkan yang di atas leka bermain golf... menghadiri majlis keramain di luar negara... membeli belah dengan mewah... melakukan itu dan ini... rakyat yang membilang butir beras yang entah cukup ke tidak... disuruh jangan membazir...

rasanya cukuplah... renung-renungkan...

wallahualam...


info: esok tepat pukul 5:28 minit petang 16 julai 2010 matahari tepat di atas kaabah... so boleh lah setting balik arah kiblat yang sebenar korang ye... jangan lupe ambik kayu... check it out bebeh...  =)

11 comments:

Amir Syahir said...

adakah mereka boleh bergelar pemimpin jika isteri sedang buat dosa? pakai tudung pun tak reti?

jaya jr said...

tu laa pasal miss XYZ..

suka nk highlite pasal mnde2 camni..
rakyat macam tertipu je..
kerajaan berniaga dgn rakyat sendiri..
yg sepatutnye murah jadi mahal sebab nk kaut pitis..

Unknown said...

Mantap!saya mmg cukup benci dgn ulama berbayar ni.Ulama su'u yg boleh kita bayar utk dimanipulasi.

Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa umat terdahulu pernah rosak kerana mereka hanya menghukum org bawahan,dan itu telah berlaku di malaysia,maka kita diambang kerosakan..
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

econpolics said...

errmm,,,

Malaysia ku,,,,,Malaysiaku,,kekeke

suma da lali dgn bende nie,,,

tapi tetap undi diorg,,xtau la

piewahid said...

satu lagi 'bukti' rakyat diutamakan...!

zulkbo said...

salam..
yang nyata gaji takkan naik..
koi dah kabo entri koi sebelum ni
pelahan2 kerajaan nak tarik balik
subsidi..kerajaan dah tak de duit..berabis ke mana tak tahu lah..jadi miskin la kita sekarang ni 5 sen seliter minyak..

terokai seni said...

nak buat pilihanraya takdak duit, cekau duit rakyat plakkkk

Unknown said...

weyy,
org kaye tak minum kopi o..
fresh oren laa.. haha

nabilah_2908 said...

Yeah....marilah kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan di ats kenaikkn harga ini.....rakyat di utamakan.....!!(-_-)

jom ke APA KATA HATI pulak,
PERKARA-PERKARA YANG MENGUNDANG KEPAPAAN - PART 2

Mario said...

tunggu je nnt saat dan ketika...

RedBoys said...

Salam..
kerajaan skrg sudah tiada duit..
cuba lihat.. skali PR, berpuluh-puluh ribu habis..
habislah kita rakyat jelata yg masih bernaung d bwh pemimpin kerajaan yg tak pndi menguruskan wang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...