GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

09 February 2016

KERANA SANGAT MEMINATI FLINSTONE SULTAN JOHOR MEMBINA SEBUAH ISTANA FLINSTONE

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...

Kerana amat meminati kartun flinstone... kerabat johor telah membina sebuah istana bertemakan flinstone di mersing johor...

Kisah ini telah disiarkan dalan History Channel...









12 May 2015

TUN M: PAKATAN AKAN PERINTAH NEGARA JIKA NAJIB GAGAL TANGANI ISU 1MDB



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesan.

"Apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, dia tidak dapat menerima negara diperintah oleh Pakatan.

"Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam.

"Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

"Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita," tegasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Najib dilaporkan berkata anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB perlu dipercepatkan.

Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

27 April 2015

ADEGAN LUCU MENJELANG PILIHANRAYA

assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

nah aku sajikan gambar ni dulu...
okay bila menjelang pilihanraya kecil atau pilihanraya umum...
begini lah situasi yang kita sering jumpa...

yang paling untung rakyat...
tapi sat je lah biasanya... sebelum masa mengundi...

pasti...
akan datang gerombolan peluk erat-erat pakcik makcik
datang suapkan makan buat warga tua...
tumpang motor pusing-pusing kampung...
lepak-lepak makan nasi bungkus...
tolong bersihkan longkang...
datang belai-belai sambil potongkan kuku...

kalau bukan detik pilihanraya semakin hampir
jalan masuk kampung siap ada bodyguard...
orang kampung disuruh ke tepi sebab ada YB nak lalu
makan meja mesti asing... siap ada dome set...

barulah nampak beza YB dengan rakyat...

selamat mengundi =)




17 March 2015

SENARAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG BAKAL DIKENAKAN GST

senarai-barangan-dan-perkhidmatan-yang-dikenakan-gst










Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diimplemen pada 1 April 2015 
pada kadar 6 peratus. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) masing-masing 
pada kadar 10 peratus dan 6 peratus dahulunya akan digantikan dengan GST.
Kebanyakan barangan dan perkhidmatan (kecuali keperluan asas) akan dikenakan 
GST termasuklah barangan yang dahulunya tidak dikenakan SST.

Antara barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai barangan dan 
perkhidmatan adalah:

Kad Kredit


Cukai kerajaan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun serta RM25 yuran bagi 
kad tambahan akan dimansuhkan pada 1 April apabila GST mula diimplemen.

Sebaliknya GST akan dikira berdasarkan yuran tahunan kad kredit yakni boleh 
terangkum dari jumlah RM70 hingga RM1,000 bergantung pada jenis kad.

Buku dan e-buku


Cukai 6 peratus akan dikenakan ke atas semua jenis buku kecuali kamus, 
ensiklopedia, surat khabar, buku teks, buku rujukan, buku kerja dan kitab-kitab 
agama. Kesemua terbitan ini tidak tertakluk kepada GST.

Pembekal e-buku tempatan seperti e-sentral dan MPHonline juga akan dikenakan 
GST manakala syarikat asing seperti Google Play dan Apple iBookstore tidak 
tergolong dalam cukai 6 peratus tersebut.

Rumah


GST juga dikenakan terhadap bahan-bahan asas pembinaan seperti simen, 
batu-bata dan pasir bagi kedua-dua hartanah kediaman dan komersial. Jentera 
berat seperti kren juga dikenakan cukai. 

Sebelum ini, bahan-bahan mentah tidak termasuk cukai SST. Harga rumah 
dianggarkan mengalami kenaikan sebanyak 2.6 peratus maksimum.

Petrol


RON97 akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.  
Bagaimanapun RON95, Diesel dan gas asli cecair (LPG) terkecuali. 

Bekalan Elektrik


Isi rumah akan termasuk 6 peratus GST jika penggunaan bil elektrik melebihi 
300 unit.

Kereta Terpakai


Pada masa ini, kereta terpakai  adalah tidak tertakluk kepada SST malah tidak 
tersenarai dalam barangan yang dikenakan GST.

Industri kereta meramalkan bahawa kereta terpakai akan tertakluk kepada 
cukai tambahan 6 peratus selepas pelaksanaan GST pada bulan April.

Perkhidmatan Perbankan


Bayaran RM1 jika menggunakan perkhidmatan MEPS di ATM akan meningkat 
kepada RM1.06. Tiada GST akan dikenakan sekiranya membuat pengeluaran 
dari ATM bank sendiri.

Begitu juga dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank, seperti pemindahan 
wang (contohnya pesanan juruwang dan permintaan draf), pindahan telegraf, 
pertukaran wang, pinjaman, perkhidmatan cek dan kad debit akan turut tertakluk 
kepada cukai sebanyak 6 peratus (perkhidmatan, komisen atau yuran langganan).

Yuran Kelas Tuisyen


Bermula April, GST akan mula diimplemen ke atas yuran tuisyen, lantaran pusat 
tuisyen tidak dikategorikan di bawah institusi pendidikan.

Khidmat Kecantikan


Harga perkhidmatan kecantikan seperti rambut, rias kuku dan rawatan muka 
akan dikenakan 6 peratus GST. Perkhidmatan urut akan dikenakan GST jika 
jumlah jualan tahunan bagi perniagaan itu adalah RM500,000 dan ke atas.

Selain daripada perkhidmatan kecantikan, kosmetik dan produk lain untuk kulit, 
rambut dan penjagaan badan juga akan dikenakan GST.

Produk kecantikan yang dijual di lapangan terbang dikira barangan bebas cukai 
dan tidak termaktub kepada cukai GST.

Walau bagaimanapun, peniaga yang pernah mendaftar akan dapat mengurangkan 
kos dengan menuntut kredit cukai input bagi premis yuran sewa, kos elektrik dan 
peralatan yang dibeli untuk menjalankan perkhidmatan. Cukai input merujuk kepada 
GST yang dibayar oleh perniagaan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang 
digunakan untuk melaksanakan perniagaan.

Insurans


Semua polisi insurans kecuali insurans hayat akan dikenakan 6 peratus GST 
bermula April. GST juga tertakluk kepada semua dasar tradisonal dan berkaitan
pelaburan yang mempunyai manfaat dari penyakit kritikal atau perubatan 
kemalangan persendirian.

GST dikenakan ke atas polisi premium tradidional. Bagi polisi berkaitan pelaburan 
pula, cukai 6 peratus dikenakan ke atas caj insurans. Caj insurans akan 
meningkat dengan usia kerana caj insurans yang lebih tinggi bagi polisi berkaitan 
pelaburan.

Kurang dari sebulan sebelum GST mula dilaksanakan, adalah satu perkara yang 
baik untuk memahami bagaimana GST akan memberi kesan kepada perbelanjaan 
seharian.Pengetahuan ini dapat membantu merancang perbelanjaan masa hadapan 
dalam mengurangkan kesan negatif GST.

Kredit gambar: therakyatpost, agendasemasa, publishingperspectives, wikimedia, PA, ooo.my, 
winpoin, mbsa-mppzon5, ogleschool, fbs.anu

13 November 2014

TUN M: PEMIMPIN HARUS BERUNDUR JIKA TAK LAYAK



KUALA LUMPUR, (MLP) – Ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peluang harus diberi kepada orang lain jika pemimpin itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
"Saya percaya jika kita memegang satu jawatan itu untuk masa yang panjang tetapi kita tak berjaya, ianya harus diberi kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti kerana ingin memberi tempat saya kepada orang lain dan inilah satu tanda seorang pemimpin, tambah beliau.
Dr Mahathir memberi ulasan tentang kritikan beliau tentang isu kepimpinan Umno Selangor yang beliau rasa mereka perlu berundur jika tidak layak.

Kredit Foto: Says 

30 September 2014

KETUANAN BARISAN NASIONAL

Assalammualaikum...

semoga semuanya selamat dan sihat....

buat kakitangan kerajaan biarpun bukan pemyokong kerajaan... kadang-kala terpaksa mendengar hasutan daripada Barisan Nasional yang disampaikan ketika mengikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing...

ia... kadang-kala menjengkelkan bagi mereka yang memang tak setuju dengan cara pemerintah yang memperalat semua medium awam dan swasta yang ada...

seperti ini... para guru terpaksa mendengan agenda 'menakut-nakutkan' golongan cerdik pandai

secara 'cerdik' nya... bukan lah mudah untuk DAP mengusai Malaysia... dan secara bijaknya bukanlah mudah mereka nak buang atau kurangkan penjawat awam... melainkan atas alasan mereka suka mengular @ malas....

tetapi itulah yang sering dicanang-canangkan... bagi menakutkan para penjawat awam... apa yang dimaksudkan DAP 'buang' kakitangan awam itu adalah... buang penjawat awam yang jenis suka mengular... kerja jaga kaunter pertanyaan... tapi selalu lesap... mahu kerja hingga usia 60tahun tapi hampir setengah tahun cuti sakit... mahu gaji naik tiap-tiap tahun... tapi selalu mengular pergi bawa kenderaan jabatan hantar bini pergi pasar beli ikan dan sayur...

haaaaaaaaaaa penjawat awam macam ni lah yang patut kena buang... tak usah lah dibela lama-lama... itu akan merosakkan integriti Jabatan...

BN mahu semua rakyat anggap mereka Tuan... ya... jika Tuan tak ada kami akan jadi sangat teruk... dan terseksa... haha itu yang cuba BN gambarkan jika DAP perintah Malaysia... hatta Pakatan Rakyat sekalipun atau ada wujud apa-apa gerombolan lain... selain BN yang mahu memerintah Malaysia... maka BN akan gambarkan kehidupan rakyat akan merana tanpa BN....

come on lah...

hakikatnya...
DAP dah take over Pulau Pinang... ada tak dibuang nye penjawat awam? jika dibuang siapa yang nak buat kerja? 

sikap BN inilah yang masuk dalam kategori hasutan... tapi kerana mereka pemerintah mereka tidak dianggap penghasut... 

BN akan menakut-nakutkan semua di semua peringkat... di institusi pengajian tinggi... pada penjawat awam... orang-orang kampung...

dan... jika mereka yang waras dan percaya dengan ketentuan Allah pasti tidak akan termakan dengan kata-kata BN ini....

so renung-renungkan...

babai =)


03 December 2013

KAZIM ELIAS VS NIK AZIZ

Assalammualaikum

Terhot dan terhangat

Isu ustaz kazim dilantik jd MT...
Oh mannn aku tak la nak kutuk ke ape...

Baru berapa hari je kena maki hamun dah keluar isu.... kenapa beliau dimaki.... aku rasa nik aziz tu lagi teruk kot kena maki... bertubi2... dalam tv3 kena... kat blog kena maki.... macam2 gelaran dia dapat termasuk fotonya diedit sambil pegang peha pompuan...

Bila anda memillih untuk perjuangkan agama... kena lah kental caci maki... pulak tu anda join parti politik... kena lah bersedia mental dan fizikal... 

Ditambah pulak anda join sebuah parti yang tenat... dan banyak menimbulkan masalah kepada majoriti rakyat...so dari awal lagi anda patut berfikir panjang... dan berjuang untuk agama Allah bukan berharap ada yang menghargai... tetapi anda berjuang kerana faham ganjaran di sisi Allah sangat besar. 

Apepun jika baik dan betul niatnya... akan mendapat hasil yang baik juga akhirnya... dan jika sebaliknya... Allah tetap akan membalas biarpun hanya sebesar zarah... 

22 October 2013

PULAU PINANG BANJIR LAGI DAN LAGI... NI SEMUA KERAJAAN NEGERI PUNYA PASAL...

Assalammualaikum

Haha
Ni semua salah kerajaan negeri sebab tak ambik tau hal rakyat... sebab tu banjir... kate seorang brader.. mase kena interview dengan wartawan tv3..

Tak lame kemudian...

Negeri kedah dan perak pulak banjir...

Brader tu tak kate pulak salah kerajaan negeri...

Mentang-mentanglah pulau pinang tu PR pegang...

Bosan betul la semua benda nak spin....

08 September 2013

JANGAN MARAH KERAJAAN!!! KAU SUSAH SEBAB KAU KURANG USAHA...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Isu kenaikan harga minyak... telah menimbulkan pelbagai pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak...

Terutama pandangan , enteri dan juga rakyat...

Di pihak kerajaan mereka mengatakan kenaikan ini untuk memastikan ekonomi malaysia terus nstabil dan ni semua akan digunakan untuk membantu rakyt miskin dan pembangunan yang lain...

Hakikatnya kenaikan harga minyak adalah kenaikan berangkai..

Bila para penju menaikan harga barang maka ada yang berbunyi... buat ape naik harga barang... kan minyak naik 20sen je...

Penjual juga ada kehidupan mereka sendiri.. bagi ,memastikan  kelangsungan hidup... mereka perlu mengikut keadaan semasa...

Selain tu... penyokong po BN juga akan berbunyi..

Kau kurang usaha... jangan salahkan orang lain... jangan salahkan kerajaan sebab naikan harga minyak... 

Mereka yang hidup susah bukan sebab kuang usaha... kadang kala mereka berusaha siang malam untuk mencari sesuap nasi...

Cuma bezanya mereka dengan kamu  Allah dah izinkan kamu untuk hidup senang atas usaha kamu... dan mereka yang hidup susah masih gigih berusaha untuk teruskan kehidupan...

Tak usahlah bangga dengan usaha dan kesenangan kamu... kamu takkan senang kalau bukan dengan izin Allah

Sebagai pemimpin anda dipilih untuk membela nasib rakyat... renung-renungkan...

03 September 2013

ANTARA SIRAP LEMON DAN PETROL

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bila macai berbunyi...
Apelah najib naikan harga minyak 20sen pun kecoh
Harga kopi kat starbuck mahal tak kecoh pun...
Harga sirap lemon kat kopitiam mahal kau tak kecoh pun...

Cewahhhhh ayat ala-ala intelek gitu...

Kau ade duit kau pegi lah minum kat starbuck
Kau ade duit kau pegilah minum air sirap lemon kat kopitiam

Cuma bila harga minyak naik...
Kau boleh ke pegi kerja jalan kaki ramai-ramai?
Kau boleh ke pergi kerja naik pengangkutan awam?

Hatta kau boleh buat cam tu pun...

Boleh ke kau elak daripada kenaikan harga barang?

Tu yang dinamakan kenaikan berangkai...

Sirap lemon tu mahal ke murah... ikot suke kau lah nak minum ke tak!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...