GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

10 October 2012

BERDOA ATAU MEMBACA DOA?

salam dan selamat sejahtera semua...

membaca buku...
membaca majalah...
membaca papan tanda...
membaca skrip...

membaca membaca membaca...

bila sebut membaca... mestilah ada sesuatu yang nak dibaca... ye tak??? kalau kita membaca doa.... boleh jadi bait-bait ayatnya serupa dengan orang lain... dan jika terleka atau lalai boleh terlupa bait-bait doanya... atau tersilap baca bait-bait doanya....

maka tahap kekhusyukan boleh berkurangan...

jika kita berdoa....

kita boleh minta apa saja yang baik-baik daripada Allah S.W.T... nak mintak cerdik boleh... nak mintak bahagia boleh... nak mintak petunjuk boleh... katakan la... ape saja yang terlintas di hati... segalanya Allah S.W.T boleh mendengarnya... 

kekhusyukan akan lebih terasa... dan hanya mereka yang berdoa saja mampu menitiskan airmata kerana ingin doanya dimakbulkan... tak kiralah kita berdoa dalam bahasa apa pun... Allah S.W.T itu Maha Mengetahui...

jadi... pilihlah anda sama ada mahu berdoa atau membaca doa...





12 June 2010

FORGIVE ME YA ALLAH...


Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.
Wahai Tuhanku,
Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.
Wahai Tuhanku,
Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.
Wahai Tuhanku,
Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.
Ya Rahman. Ya Rahim,
Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…
kiriman emel: azmidi bin mat nawi (bro midy)

14 May 2010

S.A.B.A.R [ i LOVE u ]

salam...

fuhhhh... entri sepantas kilat
wink wink wink

harap S.A.B.A.R cepat sembuh
harap S.A.B.A.R cepat sihat
harap S.A.B.A.R rajin makan ubat

S.A.B.A.R dah mau makan bihun sup
S.A.B.A.R dah boleh bual-bual kat telefon
S.A.B.A.R dah boleh sembang dengan A.K.U
S.A.B.A.R dah boleh say "bai bai bai"

S.A.B.A.R tunjuk macam-macam ubat kena makan
S.A.B.A.R dah betul-betul sembuh nanti boleh makan pau kelapa
S.A.B.A.R senyum je A.K.U ingat faveret dia
S.A.B.A.R cakap tak dapat peluk takut A.K.U sakit

A.K.U doa S.A.B.A.R cepat sembuh nanti boleh bace blog buruk ni =)

11 May 2010

BERDOA DALAM BAHASA INGGERIS

salam
giler kau entri macam ni...
aku nak sembang hal doa...
doa tu ape?
tau ke adab-adab berdoa?
kisah-kisah pasal orang berdoa?
boleh ke doa yang tak baik untuk orang lain?
wahhhhhhhh banyaknye nak tau...

aku bukan ustazah & semestinya bukan ustaz...
jauh sekali mufti...
wakakaka...

DOA
memohon atau meminta sesuatu yang bersifat baik kepada Allah SWT.

waktu-waktu mustajab berdoa:
- selepas solat wajib
- antara azan & iqamah
- pada sepertiga malam
- masa hujan lebat
- saat sedang berpuasa
- dalam sujud terakhir
- saat menunaikan haji (di hadapan kaabah)
holy land @ tanah suci... kau faham tak? Insyallah mujarab
ini adalah di antaranya....

adab-adab berdoa:
- menghadap kiblat
- seeloknya berwuduk
- menadah tangan
- menutup aurat (sopan la)
- mulakan dengan istigfar
- selawat ke baginda Rasulullah
- berdoa dengan penuh khusyuk & mengharap
- rendahkan suara (tak perlu pitching tinggi)
- doa berulang-ulang tanda kita benar-benar berharap
- akhiri doa dengan selawat nabi & istigfar juga puji-pujian
ini adalah serba sedikit yang aku tau...
mahukan lebih sila tanya ustaz...

weh!!! doa boleh ke dalam bahasa inggeris?
gile ko... arab je la boleh...

kadang-kadang kita terlalu obses menghafal doa..
tapi tak tau pun maksud doa tu...

mane lebih baik?
berdoa dalam bahasa melayu & faham maksudnya..
atau dalam bahasa arab tapi tak faham langsung maksudnya...
yelah kita ni bukan ustaz, ahli agama & bla bla...

macam kita tau...
kebanyakkan rakyat MALAYSIA memang HEBAT menghafal
tetapi belum tentu FAHAM & HADAM dengan sesuatu perkara...

yelah...
bila jawab pekse...
soalan konar sikit...
dah gelabah nak jawab..
sebab yang dihafal tak serupa dengan yang ditanya...

macam tu jugak dengan menghafal doa...
orang yang betul-betul faham akan doa yang diucapkan...
mampu menitiskan air mata...
kalau hafal..sekadar menghafal je la..
belum tentu hadir bersama hati...

ada betul ka?
kalau aku silap sori la...
tapi itu yang aku nampak...

perlu ingat!!!
ALLAH MAHA MENDENGAR
ALLAH MAHA MENGETAHUI
ALLAH MAHA BIJAKSANA

so the conclusion is...
tak kisah lah nak guna bahasa apa pun berdoa...
dalam solat je yang mesti cakap arab...
ada betul ka?

menjengah blog:
mar kita jengah blog RESEPI RAHSIA KU. milik capt. best weh setiap entri capt. aku respek lor... mane la capt dapat ilham wat entri yang menyentuh jiwa & raga aku.  capt juga salah sorang follower aku & ade link blog aku kat blog dia... setiap kali ade entri baru capt rajin datang kabo... pape pun TQ ye capt. entri yang memang makan dalam pada aku adalah... KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?

05 May 2010

DOA IBU UNTUK KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

salam
doa ini aku dedikasikan buat mereka yang sedang PREGNANT
buat KAK SITI, LYNA, & sesiapa yang sedang PREGNANT

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam." 


 'Beramallah kamu kerana Allah....janganlah kamu beramal semata-mata kerana memandang kepada fadhilat atau kebaikan yang kamu perolehi hasil mengamalkannya'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...