GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label gaya idop sehat. Show all posts
Showing posts with label gaya idop sehat. Show all posts

22 September 2010

BUAH LABU YANG GANAS!!!

si labu PEMBULI...

si labu setelah penat MEMBULI

si labu MENGGIGIT si lemon

si labu MABUK huhuhu...

si labu MENGAMUK... 


fakta tentang labu:

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau. 

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit. Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

p/s: labu bukan sekadar dongeng dalam cite cinderella je... huhu

06 August 2010

WAH SUDAH PREGNANT!!! TAKUT GEMOK AIR LA PULAK....



salam
semoga semua sihat walafiat...
moga bertambah berkat...


sebenarnya tajuk entri ni tak de berkaitan sangat ngan tajuk aku nak share malam ni hehehe... 


kali ni nak bercerita tentang jaundis neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirubin dalam darah di kalangan bayi.... kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak... ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang(tak cukup bulan)... kerana mendapan ni boleh merosakan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tak dapat bercakap bila besar nanti(bisu laaa)...


faktor umum yang menjadi penyebab penyakit jaundis ni adalah bayi lahir tak cukup bulan, kurang air, darah yang telah terminum oleh bayi semasa kelahiran... selain faktor-faktor lain seperti... pemecahan darah... iaitu kumpulan darah ibu tak sama dengan bayi... macam ABo atau Rhesus incompatibility... selain tu boleh jadi juga disebabkan oleh jangkitan kuman(sepsis)... kesan metabolik... seperti kurang hormon tiroid dan galaktosemia... selain sumbatan pada aliran bilirubin


tetapi faktor yang biasa dikesan punca terjadinya jaundis pada awal kelahiran adalah kerana ibu-ibu kekurangan air semasa mengandung... al-maklum... kena morning sickness... biasanya ibu-ibu akan alami alahan apabila berlaku perubahan hormon... yang akan menyebabkan muntah-muntah... dan beberapa perkara aneh... (ni bukan topik morning sickness)... so... tubuh si ibu akan dehidrat... jika si ibu tak minum kembali air dalam amount yang sewajarnya... maka kebarangkalian untuk anak mengalami jaundis adalah lebih tinggi... 


lagi satu kadang-kadang ade gak yang memang saje tak mau minum air banyak sangat... ye la bimbang gemuk air plak selepas melahirkan... wohooo... so beware of this situation =)


apapun berdoalah untuk kesejahteraan bayi dalam kandungan kerana yang menjaganya adalah Allah S.W.T... selain si ibu mengamalkan gaya hidup sihat... =)


p/s: esok aku tak de la... nak gi melawat jiran aku kat muar... dia sakit da 3 minggu... sampai kena ambik air tulang belakang... esok aku gi sekali ngan papa wi dan mama yah bawa anak auntie tu skali... jenguk-jengukan blog ni ye... semoga jiran aku cepat sembuh =)

02 August 2010

10 MAKANAN ANTI KOLESTROL



1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zatgalian. Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgnzat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkankolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenislabu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkankolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg palingbanyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untukmembekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minumjusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakulemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon danmakarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatankadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kayadengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidakmerosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada seranganjantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupayamencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa ygmengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkankadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkanbahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalamdarah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakitjantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrolanda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagimemastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkanialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagimereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

perkongsian: USTAZ KAMAL AZHARI ZUHRA

29 July 2010

KURMA BAIK UNTUK RAHIM



salam
apa khabar semua...
moga sihat sejahtera dan sentiasa ceria =)

kali ni nak kongsikan mengenai buah kurma...

kurma adalah sejenis tumbuhan palma yang dalam bahasa saintifiknya phonex dactylifera. kurma ade dua jenis kurma kering(tamr) dan kurma basah(ruthab)....

antara kebaikan kurma kering adalah untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing. kerana mengandungi serat... yang berfungsi untuk mengawal pergerakan usus dan menguatkan rahim terutama ketika wanita bersalin...

manakala kurma basah pula baik untuk mengawal kelajuan pergerakan rahim. kerana tu Allah S.W.T memerintahkan Maryam binti Imran untuk makan buah kurma ketika hendak bersalin. ni kerana buah kurma mengenyangkan dan juga menjadikan gerakan  rahim bertambah teratur... sehingga Maryam dengan mudah melahirkan anaknya...

Allah S.W.T berfirman: 
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26]

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan 'Amr bin Maimun di dalam tafsirnya: "tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah"

Doktor Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb an-Nabawy wal Ilmil Hadith mengatakan:
“Hikmah dari ayat yang mulia ini secara perubatannya adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan minuman dan makanan yang kaya dengan unsur gula, hal ini karana banyaknya pergerakan otot-otot rahim ketika hendak melahirkan bayi, lebih-lebih lagi apabila  proses itu memerlukan masa yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal laju gerak rahim dan menambah masa pergerakan jantung ketika darah dipam ke pembuluh darah. Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”
buah kurma masak sangat kaya dengan unsur kalsium dan besi. kerana tu ia sangat bagus dimakan oleh wanita hamil dan wanita yang baru melalui proses kelahiran... kandungan besi dan kalsium yang ada pada kurma baik untuk janin... dan menambahkan air susu... dan juga dapat menggantikan tenaga ibu selepas melahirkan... kerana besi dan kalsium amat penting untuk pembentukan darah dan tulang sumsum.
kurma basah juga mampu mencegah daripada terjadinya pendarahan bagi ibu-ibu ketika melahirkan dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum kehamilan berikut. ini kerana dalam kurma segar mengandungi hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran.

nota: bagi kat kanak-kanak dan orang berusia jugak elok... pendek kata semua orang elok makan buah kurma... hehehehe... memang kaya khasiat... cuma kali ni aku fokus pada perihal kelahiran dan kehamilan

rujukan: buku Kupas Tuntas Khasiat Kurma Berdasarkan Al-Quran dan Hadis dan Tinjauan Medic Modern

25 July 2010

BILAKAH MASA PALING SESUAI MINUM AIR?


salam
moga semua sentiasa sihat dan diberkati =)
harap anda senyum sentiasa....

bila masa yang paling bagus untuk minum air? 

semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. tetapi air di sini adalah AIR MASAK! jangan salah faham pulak ye. ok, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?

minumlah air secukupnya...

percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan.

berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

minum dua gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

kerana tubuh manusia mengandungi 70 peratus air..... dan bendalir sangat penting bagi mengaktifkan sel tubuh...

persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? bila anda minum air masak? lepas makan? adakah masa minum itu sesuai?

p/s:kita hanya ikhtiar dan amalkan cara hidup sihat... selebihnya hanya ALLAH yang menentukan... sape suka minum air tambah seratus (atuk aku panggil) actually air 100 plus =)

19 July 2010

KAROTEN KHASIAT TERLINDUNG


salam
lame rasenye tak menaip entri tentang kesihatan...
juga menaip dengan ayat-ayat serius... hehehe... jom bace tentang karoten

karoten dan sterol tumbuhan memberikan khasiat yang terselindung di dalam pemakanan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan. 

karoten ialah molekul pro-vitamin A larut lemak yang khasiatnya sudah lama dikaitkan dengan tubuh badan yang sihat. 

pakar pemakanan mengesyorkan supaya kita memakan makanan yang seimbang dan melebihkan kepada buah dan sayuran. wujudnya karoten dan phytonutrient di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dikenal pasti dari warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

tumbuh-tumbuhan sebenarnya menyumbangkan lebih 500 jenis karoten yang kebanyakannya terkandung di dalam protoplasma buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

walaupun memakan sayuran hijau dan buah-buahan dapat membekalkan karoten yang cukup, kajian mendapati bahawa bioavailability sumber karoten adalah terhad. Ini adalah kerana enzim yang ada dalam sistem pencernaan kita harus memecahkan protoplasma dan membebaskan karoten untuk diserap oleh badan. sekiranya karoten itu diserap di bersama minyak atau lelemak, bioavailabilitinya adalah lebih tinggi. 

di sini minyak sawit memainkan peranan yang penting. warna minyak sawit mentah yang diekstrak dari buah sawit yang oren-kemerahan adalah disebabkan oleh kandungan karoten yang tinggi - lebih kurang 800 hingga 1000 m/kg. 

ia juga didominasi oleh karoten alpha dan beta yang tidak ada pada minyak sayuran yang lain. 

proses untuk mendapatkan olein sawit yang dilakukan secara konvensional tidak dapat membendung karoten daripada musnah akibat dari suhu pemprosesan yang tinggi. dengan kaedah baru yang dipelopori oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kandungan karoten di dalam minyak sawit dapat dikekalkan. 

Khasiat Karoten 

fungsi utama karoten ialah sebagai pro-Vitamin A. isomer pro-Vitamin A yang paling aktif ialah ß-karoten diikuti oleh a-karoten. 

karoten dari minyak sawit didapati mengandungi kadar bioavailabiliti yang paling tinggi di antara semua sumber karoten tumbuhan. ini telah mendorong ahli sains dan pakar pemakanan untuk mengkaji keupayaan minyak sawit merah dalam membantu mengatasi masalah kekurangan Vitamin A di mana membabitkan kira-kira 15 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang berisiko menjadi buta. 

minyak sawit merah digunakan di dalam pelbagai bentuk untuk menyalurkan pro-Vitamin A kepada kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan zat. penemuan yang konsisten dari kajian mendapati bahawa masalah kekurangan Vitamin A di kalangan kanak-kanak itu dapat diatasi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 1 sudu makan minyak sawit merah setiap hari. 

apabila ibu yang menyusu memakan makanan yang dimasak dengan minyak sawit merah, kandungan karoten di dalam susu ibu didapati meningkat secara mendadak. dengan cara ini, karoten pro-Vitamin A dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan dilihat pada peningkatan kadar plasma retina (plasma retinal level). khasiat minyak sawit merah ini juga boleh di dapati dari makanan yang diberi kepada kanak-kanak yang baru berhenti menyusu. 

selain dari aktiviti pro-Vitamin A, karoten mempunyai fungsi-fungsi fisiologikal lain seperti pengantioksida, meningkatkan fungsi sistem imuniti dan aktiviti anti kanser. 

antara kesan positif hasil dari pengambilan makanan yang mengandungi sumber karoten yang tinggi ialah pengurangan risiko mascular degeneration, katarak, dan penyakit jantung.

30 June 2010

BETUL KE AIR KELAPA TU TAWAR UBAT?

salam
harap semuanya sihat sejahtera...

tadi papa wi ade wat coconut milk shake...
aku nampak aku nak minum... hahaha...
papa wi cakap tak leh minum... sebab aku ngah makan ubat hospital ni...

ni la ubatnye yang aku dapat dari PPUKM dan kena makan selama sebulan 
sebelum check up semula

pe yang aku kata erm... pastu aku tanya kat papa wi nape pulak tak leh minum air kelapa? sebab ape? air kelapa tu rase cam kalium mist. yang aku biasa minum... sebijik rasenye... tu yang jadi persoalan besar kat kepala aku.... (aku memang gini kalau tak tau sebab nanti asyik dok tanye je)

tak caye? air kelapa ni sifatnya alkali... sebab tu rasanya mirip kalium... kan kalium tu sifatnya alkali.... test la dengan kertas pH... nanti kabo ke aku ye... sebab setahu aku air kelapa ni cukup banyak khasiatnya dari segi perubatan... 

air kelapa ni cukup kaya dengan kalium(potassium), kandungan gula yang sederhana, dan sedikit protein... isi kelapa tu sendiri baik untuk kanak-kanak yang kekurangan gizi makanan (nutritonal deficiency)... yang jadi persoalan aku ni nape kata tawar ubat pulak? agaknya air kelapa ni lebih KICK daripada ubatan sintetik kot....

ni ha senarai mineral dan khasiat yang ada dalam air kelapa:
kalium
natrium
glukosa
sukrosa
fruktosa (gula ringkas)
sorbitol 
inositol
asid amino 
arginin 
alanin
sistin
serin
ferum
kuprum
sulfur
fosforus
vitamin B kompleks

memang sangat banyak khasiat air kelapa ni... orang muda kata banyok gila... huhuhu... asid amino yang ada pada air kelapa lebih tinggi daripada susu lembu... air kelap ni bersifat isotonik... sebab tu orang demam orang tua-tua soh minum air kelapa... so aku dah yakin ngan fakta tu... isotonik ni leh seimbangkan bendalir dalam badan... orang yang demam ni biasanya kurang air... sebab tu jadi demam... badan panas... bila keadaan cam tu lebih mudah la kena jangkitan virus atau bakteria... tu yang kadang-kadang kalau gi hospital doktor soh minum air tambah seratus(100 plus)

air kelapa baik untuk yang ada masalah penghadaman, buasir, cirit-birit, disentri, angin dalam badan... malah kalau ade sakit batuk kering elok minum air kelapa campur dengan madu asli... bagi pesakit kolera leh la campurkan air limau nipis dengan air kelapa untuk diminum... insyaAllah sembuh dengan izin Allah....

cuma orang yang ada masalah tulang... elok kurangkan minum air kelapa...

pendek kata banyak la khasiatnya... jangan ragu-ragu untuk minum ye =)

02 June 2010

FORMALIN DALAM KEHIDUPAN


salam
pernah dengar perkataan FORMALIN?
itu adalah sejenis larutan....
biasanya digunakan untuk mengawet...
mayat...
binatang...
makanan....
macam-macam lagilah...
ohhhhhhhhhhhh

FORMALIN - merupakan sejenis larutan yang tidak berwarna berbau tajam yang mengandungi lebih 37% formaldehid dalam air... biasanya ditambahkan methanol 10-15% sebagai pengawet....

antara kegunaan formalin:
sebagai pembersih
sebagai pembasmi lalat & pelbagai serangga lain
sebagai bahan untuk pembuatan sutera buatan
sebagai mengawet ular, atau apa juga binatang
banyak lagi... sila google sendiri.... aku malas... ngeeeeeeeeeeee

bahaya formalin pada kita...

kesan jangka pendek (AKUT):
antaranya ialah.... kalau korang tertelah akan rasa terbakar dalam mulut & perut... sakit saat hendak menelan... mual muntah... mungkin terjadi pendarahan...sakit kepala... kekejangan.... tidak sedarkan diri... koma... selain mampu merosakan fungsi buah pinggang, jantung, hati, otak, limpa, pankreas, saraf pusat & lain-lain....

kesan jangka panjang (KRONIK):
antaranya ialah... mampu menyebabkan kanser... serta kegagalan fungsi organ... ini juga tidak bagus untuk binatang...

ingat!!!
formalin juga digunakan untuk mengawet mayat.... larutan formalin akan membunuh semua bakteria yang boleh menyebabkan mayat busuk.... selain ditambah garam seng.... untuk sesetengah mayat... ikan-ikan import juga pernah dikesan menggunakan formalin untuk memastikan kesegaran.... (terutama ikan dari thailand) awas okay =)

01 June 2010

KEUTAMAAN GARAM DALAM ISLAM

ohhh sila abaikan gudang garam okay!!!

salam
semoga sihat semua....
huhuhu...

jangan takut untuk mengambil sejumlah kecil garam dalam makanan korang... dari sudut sains garam mineral akan membantu mengelakan kekejangan otot...  atau nama saintifiknya adalah natrium klorida.... simbol kimianya adalah NaCl... senang cakap garam masakan la.........

Ibnu Majah meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
keutamaan daripada segala lauk pauk kamu adalah garam

maksud keutamaan ni adalah dengan garam ni akan memberi rasa kepada setiap masakan kita... lauk-pauk kita.... dan makanan kita akan jadi lazat dengan mencampurkan sedikit garam... tak caye? cubalah.... penambahan garam pada masakan bukan bererti memasinkan makanan... cukup sekadar menjadi penghulu masakan je....

wat lah kuih ke... letak sikit je garam... mesti akan tambah sedap... kalau wat kuih bahulu pun letak je sikit garam... mesti bahulu tu lagi sedap dari bahulu yang tak letak garam... buat donat ke... buat apa pun... huhu... cubalah...

selain tu garam ni sangat sesuai untuk tubuh manusia dan merupakan makanan. boleh digunakan untuk apa saja.... hinggakan untuk emas dan perak pun berguna... haaaaa kan aku dah kate... garam mempunyai unsur yang dapat menambahkan kuning emas dan putihnya perak... garam dapat menguatkan tubuh & mencegah kelumpuhan, mengubat luka agar tidak bertambah melebar, membersihkan gigi, menguatkan gusi & banyak lagi manfaatnya yang lain...

so jangan la takut sangat nak makan garam... tapi berhati-hati sikit kalau ade darah tinggi.... masalah buah pinggang... ermmmmmmmmm....

p/s: sekarang aku tak berapa kuat masin.... huhu.. =)

ELAK ANAK MENGHISAP PUTING TIRUAN


salam
penggunaan puting tiruan kini agak berleluasa...
atas alasan tak mau bagi anak-anak menangis lagi & merengek...
ohhhhhhh

kadang-kadang banyak keburukan daripada kebaikan...
ape pun renung-renungkan lah ye...

Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

sumber - KOSMO

p/s: sebenarnya budak-budak yang agak bijak akan menolak jika diberikan puting tiruan (puting kosong)

27 May 2010

FAKTA TENTANG KOPI


salam
jom kongsi sedikit info tentang kopi...
huhu...

K.O.P.I = C.O.F.F.E.E

antara fakta menarik tentang kopi... kopi dipercayai menyebabkan reseptor adenosin dalam otak & beberapa organ lain tersumbat... selain merangsang sistem saraf pusat & juga meningkatkan kadar degupan jantung & pernafasan, psikotropik (perubahan mood) dan memberi sikit kesan diuretik. 

serbuk kafein juga digunakan dalam minuman bergas untuk memberikan rasa pahit... penngambilan kopi secara berterusan boleh menurunkan tekanan darah... haaaaaaaaaaaaaa sape suka minum kopi?

kandungan kafein terlalu banyak dalam badan juga boleh menyebabkan pengintoksikatan(mabuk)... secawan kopi asli bukan kopi campuran.... biasanya mengandungi kira-kira 100mg kafein... walaupun kafein selamat diambil oleh manusia tetapi beracun bagi haiwan peliharaan seperti anjing, kuda & burung layang-layang...

p/s: aku alergik kopi...

25 May 2010

CARA MENGAKTIFKAN OTAK KIRI & OTAK KANAN


salam buat semua
pernah bace bagaimana OTAK & MATA ada kaitan?
kalau belum penah bace sila klik SINI untuk membaca...

seperti kita tau HEMISPHERE KANAN
akan mengawal pergerakan badan bahagian kiri...
percaya tak?
sesiapa yang 'kidal' biasanya lebih berseni....
menurut ROBERT KIYOSAKI dalam bukunya yang berjudul CASHFLOW QUADRANT... orang-orang yang terlibat dalam bisnes & pelaburan lebih didominasi oleh otak kanan... atas alasan tu orang barat lebih ramai yang berjaya dalam bisnes kerana mereka sering menggunakan tangan kiri untuk pelbagai aktiviti... makan pon diaorang tangan kiri(sila jangan tiru mereka)

manakala HEMISHPERE KIRI
akan mengawal pergerakan badan bahagian kanan...
percaya atau tidak di dalam ilmu akupuntur juga mengatakan begitu...
kaedah rawatan menggunakan akupuntur juga gunakan prinsip otak & bahagian badan itu bersilang... setelah faham bagaimana otak kanan & otak kiri berfungsi barulah kita leh fikirkan cara untuk mengtaktifkannya...

cara-cara nak aktifkan otak kanan antaranya ialah:
kalau korang dah terbiasa mengunyah makanan gunakan gigi bahagian kanan... sekali sekala gunakan lah plak gigi di bahagian kiri untuk mengunyah... mudah kan? tak payah keluar modal pun... sekali sekala gunakan tangan  kiri untuk pegang tetikus masa korang blogwalking amacam? memang kekok... pastu time ngorat awek... kalau dah biasa kenyit mata guna mata kanan... sekali sekala gunalah mata kiri plak.... kalau dah kerap membaca... sekali sekala cuba ubah pula dengan mendengar muzik... bantai member guna tangan kiri... huhuhu... berak hari-hari jangan lupa... nanti leh gunakan tangan kiri... oyehhhhhhh... jangan selalu sembelit... huhu...

cara-cara nak aktifkan otak kiri antaranya:
cuba mengunyah makanan gunakan gigi bahagian kanan.... pegang tetikus guna tangan kanan.... mudah je kan? ngorat & kenyit mata kat awek guna mata kanan okay.... banyakan membaca.... banyakan makan... (orang islam kan makan guna tangan kanan) & AMARAN jangan basuh berak guna tangan kanan... sungguh pun korang sangat inginkan otak kiri korang lebih aktif.... hihihi... contohnya main catur dengan kadar yang paling pantas untuk kalahkan lawan... kerana saat tu otak kiri akan proses maklumat secara sekuen...

ini semua adalah cara mudah yang boleh dipraktikan.... tanpa modal... kerana penggunaan otak yang seimbang adalah yang terbaik... memang nampak macam kelakar je idea aku ni... tapi itulah hakikatnya... ini adalah fakta.... kita kena seimbangkan penggunaan otak kiri & kanan...

p/s: sesiapa yang kena strok & mati separuh badan sebelah kiri adalah tinggi potensi untuk meninggal dunia lebih cepat... kerana jantung posisinya di bahagian kiri... manakala mereka yang mati separuh badan bahagian kanan... akan lebih lama lumpuh... sebelum meninggal dunia... apapun hidup & mati semuanya daripada DIA...

23 May 2010

DOCOSAHEXAENOIC ACID

ikan kod antara sumber DHA
salam
semoga semua sentiasa ceria & gembira

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. mi bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dan susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dan ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dan pengambilan DHA ialah:
1.pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
2.pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
3.pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah:
1. mengurangkan triglycerides (lemak).
2. mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
3. mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
4. mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
5. mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type  ll),  arthritis (sakit sendi), myocardial infarction atherosclerosis dan juga kanser. 

p/s: aku suka makan scott's emulsion =)

12 May 2010

BACA SAMPAI HADAM

salam
apa khabar semua...

kali aku mahu kongsikan perihal PENCERNAAN dalam tubuh
dibawakan daripada JABATAN GASTRO HUKM...
tadaaaaaaaa....
hampeh betol aku ni...
di tambah dengan sedikit ilmu aku masa dulu-dulu
lalalala....

tahap KEASIDAN dalam perut tidak dipengaruhi oleh kaedah kita memasak makanan. merebus, menggoreng, memanggang, mengukus... itu semua tidak menjadi masalah. kerana sememangnya perut kita mengandungi asid hidroklorik (HCl) faham?

makanan yang kita makan setiap hari akan mula diproses daripada dalam mulut lagi. faham? untuk pengetahuan korang sistem pencernaan terdiri daripada salur alimentari & kelenjar pencernaan. 

kanji akan mula dihidrolisis apabila kita mula mengunyah makanan. enzim amilase akan menukarkan kanji menjadi maltosa. senang cite la.... kanji yang kita makan akan ditukar menjadi struktur yang lebih ringkas & mudah dihadam.

kemudian makanan akan bergerak ke bahagian PERUT melalui proses peristalsis. bahasa mudahnya salur makanan.... yang dari mulut gerak ke perut.... atau nama saintifiknya esofagus. dah sampai perut JUS GASTER sedia menunggu. JUS GASTER ni dirembeskan oleh KELENJAR GASTER. bila aku sebut JUS GASTER.... korang kena ingat JUS GASTER ni terdiri daripada ASID HIDROKLORIK, ENZIM RENIN & ENZIM PEPSIN.

tujuan ALLAH ciptakan ASID HIDROKLORIK ni supaya dapat membunuh kuman yang mungkin hadir dalam makanan. selain tu enzim renin & enzim pepsin paling aktif dalam keadaan berasid. makanan akan diproses dalam perut selama lebih kurang 4jam(bergantung pada kepantasan tubuh korang berkerja).

kemudian di duodenum akan menerima hempedu dari pundi hempedu & jus pankreas dari pankreas. fungsi hempedu adalah untuk mengemulsi LEMAK kepada bentuk titisan halus. supaya lebih mudah diproses. seterusnya akan bergerak ke USUS KECIL.akhir sekali adalah USUS BESAR. di mana akan berlaku penyerapan air.... so sisa makanan akan jadi keras. tadaaaaaa maka terhasilah TINJA/ TAHI hohoho...

kemudian mereka semua keluar BEBAS melalui LORONG KUNYIT... masuk ke tangki KUMBAHAN....

sekian perjalanan HIDUP KAMI...

kerana itu MAT SALEH amalkan pengambilan JUS OREN pada waktu pagi untuk tambahkan kandungan asid dalam JUS GASTER selain berfungsi untuk menyah toksin. kebiasaannya TOKSIN akan dimusnahkan di HATI... mungkin sampai satu tahap hati tak larat da nak menyah toksin...so kandungan TOKSIN akan jadi     tinggi. akan terjadi kebarangkalian berlaku sirosis pada hati @ hepatitis B @ kanser hati... 

p/s: aku tak ceritakan terlalu detail pada bahagian usus kecil & usus besar... takut korang tak faham. tapi aku rasa tak la penting sangat untuk tau... lalala... aku harap selepas ni tiada lagi kekeliruan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...