GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label istimewa. Show all posts
Showing posts with label istimewa. Show all posts

04 August 2010

4 OGOS 2010 [SELAMAT HARI LAHIR EMAN]


Ya Allah ,
berilah ketenangan buat temanku ini,
mudahkannya dalam segala urusan,
benamkanlah kalam-kalamMU utuh dalam nuraninya,
tampilkan addhiya’ diwajahnya,
kembalikan semangat jhad dalam dirinya,
kuatkan bara juang pada minda, jasad dan qalbunya,
lembutkan lidahnya memuji kebesaranMU,
lantangkan lidahnya menegakkan agamaMU,
semaikan pada jiwanya bahawa mukmin itu khalifah,
muliakan dirinya dengan ilmu,
matikannya dalam roh syuhada
segalanya terjadi dengan takdirMU
amin…

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 24  BUAT
MOHD NOOR AIMAN BIN ABIDIN
[DILA]

p/s: auto publish entri. siap pada 1 julai 2010

28 June 2010

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT ULANG TAHUN 
YANG KE 26
MOGA MURAH REZEKI DAN DIBERKATI SELALU
BUAT 
JIMART a.k.a MRK



muka baru balik dari JJ BUKIT RAJA lalala 
(aidil sibuk je kat blakang tu ketawa bila panjang wat lawak bodo)

p/s: bila boleh blanje ni? bila boleh tengok drift kat stadium? shopping-shopping?
kui3

* pic yang ngah minum air tu cam tak best la plak... tq 4 'that'

03 June 2010

ASYRAF ZAKWAN

salam
tahniah!!!
semoga baby ni membesar menjadi muslim yang soleh
amin =)
lahir pada 29 april 2010
11:15 malam
2.59kg

01 June 2010

PAPA WI & MR.E [ SESI BERPAYUNG KE KERETA 6:30PM 29 MEI 2010]

bukan filem hisdustan
bukan kisah amir khan

tentulah bukan shah rukh khan

papa wi & mr.e
beriringan berpayung menuju WTQ 7206
kemudian salam [papa wi kata]

honey dew bila beli [papa wi tanya]
mr.e bawak [mama yah jawab]
aku diam...

mr.e jaga tutur kata
aku mulut pot pet pot pet je...
hah padan muka...
tunduk tengok diri...
ape aku dah kata?


p/s: tak sempat capture gambar special mereka berdua hahaha =)
p/s/s: jangan lebih-lebih bace entri ni 

13 May 2010

SELAMAT HARI LAHIR PAPA WI

salam
TANGGAL 13 MEI
yay hari ni hari lahir
PAPA WI
yang ke 52
nak wish
HAPPY BUFDAY
moga diberkati
moga dirahmati
moga murah rezeki
(nanti leh kita kongsi-kongsi)



zaman pesta muda mudi

bersama geng menoreh & konco-konconya

angkat-angkat & lambung-lambung

mau ronggeng ka PAPA WI?

fuyoooh... macam heli pad.... lalala

bersama pain sama

hello bos!!!


sempena hari lahir PAPA WI
PAPA WI nak wish boleh?
wawawa...
belikan HAMSTER
(harap PAPA WI bace entri ni)
tak nak kongsi dengan pain sama

12 May 2010

SERIUS!!! AKU SERAM LAWAK

salam
entri berjadual
sejak aku jumpa blog si IRFAN ni...
hari-hari aku pi bace 380% mengarut & lawak
cite hantu tapi lawak tahap dewa kepala dua

jom la aku nak ajak..
follower & readers blog aku bace blog 1001 KISAH
aku tak leh nak bayangkan muka si IRFAN ni...
penuh imaginasi lawak
ni bukan entri bodek...
ni entri aku nak ajak kawan-kawan aku bace blog beliau
rugi tak bace...
aku nasihatkan... sila bace daripada entri pertama...
berbaloi-baloi =)

kalau ade masalah dunia
kalau ade masalah rumah tangga
kalau ade masalah politik
kalau ade masalah jiwa
boleh hilang punya =)

tu saje...
TERIMA KASIH

03 May 2010

MAKANAN PELIK TAPI BENAR

salam
lepas kena TAG oleh Jaya Jr
tiba-tiba rasa teruja untuk membuat makanan pelik-pelik
lagi-lagi lepas diilhamkan oleh si fiqry ni...
aiyak....

ni cadangan makanan PELIK daripada fiqry:
- makan roti gardenia cicah coca cola
- makan aiskrim magnum dengan nasi goreng
- nestum dicampur dengan kelapa parut & gula digaul rata tanpa air

kalau aku... suka jugak makanan & minuman PELIK macam:
- roti canai cicah milo
- air ting tong (campuran lebih daripada 6 jenis air bikarbonat)
- kuih bangkit cicah air sirap
- oren sunquick campur susu pekat - sedap woooooo
- spread cheese cicah dengan goreng pisang @ goreng keledek
- pancake mcD colek dengan tempoyak
- pizza hut cicah madu lebah - slrupppppppp

sebenarnya tak la pelik sangat
cuma gandingan makanan dan minuman tu je orang tak biasa buat
ohhh... jangan lupa bace BISMILLAH
pelik ke tak?

01 May 2010

PERIBAHASA BUDAK-BUDAK MODEN

salam
saje je nak kongsi peribahasa budak-budak sekarang
ni lah penangan ADVANCE LEARNER

tido tak NYENYAK
makan tak LALU
mandi tak BASAH
berak tak BASUH

bila KUCING tak de GIGI, TIKUS berani melompat TINGGI

kalau roboh KOTA MELAKA, papan di JAWA ULTRAMAN dirikan

p/s: mahukan lebih? sila tanya pada uncle KARAM...

ADUAN RAKYAT TV3 AMBIL BERAT

29 April 2010

HAH AMBIK KO... DEPA PUN BOLEH SPEAKING HAHAHA

salam
to all my readers..
keep on reading my blog...
yeah...

here i want to share quotes from SOMEBODY



"we have repeatedly issued warnings, over a number of years. following these warnings and these calls, anti-american explosions took place in a number of Islamic countries"
Osama bin Laden

"i think Israel will think one thousands times before invading Gaza"
Sheikh A. Yassin


"the wave of the Islamic revolution will soon reach the entire world"
Mahmoud Ahmadinejad

28 April 2010

BELI DUA... SATU UNTUK SAYA SATU UNTUK AWAK

salam


terima kasih buat si pemberi cik puan sabariah mohamed a.k.a ibu
ehemmm.... 
yummy aku suka makanan tu... 
it's so crunchy and crispy not too salty =)
dah abes pon.... tq so much dear a.k.a ibu...
beliau kata beliau beli magazine ni dua....
satu untuk dila satu untuk ibu....


macam aku penah cakap baca itu perlu...
bacalah apa saja...
bahan bacaan keluaran TELAGA BIRU sememangnya berkualiti...
seperti buku 
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT dan SYABAB MUSAFIR KASIH...
dua buah buku yang aku suka ulang baca....
aku pun penah cite SOLUSI itu best.... kan cik ekin kan?







23 April 2010

CAKAP DALAM HATI JE... PASAL HULU SELANGOR

salam PRK Hulu Selangor 

sebelum pergi mengundi...
anda semua perlu fikirkan pecahan pengundi mengikut kaum
majoriti di Hulu Selangor adalah Melayu... dan di Malaysia kebanyakkan melayu adalah Islam.

kemudian imbas kembali calon yang bertanding Melayu dan India.


ko yang nak pegi mengundi tu Melayu ke ape?
sebelum penamaan calon ni la kan... ko dah penah kenal ke mereka yang tercalon?
pikir kejap ko tu kenal ke KAMALANATHAN mase tahun lepas?
siapa yang ko kenal?
1. mesti saudara ZAID IBRAHIM kan? (dia memang popular pun sebelum ni)
2. Parti Keadilan Rakyat kan? (MB korang sekarang pun dah memang dari PKR)


satu je korang pikir kasi baik punye.... kalau ko tu Melayu tapi ko pegi pangkah India
senang je aku cakap... ko nak aku panggil ko tu KAYU ke LEMBU?
memang nampak kasar...
memang nampak macam kurang ajar...
tapi apasal ko tak undi dan sokong orang Islam?
tapi apasal ko tak sokong orang sebangsa dengan ko?
tapi apasal ko merungut sana merungut sini?
bila BN naye ko itu ini....
naik itu ini
tambah begitu begini
macam-macam kerenah birokrasi ko kena hadapi


mase suruh pangkah PEMBANGKANG ko tak nak
cakaplah tengok muka KAMALANTHAN tu sejuk lah ape lah....
piiiiiiiiiiiiirah.... 
tu semua cakap orang tak de arah.... 
mase kene temuramah.. 
dengan TV3 suku....
juga TV pembohong no satu...


tu dia...
sebelum jadi lagi meh pakat sedar ramai-ramai...
jangan sampai kampung tergadai....


aku yang jauh kat sini pesan guna blog je la....
ni ha sikit contoh...
untuk OPAH aku- beliau kawasan SUNGAI BURUNG 
memang aku dah pesan jangan pangkah BN lagi
tak kiralah sampai OPAH mati pun jangan pangkah lagi....
i love u OPAH nanti buka blog ni lagi dan bace lagi lagi dan lagi
pesanan ni sesape pun boleh bace...


ko tengok ATOK aku sekuat-kuat BN dia pun dia dah kabo
kalau taruk INDIA atok memang tak pangkah ATOK Melayu dan Islam
wakil tempat dia si NOH OMAR hampeh....


ni terang-terang orang INDIA tade KAMAL KAMAL
KAMALANATHAN bukan KAMAL


jadi silalah bercakap dalam hati dulu...
tanya hati ko dulu sebelum ko pegi mengundi...


IKA good luck kat KKB terbaek untuk family ko
satu family UNDI PKR
hehehe.....


p/s: esok aku takut tak sempat nak update blog ni... meeting kol 8pagi. mesti penat. tak larat.
ingat nak pakai selipar jepun je pegi meeting hahaha... sekali papadom blanje bli crocodile... aku sambut je...
RM80 lepas less... mata aku usyar lain.... hoho.... cakap dalam hati selalu dapat peeeeeeewit


UNDILAH PAKATAN RAKYAT MOGA HIDUPMU LEBIH BERKAT

KATA-KATA YANG SUKA-SUKA

salam
kata-kata yang suka-suka ni aku dapat dari zaman sekolah dulu...
aku bace kat buku-buku autograph yang zaman budak-budak dulu suka buat...
bila bace kelakar jugak lah!!!
tapi ade betulnya juga =)


SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA KEBAIKAN
SELANGKAH KE PUSAT SNOOKER SEJUTA KEBURUKAN


DI MANA BUMI DI PIJAK
DI SITU ISLAM DI TEGAK



MUSUH JANGAN DI 'tambah'
REZEKI JANGAN DI 'tolak'
CINTA MESTI DI 'bahagi'
MASA REMAJA HANYA SE'kali'


nanti aku sambung lagi...
agak sibuk sekarang ni...
masih rasa malas menaip...
mahu hasilkan suatu untuk Hulu Selangor... =)

15 April 2010

KEMBALILAH SAYANG

kembalilah sayang
di sini ada jalan pulang
hilangkan hati walang
dariNYA kita datang
kepadaNYA kita pulang

menyapu debu kotor di muka
kerana diri ini pernah leka
masih belum penat memanipulasi dunia
berehat sebentar menghilang dahaga

saat bibir hilang bicara
hanya menanti kamu berkata
memenuhi ruang yang ada
agar aku dan kau tidak lupa

semua ini hanya sementara
menanti saat dihidupkan semula
aku nanti kamu di sini
mari ke mari

teruskan langkah perjalanan ini
menanti saat kita semua akan pergi
tidak mungkin kembali lagi
aku harapkan kamu hati-hati

14 April 2010

SELOKA HULU SELANGOR

belum umum calon lagi sudah pening-pening
ada yang marah sampai tuding-tuding
macam mana mahu jadi orang penting
benda 'simple' pun tak boleh runding

kalau BN tewas lagi... malu bertambah-tambah
bangga juga jadi hero buat sarawak dan sabah
dekat semenanjung rakyat pun dah tak endah
BN tak perintah rakyat lagi tambah mewah

tak de lagi cukai yang semakin bertambah
orang-orang BN jom lah muhasabah
kalau kalah lagi tak lah rasa nak rebah
harap-harap semua makin tabah

saat nak mengundi semua mahu berbagi
kain pelikat, duit, beras, kopi dan juga segala janji
rakyat senyum menyeringai nampak gigi
silalah bagi lagi dan lagi

kami tetap undi mereka yang membela kami
semestinya tiada kompromi =)

UNDILAH PAKATAN RAKYAT - KEMBALIKAN KETUANAN RAKYAT

11 April 2010

SELAMAT SUDAH

salam
auto publish lagi ye...
mahu kongsi suasana
hati gembira
ada bunga-bunga
wah dalam hati ada taman lah!!!
bukan dalam hati aku lah...
jom tengok gambar ni =)

uncle LAH a.k.a pak LAH tunduk malu-malu


mak JAI a.k.a HAJAR senyum penuh makna


cium jangan tak cium "mmmmmmmmuahhhh abang i luv u"


sebelum adegan cium yang atas tu....


kek yang penuh dengan bunga-bunga cinta =)

mahukan lebih?
klik sini ----->>  TERBAIK

07 April 2010

REPUBLISH MAJLIS BERTUNANG MEREKA

salam
entri yang simple dan sedia ada
auto publish...
harap lebih mudah untuk diakses =)
foto majlis pertunangan mereka


terima kasih atas kunjungan anda
nantikan sesuatu yang lebih istimewa
harap tiada yang kecewa
maaf kerana tidak disertakan terlalu banyak foto
(^_^)

24 March 2010

KAMU SEMAKIN TUA

salam
entri yang dah stand by lame
mesti dia ingat aku dah lupa
dengan slamber aku buat-buat lupe
aku tau aku orang terakhir wish hepi besday kat ko!!!
aku auto publish entri ni kol 11:59 PM (24 Mac 2010)

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 11 TAHUN

untuk adik aku yang bongsu 
(paling kecik tapi besar)

*rajin belajar*
*learning Japanease Language from now*

sila kurangkan aktiviti berikut:

1) layan YM sampai 2, 3 pagi
2) layan Facebook
3) layan Youthsays
4) main macam-macam online game
5) download lagu yang leh gegar kepala
6) baca manga online
7) buat keje sekolah laju-laju lepas tu nak online
8) makan tanpa henti
9) blogging

can i refer any grammar mistake wif u???
huuuuuuuuuuuuuu
(mok ko jangan perasan okay!!! nanti rabak)
(lepas bace entri ni sila belanje aku)

aku cuma nak Big Apple Donut =)
lepas tu buatkan susu untuk aku =)
hahaha
jangan marah!!!


p/s: tq ko rajin jaga aku mase aku sakit =)

12 March 2010

SELAMAT HARI LAHIR MA...

salam
dedikasi buat my ma...
oh...
selamat hari lahir... 
yang ke-45
buat ma...
entri ni akan auto publish tepat pukul 12:01 pagi bersamaan 12 march 2010
terima kasih ma...
sebab besarkan kami semua...
oh... esok harap-harap ma online...
boleh bace blog ni...
hahaha

ma aku ni name penuh dia SARIAH BINTI HAJI ZAWAWI
lahir dekat SELANGOR
dan berkahwin dengan orang JOHOR

saat yang aku tak leh lupa rupanya cikgu ADD MATH aku adalah classmate ma aku...
wah dunia ni kecik je kan...
saat berjumpa mereka berpeluk sakan...
sambil mengingati memori lama...

so skang ma aku selalu la jumpa best friend dia... 
CIKGU NORHAYATI BINTI SURAYAMAN

google lagi...
ma aku ni rupanya satu class ngan EX-MB SELANGOR
KHIR TOYO
same-same sekolah kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' HARUN
 TANJUNG KARANG

juga merupakan FINALIST untuk PIDATO PIALA PERDANA MENTERI
tahun 1984

suka memasuki TALENTIME ketika di sekolah
dan menyanyi lagu
SUDIRMAN HAJI ARSHAD

sangat meminati ADIBAH AMIN
sangat suka membaca

google lagi??
oh... yang selebihnya biarlah rahsia...
layan foto tanpa bicara...

























klik SARIAH untuk lagi dan lagi ~

11 March 2010

CINTA LUAR BIASA

Cinta Luar Biasa..

Cinta luar biasa..
Cinta seorang kekasih kepada umatnya
Hingga pada hembusan nafasnya yangg terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan
Insan yang sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kepada kami dan
saudara2 kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami,
dan janganlah Engkau membiarkan perasaan hasad
dalam hati kami terhadap orang2 yang beriman.. Ya
Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha
Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)

28 February 2010

TAUTAN HATI IKATAN KASIH

ceritera cinta baru bermula
lihat semua bintang di angkasa
ada berapa??
bisa kamu kira???
sayang aku pada kamu
bisa kamu hitung??
nah aku biarkan kamu hitung....
mungkin tak sudah-sudah

lihatlah foto tanpa bicara
tanda hati telah dipunya





















bukanlah wanita jika tidak setia....
bukanlah lelaki jika jatuh cinta hanya sekali....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...