GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label bersastera. Show all posts
Showing posts with label bersastera. Show all posts

10 August 2010

SABARLAH HAI JIWA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT RAHMATNYA...



Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.

Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.

Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.

Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?

Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.

Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.

Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa...


take note from: Persaudaraan Komuniti Siswa

p/s: didedikasikan buat jimart... tak sempat lagi sembang la bro... nanti 1 ramadhan kita mesej-mesej eh... tak pun u call i la huhuhuhu... cakap kat ayah dulu... tak sabar nak tau cite kamu =) dan sume yang membaca...

28 July 2010

PENILAIAN ALLAH LEBIH TELITI



sudah cukupkah ilmumu
andai engkau sudah kenal Islam
dapat laksanakan sebahagian kecil Al-Quran dan Sunnah
tubuhmu dapat disarung purdah dan jubah?

sudah sempurnakah dirimu
jika dihatimu masih ada kuman mazmumah
masih dibelai angin prasangka
masih sakit bila terluka?

sudah tinggikah peribadimu
jika lisanmu masih berbicara
tentang perkara yang tiada faedahnya
meskipun engkau rasa engkau tiada mengumpat atau mencela?

sudah muliakah akhlakmu
sekiranya perkataanmu masih mengguriskan
perilakumu masih menyakitkan
caramu masih tidak disertai hikmah?

andai engkau rasa tiada yang cacat pada dirimu
engkau sebenarnya belum kenal dirimu
waspadalah
dalam engkau rasa begitu
engkau telah dibiarkan oleh Tuhanmu
kerana tidak sedar dengan kelemahanmu
kebaikan itu bukanlah dari pengakuanmu sendiri
hanya orang lain yang dapat menilainya
itu pun tanpa engkau sedari

penilaian Allah lebih teliti
segalanya dalam rahsia Allah yang tiada siapa ketahui

3:50 pagi (28/7/2010)

p/s: tak de manusia yang lengkap ilmunya. lame tak berpuisi huh =)

13 July 2010

CAHAYA KITA BAGAIMANA?

penjual gula-gula kapas di Aqabah








hebatnya ALLAH


sesekali mari kita renung langit
kadang damai ada disitu
gerakkan otak sikit....
lihat warnanya biru. putih. cantik
kalah kaler Luna yang selalu kita guna
mahupun Faber Castel yang boleh jadi watercolour 
hanya dengan tambah air


tenung dan renung lagi...
lihat pula pantai...
air sangat jernih
sangat
walau ke tengah lagi aku gerak
tetap ia jernih, bersih


lihat rumpai yang hidup
lihat batu-batu
lihat manusia
lihat matahari
lihat lagi...


bayangkan Allah tengok kita dari atas sana
besar mana agaknya?
atau langsung tiada apa-apa


walau cahaya iman kita?

cahaya kita bagaimana agaknya....


kita manusia...
mahu benih awan sudah gaduh
mahu cipta ulat?
bolehkah...

10 June 2010

TELAH TERCATAT NABI ITU SEORANG MANUSIA TANPA SILAP

salam
kadang kala kita bercakap
kita leka
kita lupa
kita alpa
ya kita semua manusia...

kata-kata seperti sudah lengkap sudah
sendiri rasakan itulah yang paling indah
perlu ingat suatu masa dulu ada manusia TANPA silap

nabi juga manusia...
tetapi dijanjikan 'maksum'
hanya nabi manusia TANPA silap dan dosa
kerana setiap kata-kata baginda tidak sia-sia
kerana setiap perbuatan baginda bukan sia-sia
itulah contoh ikutan sepanjang zaman

tapi...
madah kita buat bicara
kadang kala kita lupa dan leka
kadang kita lupa...
suatu masa dulu ada manusia TANPA silap
selebihnya kita...

manusia yang tak sunyi daripada keSILAPan

p/s: maksum itu terpelihara daripada dosa =)
p/s/s: aku merayap pi blog orang ni la yang jumpa benda bukan-bukan bila bercakap

02 June 2010

SATU HARI DI PALESTIN


suatu pagi...
di Palestin
belasan orang dianiaya suatu masa dulu
kini sudah ribuan

suatu petang..
di Palestin
ribuan orang bersemangat waja
menuntut hak asasi juga tanahair tercinta

suatu subuh...
di Palestin
ribuan umat khusyuk bersolat
memohon kekuatan serta petunjuk

suatu malam...
di Palestin
tangis dan esak jelas kedengaran

anak kecil enak dibuai
yang tak mengerti apa-apa
tapi dialah mangsa si jahanam
merampas hak manusia tanpa malu
komunisme dan kapitalisme sudah bercampur
inilah hasilnya sebuah negara bernama Israel

terlalu kejam tiada batasan
keperimanusiaan hilang entah ke mana
keperihaiwanan menjelma pula
sedarlah kini
kita telah dipermainkan
ayuh kita melangkah kaki berkobar di hati
membantu saudara seagama...

p/s: lama sudah ISRAEL menganiaya penduduk PALESTIN...  kini baru kita bercerita...

31 May 2010

CANTIK!!!



orang di utara bilang
bintang itu cantik

aku diam...

orang di selatan bilang
gunung itu cantik

aku diam...

orang di timur bilang
mentari itu cantik

aku diam...

orang di barat bilang
laut itu cantik

aku diam...

orang di utara, selatan, timur dan barat
mereka semuanya terdiam

tatkala aku bilang

hanya Engkau yang cantik...


p/s: rasa macam tak leh nak berseni... kekok huuuuuuu

23 May 2010

SUDAH KENAL LEBIH DARI ALIF BA & TA



salam semua

aku rindukan sentuhan itu... sesekali... ada airmata yang dititiskan di dada mu...  saban hari dirimu makin jauh daripadaku. tiada lagi bisikan buatmu... tiada lagi keluh kesah buatmu.... ada sahaja alasanku untuk tidak bersamamu....

rindu kesyahduan menggigit jiwa
akan saat ku ulangi setiap alif, ba dan ta
dalam helaian Al-Baqarah-Mu
dalam helaian An Nisa’-Mu
di sana  diriku temui bait-bait keasyikan
menulis cintaku dengan air mata
Ya Allah ampuni kelalaian ini

sambung lagi...

perlukah aku rasuk bingkai nyawamu dengan darah teokrasi
tatkala arca bingungmu menjilat alif ba ta sekularisme di lantai kejahilan
perlukah aku muntahkan gerhana teologi
tatkala denyut kelirumu merangkak dalam sangkar kealpaan
perlukah aku pasung tulang jiwamu dengan lembing ketuhanan
tatkala pintu buntumu mencumbui dendam nasionalisme

sukmamu berdekah di celah topeng kesangsian
memaksa aku hamburkan mual kejujuran modenisme
dan stigma basi Kamal Ataturk al-Ghazi
penuh selamba kau tuturkan 
“keturunan ini menggali kubur sendiri sejak maruah boleh dibeli!"
acuan kepimpinan telah lama diracuni arak haloba dan bangga diri
nadiku kaku diketawa semilir malam
sambil menyapu peluh dingin
di bawah bayang Menara Berkembar 

p/s: sudah lebih dari alif ba & ta dikenal... kenapa tak mau baca? erm... tengok diri sendiri... =)

10 May 2010

APA AKAN JADI KALAU...

salam
penat dengan entri yang terlalu serius...
jemu sudah...

apa akan jadi kalau...
obama pandai cakap melayu?
lepas tu dia bace blog aku...

apa akan jadi kalau...
zulkbo tu perempuan?
tentu nama dia bukan zulkifli bin othman...

apa akan jadi kalau...
zahiril adzim tu follower aku?
mungkin juga dia tu kenal aku (cissss perasan)

apa akan jadi kalau...
fared ayam bukan penulis stabil?
tentu duit aku tak terbang 10 hengget...

apa akan jadi kalau...
lady gaga pengsan?
tentulah ramai yang perasan...

apa akan jadi kalau...
dadu itu bulat bukan segi empat?
tentu aku nak main dam ular tak dapat...

"papa... mungkin tu tak wujud.. papa jugak yang cakap tu semua takdir"
(miasara)

memilih jalan yang itu...
kau tak kan dapat pilih yang ini...
jangan terlalu tamak mahu ambil semua...
ingatlah mereka yang lain masih ada...
kita hanya ada dua pilihan...
syurga atau neraka...
dosa atau pahala...
islam atau kafir...
yang banyak pilihan...
hanya jawapan soalan objektif...
saat di dunia...
juga setiap soalan...
yang manusia sendiri cipta...

p/s: encik zul. pinjam name aok. okay.

menjengah blog:
jalan-jalan singgah kat blog kereta mayat. penulis blog ni gelarkan diri beliau hamka. tulisan bro hamka ni memang best dan tersendiri. apa yang beliau katakan adalah daripada sudut pemikiran beliau. selain disertakan unsur-unsur humor. aku rasa kebanyakan korang tau mengenai blog kereta mayat ni... aku memang suka bertandang kat blog ni... boleh katakan semua entri beliau meninggalkan kesan pada aku. kat sini aku pilih satu je untuk dijadikan contoh. entri tu adalah Saya Takut Hantu?. yang menjadi pengikut blog hamka ni pun ramai jugak... semua pembaca boleh katakan tak sabar nak tunggu entri baru beliau. termasuk lah aku!!!

30 April 2010

BUKAN MUDAH DAN SANGAT SUSAH

bukan mudah berjalan seorang
bukan mudah berjalan berdua
bukan mudah berjalan beramai

aku lihat dia dalam ramai
wajah pucat sambil batuk-batuk
kasih itu ada di raut wajah mu
sayang itu ada di dalam hati mu

aku kembali berjalan...
aku kembali mengenang...
aku kembali melihat...

kanan atau kiri
duduk atau berdiri
jaga atau tidur
angguk atau geleng
diam atau pusing keliling

mendengar cerita kau
mendengar suara kau
membaca pesanan kau

aku tetap di sini mencari jawapan pasti
kau tahu?
hati aku tak sampai...
untuk lihat wajah itu
untuk dengar suara itu
untuk dengar cerita itu
untuk ucap kata itu
untuk pilih jalan itu

sayang kau tahu aku fikirkan kamu
aku fikirkan kata-kata kau dua hari lepas
aku juga sayang kamu....
terima kasih untuk sms itu =)

aku lakukan apa yang perlu
untuk kamu sayang
nanti aku datang
untuk kamu sayang

27 April 2010

KEHIDUPAN INI

kau tahu?
hidup ini bukan petak-petak
bukan juga kotak-kotak
kau ambik kau letak

kau harus
tidak boleh tidak
jalan di jalan yang bengkang bengkok
jalan di jalan yang lurus
kau jatuh
kau bangun
kau duduk
kau lihat orang berdiri
kau berdiri
kau lihat orang duduk

kau sakit mereka boleh lihat
tapi mereka tak dapat rasa
mereka cuma boleh berkata-kata
tanpa rasa apa-apa
tak serupa rasa kau dan rasa mereka
baru kau tahu?
yang kau hidup seorang saja

ya....
mereka semua ada
mereka kata mereka ada untuk kau
saat kau sakit
saat kau tersungkur
saat kau merangkak mahu bangun
saat kau rebah mencium tanah
kau pandang keliling...
siapa yang sudi hulur tangan untuk tarik kau?

kau kata hidup ini kadang-kadang tak adil
kau yakin tak?
sekecil zarah kebaikan yang kau buat kau akan dibalas
sekecil zarah kejahatan yang kau buat kau akan dibalas

kau kata asyik berganti derita
ada ke manusia yang dari awal hingga hujung sentiasa bahagia?
ada ke manusia yang dari awal hingga akhir sentiasa derita?

sayang kau bangun malam ni
kau lihat bulan
aku juga lihat bulan
bulan itu bulan yang serupa bukan?
hati kita?
hati mana mungkin sama
manusia dicipta tidak serupa
kau bukan klon aku
aku bukan klon kau

kau datang lengkapi babak yang kosong
aku datang penuhi episod yang lompang

walau kau ambik
kau koyak episod itu
kau buang jauh-jauh

walau aku ambik
aku tukar babak itu
aku tambah pelakon baru

episod satu tetap dalam kepala aku
babak awal tetap dalam benak kau

26 April 2010

ORIGINALITY PENTING KE?

salam
mak aih....
cakap pandai ma...

keaslian post...
penting ke?

pada aku ada sedikit penting...
kerana di situ dapat dilihat hasil tulisan seorang blogger. sama ada kisah diri sendiri, kisah masyarakat atau apa saja topik yang mahu dibincangkan. originality itu penting. kekadang entri copy dan paste okay jugak. tapi janganlah hari-hari copy dan paste je.... jemu... kreativi tak nampak....

kadang kala entry ringkas tapi menarik... yeppp aku suka...

_____________________________________________________

kadang kala lelaki otaknya letak di kaki
kadang kala perempuan pula rela disakiti

mahu atau tidak
kau perlu jalani kehidupan yang masih berbaki
mahu jalan sendiri atau orang iringi
sambil lihat ke belakang sekali-sekali
ukir senyum pada insan yang di sisi
kau akan rasa kehidupan kau terisi

hati-hati sayang
jangan hilang
semua orang sayang =)

_____________________________________________________

aku sudah bilang originality itu penting
sila ambil pusing =)

21 April 2010

CATATAN TAK PENTING

menjerit macam polong
'please' aku tak marah langsung
adatlah emosi sedang menggila
aku tahu kau bukan wanita gila

cuma hairan...
nafsu amarah kau letak di depan kewarasan akal
usia banyak kewarasan tinggal sedikit
kau kata jangan bikin runsing
siapa mahu tegur salah kau buat?
kalau bukan kaum kerabat?
salah kalau aku bentang pada tetengga
ini cerita antara aku dan dia

jangan kau tak hirau
jangan kau tak pantau
kau juga ada anak lelaki
kau juga ada saudara lelaki
kau juga ada adik perempuan
jangan suatu hari
kau duduk balik pintu
terkenang hari-hari lalu

aku sudah bilang
bercakap benar
sekalipun kau terpaksa bertongkat
atau beratur menunggu giliran untuk bercakap benar

ya aku juga banyak silap
semua manusia miliki silap
aku kau dia dan mereka hanya manusia biasa

pernah singgah usyar awek di chow kit road
tutup rambut tapi nampak leher
mahu sedekah cerita pula pada semua
sekali sekala berseluar pendek
tudung sekerat berkain singkat
amal maaruf pun tak seberapa
yang mungkar Ya Allah tak usah cerita

memang ada ingatan di akhir zaman nanti
iman manusia seperti buih di lautan
senipis kulit bawang
antara manusia itu aku
sila angkat tangan siapa lagi yang mahu mengaku...

hidup bukan seperti DO RE MI
petik gitar terus nyanyi

CAKAP KAU ADA BAGUSSS

hei kalau kau hebat 'law'
kenapa tak jadi peguam?
hei kalau kau hebat 'politik'
kenapa tak jadi ahli politik?
hei kalau hei kalau hei kalau

kau cakap begitu?
aku kata begini
sufiah hebat matematik jadi apa?
adi putra budak bijak dari kecil kau tahu dia dewasa jadi apa?
hei hei hei itu TUHAN punya kuasa

kau cakap seperti sel neuron kau tak berfungsi je...

tak salah kau belajar segala ilmu yang ada di dunia
kau juga yang pilih mahu jadi apa segala...
mahu lalu di 'highway'
mahu lalu jalan bengkang bengkok
mahu lalu jalan tak ada simpang
mahu lalu jalan mati

apa guna kau perhati?
apa guna kau benci?
apa guna kau kata itu ini?
perkara kecil pun kau susah fahami
ayuh!!!
lekas kunyah...
kasi hadam...
supaya kau faham...

16 April 2010

CATATAN BENGANG

sayang kamu bengang?
kalau tak bengang kenapa mahu serang?


kamu tu yang mulut longkang...
ape?
aku mulut longkang?
aku bermulut longkang atau kamu buat 'statement' lintang pukang?
pertanyaan demi pertanyaan datang...
tapi masih lintang pukang...
inilah akibat bengang
jantung berdegup kencang
lantas bermulut lancang


macam orang gila saja...
masuk gelanggang cakap-cakap
kamu serang
kamu juga bilang tamat


senyumlah sayang jangan rasa bengang
jom kita berlenggang...


senyum macam ni kan BAGUSSS...


PERINGATAN: memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu ---->> apa-apa hal pun okeh

15 April 2010

KEMBALILAH SAYANG

kembalilah sayang
di sini ada jalan pulang
hilangkan hati walang
dariNYA kita datang
kepadaNYA kita pulang

menyapu debu kotor di muka
kerana diri ini pernah leka
masih belum penat memanipulasi dunia
berehat sebentar menghilang dahaga

saat bibir hilang bicara
hanya menanti kamu berkata
memenuhi ruang yang ada
agar aku dan kau tidak lupa

semua ini hanya sementara
menanti saat dihidupkan semula
aku nanti kamu di sini
mari ke mari

teruskan langkah perjalanan ini
menanti saat kita semua akan pergi
tidak mungkin kembali lagi
aku harapkan kamu hati-hati

14 April 2010

MASIH BERSENI

aku pernah berjumpa seni yang pepura
di jamban setinggan kainnya coklat tua
di dewan mewah dasinya marak menyala
dasi kain tersimpul mati - terbakar dalam mimpi
apinya mencakar kelambu sebelum nuraninya berdarah
dan dirinya gamam terjaga...

di kamar sendiri aku masih terharu melihat lutut yang bersih
masih senang merenung cadar dan bantal yang bersepah
kertas ronyok puisi tergendala
dan di kamar mandi aku masih gemar meneliti berus gigi
sisa sabun majalah tua
terganggu hanya oleh lipas dan lipan tiba-tiba ada

aku tak sempat mencangkul pengaruh
menyemai keyakinan memetik kuasa
sekadar sempat menanam dua tiga pohon kenanga
yang ku harap sentiasa lebat dan harum baunya...

jangan tanya kenapa...
aku hanya manusia biasa...
juga punya rasa...
biar kita berbeza usia =)

PILIHAN HATI

berjalan memerhati
melihat ke dalam diri
siapa di hati ini
biarkan masih tercari-cari

mahu lari lagi
mahu lihat lagi

renung dalam-dalam
tiup sampai padam
apa itu berbalam-balam
ada air jernih seperti kolam

tunggu sampai malam
sila beri salam
sebelum masuk ke dalam
agar hati tidak lagi lebam

catatan pilihan hati
haruslah kamu hati-hati

p/s: terima kasih aku senyum lagi =)

06 April 2010

REPUBLISH SEHIJAU WARNA DAUN

salam
auto publish
aku pinjam tajuk ini bukan untuk aku berpuisi
siapa tahu?
angkat tangan
SEHIJAU WARNA DAUN
tempat ke 2 untuk PUISIDRA (PUISI DAN DRAMA) - memori 2003
beberapa hari sebelum kematian cikgu matematik kita
menaiki lori
baring di bawah terik mentari
di pentas berhari-hari
menanti giliran
tapi tidak menjadi johan
mencipta piramid yang berpusing sendiri
ah!!!
konon orang kagumi
aku cuma gunakan motor hadiah hari jadi
itulah hasil kreativiti
saat aku menayang slaid yang tersusun elok dari komputer riba
saat aku menyalakan api dari penunu bunsen bersama penyembur aerosol
(seperti api naga)
dalam hikayat Dinasti Cheng
cukup!!!

__________________________________________________

sehijau warna daun
stoma
klorofil
kloroplas
xilem
floem
hilang semua yang dulu ada dalam kepala
noktah
ada sesiapa nak tambah?
encik mamat bukankan kau ada semua memori
atau masih menyesuaikan diri dalam kubikel itu?
cik ekin kamu juga...
ada saat itu...
lengkap sudah metamorfosis kamu?
singgah SINI saat mengenang kembali

05 April 2010

SAMBUNGAN SI PEMAKAI KEDOK

salam
auto publish

si pemakai kedok
kamu menari 
kamu menyanyi
kamu berlakon
ke hulu ke hilir
walau tidak bersyair
bau kamu hanyir
bukan aku tegah kamu berkedok
sila pakai elok-elok
bukan untuk 
melentok-lentok
jadi si pemakai kedok yang mulia
bukan si pemakai kedok yang dicerca

p/s: tau ke apa itu kedok?
klik kat sini --->> SI PEMAKAI KEDOK
klik lagi ---->> KEDOK

04 April 2010

DIA, DIA, DAN DIA

salam
belum selesai dengan auto publish

____________________________________

dia
kau tahu fasal dia
cuba sembunyi siapa dia
dia dan dia
tahu juga siapa dia
suka lempar najis sini sana
aku kenal siapa dia
ketahui dari dia dan dia juga
semua cerita tak sama
kamu mahu dia nampak baik sahaja
kamu cuba tutup cerita
katakan ah abaikan saja
dia orangnya baik
dia bisa orang tabik
dia dan dia cuba sembunyi
kata yang baik-baik
konon tidak mahu orang cebik
DIA lebih tahu siapa dia
pandai guna semua anggota
untuk jadi kaki auta
untuk wanita-wanita
itu cuma cerita
suatu kisah tak sempurna
dia dan dia
jangan jadi auta pada wanita juga
kita sama kaum hawa
ingat kami tak tahu cerita
mahu baik-baik saja
jangan jadi si penganiaya

p/s: hampir semua manusia bohong - aku juga (T_T)
lu pikir lah sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...