GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label tak tahu. Show all posts
Showing posts with label tak tahu. Show all posts

11 July 2010

PETANDA BAKAL ADA PILIHAN RAYA UMUM



salam
sebagai pengundi yang sah aku semestinya nak share la...
almaklum... kita semua perlu bersedia bagi memastikan kemenangan parti yang disokong

terjadinya serangan peribadi terhadap pemimpin utama PR
gejala membeli wakil rakyat @ lompat parti (mahu tunjukan PR semakin goyah)
permit penerbitan akhbar alternatif mula ditarik 
GST masih belum diputuskan lagi (KIV tuuuuuuuuuuuu)
setiap hari akan keluar dua atau tiga cerita kisah menteri-menteri yang prihatin kat TV
babak lain adalah mengutuk, mengata PR mula goyah
pendek kata yang buruk semua PR yang baik semua dari BN itu yang TV cuba tonjolkan

aku tak bleh nak ulas panjang sebab aku pun belun teliti betul-betul hahaha
layan la entri ni semua bagi minda dan jiwa keluar dari kotak....

TIDAK MEMBELA AHLI KELUARGA YANG SALAH
DAKWAH WA TABLIGH
INI DARIPADA SUDUT PANDANG SEORANG MELAYU
JEMAAH ISLAMIAH TU PENGGANAS KE?
KISAH RAKYAT JELATA DAN JEMAAH MENTERI DALAM ISU SUBSIDI
JANGAN JADI MAKHLUK 'BONGOK'

kalau nak bace entri lain cari la kat older post ye =)

p/s: lame rasanya tak menulis entri yang berbau politik

10 July 2010

HANG TUAH TU PEREMPUAN



salam
harap kawan-kawan semua sihat

pernah dengar tak orang cakap Hang Tuah tu perempuan?
dulu cikgu sejarah aku name dia Halim... dia penah wat satu statement Hang Tuah tu perempuan... then... dia suh tunggu jawapannya nape dia cakap Hang Tuah tu pempuan... sampai la dia pindah sekolah... aku masih tak dapat jawapan yang tepat....

ade la dua, tiga buah buku aku baca.... 

ni daripada petikan Hikayat Hang Tuah... yang aku copy bulat-bulat.... tanpa ubah huruf besar atau kecil....

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah`.” (Ms. 142-143) 

petikan hikayat Hang Tuah

mengikut buku 'Sulalatus Salatin' atau 'Pertuturan Segala Raja' karya Tun Sri Lanang yang bersandarkan 'Hikayat Melayu" dari Goa Sulawesi (atau pun juga Goa India)... Hang Tuah adalah anak raja Bajung, sebuah daerah di dalam kerajaan Goa di Sulawesi. nama asalnya ialah Daeng Mempawah dan di bawa ke Melaka oleh Seri Bija Pikrama sebagai 'hadiah' Raja Goa kepada Sultan Mansur Syah.. rakan-rakan beliau yang lain iaitu Hang Jebat & the gang memang telah sedia ada di Melaka... mungkin kerana nak mudah diterima masuk ke kumpulan 'Hang'maka Sultan telah menukar namanya kepada Hang Tuah....

cuma mengikut pendapat aku Hang Tuah tu lelaki... sebab pempuan dulu mana leh kawan rapat-rapat sangat ngan lelaki kan?.. kalau pun menyamar... takkan dia tak rasa sedikit janggal rapat-rapat dengan lelaki.... lagi satu body posture dia yang menunjukkan keperempuanan.. orang len tak nampak langsung ke?

buat masa ni aku belum jumpa apa-apa bahan yang sahih... ade sesiapa yang nak berkongsi?

p/s: kalau Hang Tuah tu pempuan bek sultan melaka tak yah ngurat PGL kan? kawen je ngan Hang Tuah huhuhu

28 June 2010

SALASILAH KELUARGA ULTRAMAN

salam
sekali sekala bace cite poyo la pulak ye =)

Ultraman
Ultraman ialah anak sulung di dalam famili..pangkatnya ialah abg long.rasa-rasanya ramai sudah mengenalinya..jadi x perlulah nak diperkenalkan lagi

Ultraseven eleven
Spt kedai 7eleven.dia juga beroperasi selama 24jam…tentu ada yg tertanya-tanya bila dia tidor..sebenarnya ada ramai ultraseven..jadi ada shift pagi dan ada yg shift petang dan juga malam..pendek kata mereka bekerja shift utk menjaga keamanan.

Ultradiet
Adik beradik ultraman yg paling slim tetapi dulunya gemuk….oleh itu pakaiannya tidak boleh dipakai lagi…menggunakan kaedah diet selain sedut lemak,minum susu tepung serta mengayuh maxi rider

Ultraviolet 
Abg ultraman yg mampu memancarkan fire sinaran ultraviolet atau org melayu sinaran ultra ungu atau sinaran bijik kundang kearah musuh.

Ultraman tora
Ultraman tora ialah adik yg palig bongsu…ia boleh didapati didlm makanan ringan tora (ya!!tora dtg lagi)didlm bentuk mainan..bersesuaian dgn sifatnya itu..ultraman tora gemar membantu kanak2 didlm kesusahan

Ultraman es
Ultraman es yg suka minum es (ais)..gemar membantu warga asing Indonesia yg berada didlm kesusahan.. ketika lapang beliau gemar menghabiskan masa dikedai2 kopi bersama pekerja2 kontrak indon sambil menikmati kopi es

04 June 2010

BUKAN CERITA KEDAI KOPI [PAKATAN RAKYAT DAN BN]


salam...
kopi kapal api...
kopi jantan...
kopi janda...
kopi adabi!!!

cerita kedai kopi....

aku nak komen sikit... kekadang kita selalu @ pandai rase best... orang lain tak best je... ahahaha... macam mane nak buat? perlu tampar laju-laju ke? ohhhhh tak payah biar kan je... 

sila abaikan ayat-ayat kat atas tu... aku cuma nak komen.... PARTI apa pun yang korang pilih... hormati pilihan setiap insan... nak cakap sila lah cakap... berikan satu kesedaran sampai faham & hadam. tapi jangan la sampai becerita soal agama orang BN[umno] tak leh nak diberikan peluang bercakap... sila beri peluang tapi pastikan orang tu tahu perihal agama.... contohnya seperti membaca khutbah... atau apa situasi...

jangan la cakap semua orang PAS tu bagus... semua orang BN tu busuk.... 

atok aku penyokong tegar BN korang tau tak? beliau seorang yang okay cuma attitude dia susah nak ubah... itu je.... tapi beliau pun masih ade pendirian... andai calon PILIHAN dari BN bukan MELAYU... dia tak kan pilih... rileks... laaaaaaaaa....

AZAM AKU NAK ATOK AKU PANGKAH PAS yeah!!! aku kena kempen

tah aku rasa nak menulis perihal cam ni... memang kita selalu nampak seperti ada satu konspirasi. @ memang ade konspirasi.... dalam BN... tapi aku tetap yakin BN memang banyak wat kesilapan... korupsi... fitnah... dan macam-macam lagi... tapi jangan la sampai GADUH hingga akar umbi... yang buat TAIK mereka yang kat PUCUK... yang duduk kat AKAR UMBI yang kena...masih ade lagi mereka yang betul & okay di AKAR UMBI... cuma jiwa mereka masih TEGAR dengan BN...

sila jadi PUCUK yang baik... =)

wallahualam...

20 May 2010

BLOG BUKAN SEKADAR CONTENGAN PERIBADI

salam

pertamanya aku nak tanya... ape kategori blog yang korang tulis?
peribadi?
politik?
filem?
muzik?
tanpa tema?
atau ape pun lah....

tujuan korang tulis blog ape ek?
sekadar suka-suka
ohhhh mesti lah nak bagi semua orang baca
mahu sampaikan maklumat
mahu cerita hal saya je... dari hujung rambut sampai hujung kaki(ini hak saya)
ohhhhhhhhhhhh korang yang mane satu?

pada aku menulis blog @ memilki blog bukanlah sekadar mahu menulis kisah peribadi... hal-hal peribadi saje... jadikan blog korang bermanfaat kepada setiap yang singgah... sampaikanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat... betul ke? kalau tak nak harapkan mase bila? dah asyik BLOGWALKING je... hahaha

kebaikan tu mende? baik pe... aku cite pasal boyfren/gurlfren aku yang baik... lor... gitu ke? tak salah bercerita. kerana itu hak milik setiap insan. ape salahnya sertakan sekali nasihat/peringatan/pesanan/nilai moral walaupun pe yang korang sampaikan cuma sepatah je... kalau ade yang membaca tetap bermanfaat juga...

ini hanya pendapat & pendirian peribadi tidak ada kaitan dengan sesiapa pun - MissXYZ

p/s: maaf andai kata ada tersalah kata & terlanjur bicara...

30 April 2010

TERUBUK MASIN UNTUK PM - SIAPA KAU?

salam
sila jawab salam aku
entri muncul sendiri

siapa kau?
MissXYZ

kenapa MissXYZ?
sebab bukan ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

jantina kau?
bukan laki-laki

kau suka makan apa?
tomyam, kailan ikan masin, daging masak merah, sotong goreng tepung
(tak percaya sudah aku tak kesah)

suka buat apa?
bernafas dalam lumpur, tunggu bulan jatuh ke riba

suka warna apa?
warna warni

kau ada join laman sosial apa?
facebook, friendster, tagged, hi5, twitter, myspace

pekerjaan sekarang?
pembuat getah skrap

kenapa kau tak letak gambar?
oh... aku tak de kamera

umur kau?
tua sikit dari adik adi putra dan muda banyak dari tun mahathir

asal kau?
dari sperma & ovum

p/s: nak percaya, percayalah. kalau tak percaya aku tak kesah pun. sekadar memuaskan hati orang yang bertanya =)

* thanks a lot to all my readers and my follower... now 283 follower... tq very much

pengganti gambar Yamaha R1 & R6

26 April 2010

ALAT BANTU PENDENGARAN

salam
bila malam hari mula suram
suasana diam
aku masih tidak mahu lena
harus aku ada...
alat bantu ini
agar cuping aku
terus buka dan berjaga
supaya aku bisa mendengar....



KITA TENGOK PILIHANRAYA BESAR PUNYA PRU 13

salam
tahniah untuk BN atas kemenangan terancang itu
aku rasa sedikit kecewa
ya itu yang aku rasa...

tiba-tiba semalam terus malas layan kisah-kisah online
terus tutup blog dan terus layan cerita 
SHAWSHANK REDEMPTION untuk kali ke 5
hari ni aku bangun dan masih bersemangat rupanya

ya aku yakin 
kemenangan BN kali ini bukan dengan modal yang kecil
seperti yang sebelum ni...
mereka perlu membayar upah untuk itu dan ini
aku senaraikan sedikit antara perkara yang mereka lakukan 
semuanya memerlukan duit

- pengundi hantu
- menawan hati pengundi dengan duit
- membayar pembawa bendera (yang kelihatan seperti budak2)
- membayar tukang sorak
- membayar mereka yang tak puas hati dengan calon pilihan
- membayar mereka yang jadi calon bebas untuk tarik diri

tah banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. tapi yang pastinya mereka benar-benar bertungkus lumus untuk kemenangan ini. nah ambik lah hadiahnya. sebuah kemenagan kecil yang satu malaysia tahu ada calit kotor di situ.

setelah semua media perdana dikerah untuk meletakkan logo dacing juga setiap kali mengeluarkan cerita mengenai Hulu Selangor. ditangkap semua yang memakai baju altantuya. dan apa saja yang PR lakukan semua kau kata melanggar peraturan. itu kau kata.

tak pe biarkan mereka gembira seketika. kita akan lihat macam mana mereka mahu lakukan persediaan untuk PRU 13. andai kos untuk 1 pihan raya kecil pun sudah menelan belanja jutaan ringgit. bagaimana BN mahu hadapi PRU 13 ini? adakah dengan nilai BILLION atau TRILION? sanggupkah mereka bekalkan pengundi hantu untuk semua kawasan DUN 1 MALAYSIA yang bertanding? sanggupkah mereka mengorek semua hal peribadi pemimpin yang bertanding atas tiket PR untuk dieksploitasikan? 

mereka tidak akan mampu untuk lakukan cara kotor begitu untuk 1 MALAYSIA.yang pasti PR telah menang 7 kali berbanding BN sebanyak 3 kali. setelah berakhirnya PRU 12 pada 2008

aku tetap akan cakap UNDILAH PAKATAN RAKYAT

10 April 2010

RINDU BERPAUT HATI BERTAUT

salam
lagi entri berjadual
______________________________________

hati masam
hati suram
tunduk melangkah
betulkan posisi
pandang ke sisi sekali-sekali

baring
mengiring
berguling
berpaling
terus pusing

ambil 'handphone'
picit-picit
sembang-sembang
"ibu rindu" dia bilang
"makan tau nanti, takut masuk angin, perut bergesel takut kena ulser" suara itu meyelinap masuk ke telinga
"nanti esok nak pegi KL" satu suara ditalian memberitahu
"erm... buat ape?" aku bertanya
"jaga cucu" jawab dia
"nanti kita pegi haji sesame" suara tu lagi
"InsyaALLAH, saya kumpul duit dulu, hari-hari simpan RM30 okay?" aku jawab ringkas
"tak dapat makan kerepek lagi" cuba meneruskan perbualan
"boleh je" jawapan ringkas ku
"nak cekodok" airmata aku sudah bergenang

senyap tiba-tiba

dia menangis di talian
aku juga dalam situasi itu - aku tak bisa tahan lagi

masing-masing cuba ceriakan suasana...
terima kasih sayang....
nanti pulang kita berdendang

09 April 2010

PUISI HATI SURAM

salam
entri berjadual =)
dalam fasa sakit kepala masih mencoret kata
ini sudah lama dalam kepala
hanya menanti untuk muncul di alam maya
__________________________________________________________


tak faham sikapmu
kau bercinta seumpama menukar baju
kau turutkan hati
kata nasihat tak kau peduli

kau tahu hati ku
kerana kasih ku bersabar selalu
biarpun terluka
terus tertahan selagi terdaya

mengapa engkau ku sayangi
mengapa kau ku nanti
mengapa ku rela disakiti
diri ku ini terbelenggu di dalam kepuraanmu

telah terlalu lama ku himpun doa-doa
semoga Tuhan memberikan hidayahNya
tapi kau tetap tak berubah tertutup hati
tak satu pengorbananku di hargai

06 April 2010

REPUBLISH SEHIJAU WARNA DAUN

salam
auto publish
aku pinjam tajuk ini bukan untuk aku berpuisi
siapa tahu?
angkat tangan
SEHIJAU WARNA DAUN
tempat ke 2 untuk PUISIDRA (PUISI DAN DRAMA) - memori 2003
beberapa hari sebelum kematian cikgu matematik kita
menaiki lori
baring di bawah terik mentari
di pentas berhari-hari
menanti giliran
tapi tidak menjadi johan
mencipta piramid yang berpusing sendiri
ah!!!
konon orang kagumi
aku cuma gunakan motor hadiah hari jadi
itulah hasil kreativiti
saat aku menayang slaid yang tersusun elok dari komputer riba
saat aku menyalakan api dari penunu bunsen bersama penyembur aerosol
(seperti api naga)
dalam hikayat Dinasti Cheng
cukup!!!

__________________________________________________

sehijau warna daun
stoma
klorofil
kloroplas
xilem
floem
hilang semua yang dulu ada dalam kepala
noktah
ada sesiapa nak tambah?
encik mamat bukankan kau ada semua memori
atau masih menyesuaikan diri dalam kubikel itu?
cik ekin kamu juga...
ada saat itu...
lengkap sudah metamorfosis kamu?
singgah SINI saat mengenang kembali

05 April 2010

HAI MANUSIA

salam
auto publish

hai manusia
pandai kamu berkata-kata
pandai kamu atur cerita
padahal pincang segala
semacam tiada hala
persis si cacat anggota
malahan mereka lebih mulia
mahu jadi si pengadu domba
mahu jadi si pelakon cerita
mahu jadi si tukang karut
mahu jadi si pak turut
atau si pura-pura yang tidak tahu apa-apa
ingat!!!
nanti di sana
kamu perlu jawab segala
mahu tarik-tarik aku
ah!!!
kamu kata kamu baik
sila jalan baik-baik
tunggu saja kamu di sana
di sana kita akan hidup lama

p/s: entri termakan hati sendiri

03 April 2010

CUBA FIKIRKAN

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.

2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?

4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas untuk melihat hal-hal di bawah?

5. Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer?

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?

7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!

8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?

10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?

23 March 2010

APE HAL PULAK NI?

langkah ini
seakan terhenti-henti
depan kelabu
pedih memilu
masa bukan lagi temanku

masih jua
aku mengharap cahaya
biar pun terus
meredah belukar
pecahan kaca

menusuk tubuh berdarah
sakitnya tiada terkira

getar jari-jemari
bertaut pada harapan ini
aku membilang hari
apa akan datang hari
ku nanti

18 March 2010

BUKAN ASMARADANA

salam
lali sudah entri auto publish
aku sudah bilang
aku mahu rehat yang panjang

lelaki jangan kamu letak akal di kaki

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

wanita perlu hati-hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...