salam
moga semua dirahmati dan diberkati sentiasa =)
sifat dakwah dan tabligh adalah sifat Rasulullah. maka dengan menghidupkan sifat dakwah dan tabligh bererti telah menghidupkan sunnah Rasulullah saw… tabligh tu tak la semestinya join geng-geng tabligh… bergerak sendiri pun boleh... dengan kawan-kawan rapat pun boleh... dengan anak-anak pun boleh... banyak caranya... dakwah ertinya mengajak dan tabligh ertinya menyampaikan… maksudnya… setiap muslim kena la… ade komitmen mengajak orang lain taat kepada Allah SWT… dan menyampaikan kebesaran-kebesaranNya...
ini terjadi kerana keadaan manusia zaman sekarang yang semakin melupakan perintah dan kekuasaan Allah S.W.T…. dari sudut pandang agama tu sendiri… tak kira lah dari segi pemerintahan negara… pimpinan dalam keluarga… dan sebagainya… hatta keyakinan dalam diri sendiri tentang balasan yang bakal diterima jika kita melakukan sebarang kemungkaran yang mungundang murka Allah S.W.T kini sudah dipandang enteng…
kesedaran tentang tu semua sebenarnya sudah berkurang dan hampir lenyap sama sekali… jika aktiviti dakwah dan tabligh ni tak dijalankan secara konsisten… nape aku katakana cam tu?
kalau betul kesedaran tu wujud takkan berlaku kezaliman dalam sistem pemerintahan… tak berlaku kezaliman pada keluarga… takkan berlaku kezaliman pada diri sendiri…. kepentingan merujuk pada al-quran dan hadis kini semakin dianggap kolot… sedangkan itulah rujukan yang paling utama dan telah memimpin seisi makhluk kat dunia ni sejak zaman Rasulullah lagi…
kini kita semua berusaha untuk memisah-misahkan al-quran dan hadis dalam kehidupan seharian kita… kita hanya ambik hukum agama saat mahu akad nikah…. saat nak kawin 4…. puasa… zakat…. itu pun selagi tak dianggap menyusahkan… betul tak?
bila ada manusia yang berbunyi tentang rasuah dalam sistem pemerintahan… ada yang berbunyi “haaaaaaaa tu nak mengatalah….” sedangkan mereka yang berbunyi tu sekadar mengingatkan…
contoh kat sini… jika pemimpin telah melakukan kesalahan atau kekhilafan dalam suatu kepimpinan… ada yang sudah memberi nasihat… berhentilah daripada lakukan kezaliman… tapi mereka gerombolan tu… masih melakukan jugak… so? semestinyalah kena bagi tau kat rakyat jelata… supaya sokongan terhadap gerombolan tu dihentikan… kerana telah melanggar hukum dan menentang perintah Allah atau melakukan kemungkaran…
tetapi akan ada yang berbunyi “ohhhhhh nak bukak aib orang je tau…”
sedangkan mendedahkan suatu kefasikan tu perlu bagi mencegah kemungkaran daripada berterusan…. dan juga sebagai ingatan dan contoh agar yang lain tak melakukan perkara yang sama…
kalau tak de pendedahan cam tu sampai bila kemungkaran tu akan terus berlaku? ape fungsi manusia ni sebagai khalifah? tak de fungsi la kalau yang alim(berilmu) dan warak(menjaga) tak leh nak kabo pebende…. yang mana baik… yang mana haram… yang mana harus… yang mana wajib… yang mana syubahah…
cam tu gak seorang lelaki leh jadi fasik jika tak menegur isteri dan anak perempuan untuk menutup aurat… juga saudara lelaki yang membiarkan kakak atau adiknya mendedahkan aurat… sewajarnya mereka menegur dan menasihati…. (ni aplikasi untuk kelompok yang kecil) dan menjadi tanggungjawab yang lebih besar untuk menegur dan menasihati malah menentang pemimpin yang menolak Islam….
selagi kita mengikut dan mengatakan ‘ya’ bererti kita mengatakan ‘ya’ pada kemungkaran… kerana tu pentingnya ada penolakan… selagi kita tak menolak pemimpin yang zalim… selagi tu mereka yang zalim tetap terus berkuasa …
bila cakap buat begitu atau buat begini nanti berdosa… masuk neraka… selama mana kita tak bertaubat… nanti adelah yang berbunyi… “doakan orang masuk neraka ape?” tu bukan doakan tu hakikat la…. da buat dosa… yang bercakap cam tu bukan memandai-mandai… da memang dalam al-quran sebut yang melakukan kemungkaran akan mendapat balasan neraka dan yang melakukan kebaikan dapat balasan syurga….
nak atau tak kebenaran perlu disampaikan
suka atau tidak perkara yang benar tetap benar
dan perlu ingat sampai mati… ingat sampai bila-bila… paksaan… desakan… apa jua perkara takkan terjadi tanpa izin Allah… bila terjadi sesuatu perkara bererti itulah takdirNya…
dari Adiy bin Umairah r.a.. mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya Allah tidak menyiksa orang-oranga awam kerana perbuatan orang-orang terkemuka, hingga mereka melihat kemungkaran di antara mereka dan mendiamkannya sedang mereka sanggup mengingkarinya. apabila mereka lakukan itu, maka Allah menyeksa orang-orang terkemuka dan orang-orang awam"
(hadis riwayat Ahmad)
3 comments:
bagus2.... usaha utk menyampaikan (tabligh)
perbezaan fikrah dan cabaran dlm dakwah akan ada sampai bila2. yg penting kita menyampaikan.
teruskan perjuangan...
itulah tanggungjawab lelaki...sgt byk. isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan....
salam..
selamat berdakwah
moga ceria sokmo..
Post a Comment