GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

08 February 2015

BERSOLEK KETIKA HAMIL BOLEH RENDAHKAN IQ ANAK

Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.

Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik.
Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.
“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.
“Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.
Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.
“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.

15 November 2014

KENAPA PERLU DENGAR LAGU SEDIH?



Baru-baru ini, kajian oleh pakar sains Jerman telah menghuraikan bahawa mendengar lagu sedih selepas perpisahan sebenarnya membantu seseorang itu pulih dengan lebih cepat. 
Malah, ia sebenarnya boleh mengembirakan orang tersebut!  
Liila Taruffi dari Universiti Freie di Jerman berkata memainkan lagu sedih sebenarnya berfungsi sebagai bantuan untuk emosi kita semasa kita bersedih dan memberi kesan yang keseluruhan ke atas kesejahteraan tubuh dan minda kita.
Pasukan sains ini telah mengkaji 772 peserta dari seluruh dunia untuk mengetahui sebab orang mendengar lagu muzik sedih terutama selepas berpisah dengan kekasih. Keputusannya adalah lagu sedih sesuai kerana mereka berasa sepi.
’Melalui lagu sedih juga, manusia dapat merasakan perasaan yang sedih tanpa mengalaminya di kehidupan sebenar. Ini mengaktifkan kesedaran kognitif yang membangkitkan imaginasi kita’’, tambah Taruffi.
Antara lagu-lagu yang terkenal yang didengari ramai selepas perpisahan adalah Hurt dari Johnny Cash dan Moonlight Sonata dari Beethoven.
Kredit Foto: Desi Rulez 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...