GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

13 February 2015

KEJAYAAN PALING BERERTI SAYA, KELUAR DARI RIBA' - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ


KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.
“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.
“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.
Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.
Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.
Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.
Sumber asal: Harakahdaily

12 February 2015

SERONOKNYA BERNIAGA ONLINE

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
bercerita mengenai berniaga atas talian atau nama inggerisnya online... mula-mula biasalah... kena kerja keras untuk cari tapak... dan mendapatkan kepercayaan pelanggan. tapi tak da lah keras sangat... masih boleh sambil-sambil main game online... gitu... sambil-sambil masak gitu... macam-macam jugak yang boleh disambil-sambilkan...

hampir 2 tahun jugak lah aku berniaga online.... alhamdulillah...

tetapi membina rangkaian sangat penting. cuma membina rangkaian menjadi lebih mudah dengan adanya internet dan media sosial... seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram, blog, mudah.my dan lain-lain... supaya pelanggan dan bakal pelanggan senang berhubung dan mengetahui produk yang kita jual...

lama kelamaan... inshaAllah... kita akan miliki regular customer dan wholesales buyer... masa itu kita rileks je... hanya menanti pelanggan yang ingin berurusan jual beli sahaja... hehe

sekian... selamat berjaya!!!




06 February 2015

5 MAKANAN SEGERA YANG RENDAH KALORI


Tidak ramai yang mampu menolak keinginan menikmati makanan segera terutama seleksi burger yang kelihatan enak dalam gambar malah lazat ketika menjamahnya.

Makanan yang cepat dan sedap pasti mempunyai kesan sampingan bukan? Ia datang dalam bentuk kalori di mana setiap satu juadah fastfood mempunyai jumlah kalori yang begitu tinggi.

Namun itu tidak bermakna semua hidangannya sama. Teliti lima pilihan makanan segera yang mempunyai kadar kalori yang rendah.

Whopper Jr. (Burger King)




Burger Whopper Jr. yang ditawarkan di restoran Burger King mempunyai 410 kalori jika tidak diletakkan mayonis. Tahukah anda bahawa Whopper Jr. memiliki 9 gram protein dan hanya 3 gram lemak tepu?

Beefburger (McDonald’s)




Cara penyediaan burger daging di McDonald’s ini sangat mudah! Pate burger yang diletak sedikit perasa ditambah garam, lada hitam, jeruk, sos tomato dan mustard. Beefburger mengandungi hanya 240 kalori.

Junior Cheeseburger (Wendy’s)




Junior Cheeseburger yang dihidangkan di Wendy’s dapat membekalkan 290 kalori kepada tubuh anda. Jika membuang keju, tolak lagi 30 kalori. Burger klasik ini disediakan bersama sos tomato, jeruk dan bawang.

6’ Turkey Breast (Subway)




Sandwich Turkey Breast yang disertakan roti gandum, sayur, tomato, bawang, lada hijau, timun dan sos sweet onion mempunyai jumlah keseluruhan 435 kalori dan 1.5 gram lemak tepu sahaja. Lazat dan berkhasiat!

Toasted Twister (KFC)




Bosan dengan pilihan burger? Beralih kepada Toasted Twister seketika menjengah ke restoran KFC. Hidangan ringkas yang melalui pelbagai pembaharuan ini mempunyai 250 kalori sahaja jika tiada mayonis dan sos.

Menarik bukan? Apa lagi, beralihlah kepada pilihan hidangan yang bijak tatkala melangkah masuk ke restoran makanan segera!

Kredit gambar: Mcdonalds, KFC, Wendys, Subway, Burger King, thedigestersdilemma

31 December 2014

KECELAKAAN PESAWAT AIR ASIA SUDAH DIJANGKA


Tahun 2014 disebut sebagai tahun yang malang bagi industri penerbangan. Kehilangan MH370, MH17 ditembak jatuh dan kini nahas AirAsia QZ8501. Tiga tragedi ini merupakan insiden berprofil tinggi industri penerbangan tahun ini.

Setiap kali berlakunya tragedi sebesar ini, tidak dapat tidak, pasti ada yang mengaitkan teori konspirasi. Agak mengejutkan apabila seorang blogger dari China telah membuat ramalan dengan tepat tentang insiden AirAsia ini.

Ramalan itu dibuat blogger yang dengan nama 'Landlord' pada 15 Disember lalu. Menurut Landlord, satu organisasi dengan nama Black Hand telah berjaya 'membunuh' syarikat penerbangan keenam terbesar di dunia, iaitu Malaysia Airlines, melalui insiden MH17 dan MH370. Dan mereka menyasarkan AirAsia sebagai 'target' seterusnya, kerana ia sebuah syarikat yang beribu pejabat di Malaysia.



Tidak dapat dipastikan pula kenapa Black Hand menyasarkan syarikat dari Malaysia.

Dalam ramalan itu, Landlord sempat memberi amaran agar rakyat China tidak menaiki AirAsia.

Laporan Daily Mail menyebut kemungkinan Landlord merupakan anggota perisik China atau seorang hacker. Tetapi ada juga laporan yang menyebut kemungkinan ramalan berkenaan adalah 'back-dated' dan telah disunting.

Foto: Daily Mail/Oh Media

14 December 2014

5 LELAKI TERHANGAT TAHUN 2014

HANGAT KE???????????????????????
HAHAHA... =P AWAT DOUBLE A TAK MASUK LIST NIHHH....

1. Zul Ariffin



Sudah agak lama berkecimpung dalam bidang lakonan, tetapi entah di mana silapnya, namanya kurang menyinar. Tetapi tahun ini, penangan drama bersiri Rindu Awak 200% berjaya meledakkan nama Zul.

2. Zain Saidin



Suami kepada aktres Rozita Che Wan ini antara yang hangat diperkatakan, apatah lagi selepas kehadiran cahaya mata perempuannya yang comel. Kekerapan Zain memuat naik gambar 'seksi' nya di laman Instagram juga buat ramai peminat wanita melopong.

3. Keith Foo



Kalau Rindu Awak 200% bawa tuah buat Zul Ariffin, drama Ariana Rose yang mula bersiaran sekitar Februari lalu pula menaikkan nama Keith Foo secara mendadak. Tapi awasnya, si tampan ini tunangan orang!

4. Sharnaaz Ahmad



Aktor yang tak pernah lekang dari kontroversi ini tetap murah dengan tawaran lakonan. Kini sedang meletup dengan drama Suamiku Encik Sotong, pertelingkahannya dengan aktres Lisdawati dan Azwan Ali antara yang paling kontroversi tahun ini.

5. Dato' Ramli MS



Nama pengarah muzik tersohor ini hebat diperkatakan gara-gara perkahwinan rahsianya dengan penyanyi Alyah yang hanya terbongkar selepas rumah mereka diserbu JAIS.

12 December 2014

10 FILEM MENDAPAT KUTIPAN TERTINGGI TAHUN INI

Tahun 2014 merupakan tahun yang amat menarik buat penggemar filem. Panggung wayang dilimpahi pelbagai cereka menarik tidak kira sama ada filem baharu, adaptasi buku, sekuel yang dinanti mahupun animasi kelolaan komputer.

Meskipun setiap tayangan filem akan diberi komen dan kritikan oleh pelbagai pihak namun nasib sesebuah karya itu tetap terletak di tangan penonton yang membayar sejumlah wang untuk menyaksikan persembahan di layar perak.

Mari ketahui 10 filem Hollywood yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang tempoh tayangannya.

10 - The Hunger Games: Mockingjay - Part 1


Filem ketiga dalam siri adaptasi buku The Hunger Games ini mencatat rekod luar biasa apabila berada di tangga pertama kutipan mingguan selama tiga minggu. Bahagian pertama filem Mockingjay ini mengaut USD 560,953,593 (RM1.95 billion) dalam tempoh sebulan.

9 – Interstellar


Interstellar merupakan cerita sains fiksyen arahan pengarah berbakat, Christopher Nolan. Mula ditayangkan di seluruh dunia awal November lalu, filem lakonan Matthew McConaughey, Anne Hathaway dan Jessica Chastain ini memperoleh USD 594.3 juta (RM2.07 billion) sehingga kini.

8 - How to Train Your Dragon 2


Sekuel kepada How to Train Your Dragon yang menemui penonton empat tahun lalu mendapat ulasan yang baik. Hasil kerjasama syarikat 20th Century Fox dan DreamWorks Animation, How to Train Your Dragon 2 mendapat kutipan sebanyak USD 618,890,856 (RM2.2 billion).

7 - Dawn of the Planet of the Apes


Dawn of the Planet of the Apes adalah filem kedua dalam siri reboot Planet of the Apes. Mencapai USD 708 juta (RM2.46 billion) kutipan sepanjang tempoh tayangannya, filem sains fiksyen ini mendapat kritikan luar biasa yang memuji jalan cerita, permainan emosi dan efek khas yang menakjubkan.

6 - The Amazing Spider-Man 2


Meskipun menjadi filem dalam siri Spiderman dengan kutipan terendah namun itu tidak bermakna The Amazing Spider-Man 2 tiada tarikannya. Adaptasi dari karakter Marvel oleh Marc Webb ini berjaya mengumpul USD 708 juta (RM2.47 billion) dan berada pada tangga keenam.

5 - Captain America: The Winter Soldier


Filem solo kedua mengenai superhero Captain America, filem The Winter Soldier mencatat kutipan USD 714 juta (RM2.49 billion) yakni kenaikan yang mendadak dari filem pertama iaitu sebanyak USD 370.6 juta (RM1.07 billion). Pengembaraan adiwira ini akan diteruskan dalam Avengers: Age of Ultron yang akan menemui pawagam pada Mei 2015.

4 - X-Men: Days of Future Past


Filem yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat superhero mutan di seluruh dunia. X-Men: Days of Future Past merupakan dwi-sekuel kepada filem X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: First Class (2011). Diiktiraf sebagai filem terbaik dalam sirinya, filem arahan Bryan Singer mendapat kutipan bersih USD 746 juta (RM2.6 billion).

3 – Maleficent


Adaptasi live-action yang pertama untuk kisah dongeng Sleeping Beauty ini dimainkan oleh Angelina Jolie sebagai karakter titularnya. Berlandaskan bajet USD 180 juta, Maleficent membawa pulang USD 757.8 juta (RM2.64 billion) buat Disney.

2 - Guardians of the Galaxy


Guardians of the Galaxy merupakan filem kesepuluh dalam projek Marvel Cinematic Universe. Filem pengembaraan angkasa yang mengutip USD 771,826,145 (RM2.69 billion) ini dilakonkan para aktor yang popular seperti Chris Pratt, Zoe Saldana, Vin Diesel, Bradley Cooper dan Benicio del Toro.

1 – Transformers: Age of Extinction


Filem keempat Transformers ini berjaya menduduki tempat teratas dalam senarai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang 2014 iaitu sebanyak USD 1,087,404,499 (RM3.8 billion). Cereka aksi sains fiksyen ini mendapat ulasan yang tidak begitu baik namun impak yang diberikan tetap berjaya mengajak orang ramai untuk menontonnya.

Siapa sangka bahawa separuh filem yang tersenarai berkaitan dengan superhero bukan?

5 SEBAB KHAIRY JAMALUDDIN ADALAH SHAH RUKH KHAN MALAYSIA

Assalammualaikum
Shah Rukh Khan (SRK) adalah satu nama yang memang sinonim dengan dunia Bollywood. Walaupun terdapat ramai lagi pelakon yang terhandal di Bollywood, namun kejayaan beliau tidak dapat dicapai oleh aktor yang lain. Beliau tetap akan kekal sebagai Raja Bollywood untuk masa yang akan datang.
Khairy Jamaluddin pula adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Ahli politik yang disegani ini pernah menuntut di Universiti Oxford di United Kingdom.
Dua personaliti datang daripada dua dunia yang amat berbeza namun masih mempunyai persamaan. Berikut adalah 5 sebab Khairy Jamaluddin sesuai menjadi Shah Rukh Khan Malaysia! 

Kulit hitam manis
Khairy dan SRK adalah dua lelaki yang tampan dan berkulit hitam manis. Sedap mata memandang ketika menonton TV! 

Gemar bersukan
KJ adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang gemar bersenam dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Manakala, SRK adalah pemilik Kolkata Knight Riders (KKR) yang merupakan satu pasukan kriket yang telah memenangi pertandingan Indian Premier League (IPL) pada tahun 2012. 

Utamakan keluarga 
Shah Rukh Khan dan Khairy Jamaluddin juga adalah dua lelaki yang sememangnya memberi keutamaan kepada keluarga mereka.  Jika anda melihat laman Facebook atau Instagram, ia dipenuhi dengan gambar bersama anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa istilah ‘family is their first priority’ menjadi pegangan hidup.

Pandai berlakon
SRK adalah Raja Bollywood dan Khairy walaupun tidak mempunyai status honorifik seperti SRK tetapi turut mempunyai bakat dalam bidang lakonan. KJ sebenarnya telah berlakon dalam filem pendek Inspektor Mastura sebagai penjual ayam percik. Jika KJ ingin bersara dari menjadi seorang ahli politik, patutnya masuk bidang lakonan. 

Penagih sosial media
Jika anda mengikuti laman Facebook SRK, anda dapat melihat renungan-renungan SRK yang begitu menarik sekali. Walhal kami semua tahu KJ adalah seorang yang memang amat vokal di laman media sosial. Selain daripada memberi pendapat yang sangat ikhlas, beliau juga rajin membalas komen pengikutnya. 



Andakah anda setuju yang KJ adalah Shah Rukh Khan Malaysia? 

08 December 2014

ISTIMEWA BUAT PENGGUNA DRYPERS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

khusus buat pengguna lampin pakai buang jenama DRYPERS... kini anda boleh jadi ahli kelab DRYPERS... kumpul point dan boleh tebus hadiah!!!

memang owesome... aku pun baru je perasan ni... haha bolehlah kumpul point untuk dapatkan comforter untuk our 3rd baby next year!!!

jom korang join jugak!!!

cecepat key in kod unik yang ada pada plastik bungkusan DRYPERS

boleh register kat SINI

see u soon =)


01 December 2014

PENGEMIS PALING CANTIK DI DUNIA



Melihat wajahnya, tentu ramai yang tak percaya yang si cantik ini adalah seorang pengemis!

Gadis berasal dari Beijing, China, bernama Loli ini jatuh miskin selepas keluarganya berhutang 100,000 Yuan dengan ceti haram atau nama glamornya, Along.

Kisah Loli dilaporkan oleh seorang wartawan yang membuat laporan tentang pengemis jalanan di Beijing. Apabila bertembung dengan Loli, dia merasa tidak percaya melihat kecantikan gadis itu.

Loli kini tinggal di tempat pembuangan sampah, dan terpaksa mengemis demi mencari wang untuk meneruskan pengajian dan membiayai kos perubatan ibunya yang sakit.


Ada yang sanggup nak tolong Loli?

PEMBUNUH UPAHAN PALING JELITA DI DUNIA

MEXICO, (MLP) – Siapa sangka ibu kepada tiga orang anak sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico City?

Berbekalkan wajah jelita, Claudia Ochoa Felix menjalani kehidupan serba glamor dan begitu mewah hasil pendapatan dari perkerjaan yang unik itu.

Mendapat gelarannya ‘The Empress of Antrax’, Claudia pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix.



Pasangan yang dikurniakan tiga orang anak ini walaubagaimanapun bercerai selepas beberapa tahun bersama.

Bagi memastikan keselamatannya terjamin, Claudia setiasa diiringi sekumpulan lelaki bersenjata yang menjadi pengawal keselamatannya.

Khidmat skuad yang dipimpin ketua gangster wanita itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Januari lalu, pihak berkuasa telah menahan Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33 yang merupakan ketua asal kumpulan Los Antrax. 



Penahanan berkenaan membolehkan wanita itu mengambil alih kedudukan kekasihnya sebagai ketua, sekaligus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Wajah wanita berusia 27 tahun ini dikatakan mirip kepada selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

Claudia dilaporkan sering mendedah perihal diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.



Kredit gambar: uludagsozluk, latinopost, gutooka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...