GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

06 February 2015

5 MAKANAN SEGERA YANG RENDAH KALORI


Tidak ramai yang mampu menolak keinginan menikmati makanan segera terutama seleksi burger yang kelihatan enak dalam gambar malah lazat ketika menjamahnya.

Makanan yang cepat dan sedap pasti mempunyai kesan sampingan bukan? Ia datang dalam bentuk kalori di mana setiap satu juadah fastfood mempunyai jumlah kalori yang begitu tinggi.

Namun itu tidak bermakna semua hidangannya sama. Teliti lima pilihan makanan segera yang mempunyai kadar kalori yang rendah.

Whopper Jr. (Burger King)




Burger Whopper Jr. yang ditawarkan di restoran Burger King mempunyai 410 kalori jika tidak diletakkan mayonis. Tahukah anda bahawa Whopper Jr. memiliki 9 gram protein dan hanya 3 gram lemak tepu?

Beefburger (McDonald’s)




Cara penyediaan burger daging di McDonald’s ini sangat mudah! Pate burger yang diletak sedikit perasa ditambah garam, lada hitam, jeruk, sos tomato dan mustard. Beefburger mengandungi hanya 240 kalori.

Junior Cheeseburger (Wendy’s)




Junior Cheeseburger yang dihidangkan di Wendy’s dapat membekalkan 290 kalori kepada tubuh anda. Jika membuang keju, tolak lagi 30 kalori. Burger klasik ini disediakan bersama sos tomato, jeruk dan bawang.

6’ Turkey Breast (Subway)




Sandwich Turkey Breast yang disertakan roti gandum, sayur, tomato, bawang, lada hijau, timun dan sos sweet onion mempunyai jumlah keseluruhan 435 kalori dan 1.5 gram lemak tepu sahaja. Lazat dan berkhasiat!

Toasted Twister (KFC)




Bosan dengan pilihan burger? Beralih kepada Toasted Twister seketika menjengah ke restoran KFC. Hidangan ringkas yang melalui pelbagai pembaharuan ini mempunyai 250 kalori sahaja jika tiada mayonis dan sos.

Menarik bukan? Apa lagi, beralihlah kepada pilihan hidangan yang bijak tatkala melangkah masuk ke restoran makanan segera!

Kredit gambar: Mcdonalds, KFC, Wendys, Subway, Burger King, thedigestersdilemma

01 February 2015

5 MINUMAN UNTUK KURANGKAN LEMAK BADAN

Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk mengurangkan lemak badan adalah melalui cara pemakanan yang sihat dan juga dengan bersenam. Tetapi, ini bukan satu-satunya cara untuk mengurangkan lemak di badan.
Terdapat beberapa jenis minuman yang anda boleh minum setiap hari untuk mengurangkan lemak di badan anda. Minuman-minuman ini telah dibuktikan dapat mengurangkan berat badan jika anda sentiasa meminumnya. 

Berikut adalah 5 jenis minuman tersebut!



Air kosong berais


Sebagai rakyat Malaysia, kami tercenderung untuk minum air berais kerana cuaca yang panas. 


Tahukah anda, meminum air kosong yang berais akan meningkatkan proses metabolisme badan anda dan akan menyingkirkan kalori yang banyak? Minumlah sekurang-kurangnya 0.4 liter air kosong berais setiap hari untuk melihat perubahannya! 


Air kelapa


Dari kedai di tepi jalan ke restoran-restoran besar,air kelapa boleh didapati di pelbagai tempat di Malaysia. Anda harus ataupun diwajibkan meminum air ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Air kelapa adalah satu minuman yang sangat menghidratkan. Minumlah air kelapa daripada air suam kerana ia meningkatkan kadar metobolisme dan memberi anda tenaga yang lebih. Oleh itu, pastikan minum air ini dengan lebih kerap!


Susu skim

 

Susu skim juga dapat memecahkan lemak-lemak di dalam badan anda. Menurut pakar perubatan, susu skim akan menolong dalam menghilangkan lebih daripada 70% lemak daripada mereka yang langsung tidak mengambil susu! Minum segelas sehari untuk khasiatnya!


Teh hijau

 

Teh hijau adalah sejenis teh yang menjadi kegemaran mereka yang hidup sihat. Ini kerana ia meningkatkan kadar metabolisme di badan dan juga akan membakar kalori yang lebih. Teh hijau membolehkan anda membakar 43% kalori daripada air minuman yang lain! 

Watermelon smoothie


Untuk mendapat khasiat sepenuhnya, jangan memasukkan gula ke dalam watermelon smoothie anda! Minuman ini adalah antara cara terbaik untuk menghidratkan badan kerana ia mempunyai kandungan air yang banyak. 

Tambahan pula, ia mempunyai arginine iaitu satu asid amino yang boleh mengurangkan lemak di badan.


Tunggu apa lagi? Minum minuman di atas untuk mengurangkan lemak badan! 


Kredit Foto: Mindlify, Venusbuzz, Michigan Uni, Taras

31 January 2015

5 TIPS MUDAH BERDIET

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?

Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:


1.  Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah dilihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ''minum air kosong secukupnya!'', ''makan buah-buahan!'', atau ''tidur 8 jam sehari!''. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


12 January 2015

PILIS DAN PARAM MASIH RELEVAN LAGI KE?

Assalammualaikum...

semoga kita sentiasa diberkatiNya...

tau tak ape tu pilis.... benda alah yang tepek kat dahi masa pempuan dalam pantang... hehe dan param pulak yang sapu satu badan tu.... masa dalam pantang jugak.... tujuannya untuk elak masuk angin dan elak sejuk juga bisa-bisa badan... baunya wangi dan best...

cuma...
pada aku la... penggunaan pilis ni macam kurang sesuai je zaman sekarang... sebab kebanyakan orang yang breastfeeding baby mesti rasa agak leceh... takut habuk pilis tu bila dah kering terjauh-jatuh... dan bersepah... lebih masalah lagi jika habuk tu masuk dalam mata baby yang kita tengah susukan.... haha tu pada aku la... sebab aku ni tak reti duduk diam....

lain zaman dulu-dulu...
mereka kalau dalam pantang memang betul-betul duduk dan tak bergerak sangat... hinggakan ada yang rapatkan kaki dan hujung kaki diikat dengan batu... haaa kau... memang disiplin... huhuhu...

kalau aku memang tak la... masa 1st baby... hari ketiga je aku dah keluar... kiki... tapi tak la ligat sangat... langkah longkang my hubby masih angkatkan lagi =)

second baby ye... aku cepat sihat... dan tak sakit sangat... berbanding first baby... siap boleh pegi kedai cari baju gown baby lagi... tapi bengkung... stokin dan lain-lain aku tetap pakai.... cuma aku memang jalan-jalan... bersenam katanya =)

angkat berat-berat tak la... cuma pegang baby tu ada la... tu pun kalau masa hubby tak de... kalau dia ada haruslah dia yang akan dukung baby...

tapi kalau tak guna pilis... jangan tak sapu pape terus kat kepala tu.... nanti takut masuk angin... ganti la dengan losyen panas ke... minyak panas ke... tapi yang tak bersepah la.... dan tak de habuk...

pape pun terpulang pada individu... mana yang anda suka....

ini la pilis dan param yang my ibu suggest... dan aku guna memang best... cuma pilis je ade objection... sebab bersepah takut masuk mata baby hu3


11 November 2014

1 DARIPADA 100 RAKYAT MALAYSIA HIDAP SKIZOFRENIA




SEBERANG PERAI, (MLP) – Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pendedahkan bahawa seorang daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia.

Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan orang sekeliling jika tidak dirawat.

Pesakit skizofrenia mengalami masalah menafsir gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.

“Stigma masyarakat yang menjauhkan diri daripada pesakit skizofrenia masih menebal di negara ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit memerlukan sokongan dari pelbagai pihak,” ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau menegaskan bahawa situasi tersebut amat membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan.

“Hal itu menjadi punca mengapa pesakit tidak mendapatkan rawatan atau tidak mengambil ubat yang diberikan yang akhirnya menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” tambahnya lagi.

Kredit gambar: becuo

28 May 2014

VAGINAL REPAIR UNTUK KEPUASAN SEKS

Assalamualaikum 

semoga semuanya sihat selalu...

kali ni aku nak share mengenai kesihatan wanita... yang aku selalu ikuti daripada Doktor Hamid Arshat... yang memang terkenal sebagai pakar sakit puan yang berjaya... 

vaginal repair

adalah satu bentuk pembedahan kecil bagi menguatkan otot-otot faraj.... selain itu ia juga dipanggil sebagai pembedahan 'pelvic floor repair' PFR... dimana kebanyakan wanita di negara lain melakukannya untuk meningkatkan kepuasan seks.

biasanya akan dilakukan sebagai 'day surgery' iaitu masuk pagi balik petang... tempoh untuk pulih adalah sekitar 4-6minggu seperti luka besalin...

anggaran kos untuk pembedahan ini adalah sekitar RM4500-Rm6000 depends pada hospital.... kelebihan lain jika melakukan pembedahan ini... ialah perbaiki kawalan kencing iaitu penyakit mudah terkencing jika batuk... (stress incontinence)

hukum di sisi agama adalah harus... untuk memelihara dan mengeratkan hubungan suami isteri... juga bagi meningkatkan kualiti kesihatan...




20 May 2014

AWAS!!! MEREKA NAK PUTIH... JANGAN SAMPAI MERANA DIRI...

Assalammualaikum...

semoga kita semua sentiasa di bawah lembayungNya...

lately ni... macam2 produk nak bagi putih gebu lah... putih berkilat la... haaaa jangan nanti sampai terlajak putih... sampai berputih mata... haha... so tahukah korang kenapa ade yang gelap kenapa ada yang cerah?

apa kandungan yang jadikan kulit nampak lebih gelap?

'melanin' yup they call melanin

So... aku nak cakap... kepada yang kemaruk beno nak berkulit putih, cerah dan gebu... buat research dulu.... nanti korang mesti cancel niat nak jadi putih... haha...

Kepada sesiapa yang ingin memutihkan kulit, syukurlah apa yang diberi oleh Allah swt kerana setiap pemberianNYA ada HIKMAHNYA. Kulit 'gelap' kita dicipta untuk mempertahankan muka kita dari sinaran ultra ungu atau ultra violet light berlebihan dari sinar matahari, dan megelakkan kita dari mengidap kanser kulit. Itu sebab ramai yang memakai whitening berlebihan tidak dapat bertahan lama dengan sinar matahari sebab terasa kepedihan di muka. Tetapi sinar matahari diperlukan untuk membentuk vitamin D di dalam badan.


03 December 2013

MENGENAL PASTI MASA SUBUR WANITA

Assalammualaikum

Huhu entri untuk yang agak serius

Masa subur seorang wanita biasanya paling lama adalah 24jam.... dan biasanya lebih meningkat usia masa subur akan menjadi lebih pendek...

Yesss...

Mengetahui masa subur sangat penting bagi mereka yang merancang untuk hamil... atau pun merancang untuk menjarakkan kehamilan...

Dan biasanya mereka yang agak lewat berkahwin... potensi untuk hamil agak rendah... tetapi kuasa Allah lebih hebat... itu sekadar kajian sahaja...

Cara mengenali waktu subur....

Cecair yang keluar dari vagina biasanya akan berwarna putih dan lebih kenyal... pada masa ini seorang wanita sedang mengalami proses pengovulan...

Ini adalah antara cara yang mudah untuk kita kenali waktu subur... tanpa penggunaan sebarang alatan...

Even i know about this... my hubby never asking... "bila masa subur" 

Haha sebab tu dah 2 baby... =P

18 October 2013

SINGKAP DAN SUMBAT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga semuanya sihat selalu...

Tajuk singkap dan sumbat... mesti ramai yang tertanya-tanya... tentang ape pulak ye...

Breastfeeding bukan sekadar singkap dan sumbat...

Malah lebih daripada itu...
Kesabaran
Kecekalan
Sokongan
Dan berbagai lagi yang perlu dikorbankan. Bagi menjayakan breastfeeding. 

Sangat meletihkan bagi ibu yang berkerjaya... tetapi... berkat kesabaran dan sokongan suami tercinta... diteruskan juga... breastfeeding.

Kehadiran cahaya mata... adalah saat terindah...
Allah juga kirimkan rezeki buat anak-anak yang lahir... rezeki susu ibu...

Yakin dalam hati...
Anugerah yang diberikan Allah adalah makanan yang terbaik buat bayi anda... sebagaimana tertulis dalam kitab suci susukan anak mu selama 30 bulan...

Berdasarkan pengalaman
Anak-anak yang minum susu ibu... biasanya tidak demam berhari-hari.. tidak mudah dijangkiti batuk atau selsema...

Anak pertama aku dijangkiti demam buat kali pertamanya pada usia 1tahun 2 bulan... itu pun demam di sebelah malam... dan kebah esoknya...

Anak kedua aku pulak kena demam masa umur 3 bulan...tapi kurang daripada 12jam... demamnya dah kebah...

Percayalah susu ibu adalah anugerah terbaik buat ibu dan anaknya...

So jangan malas... untuk susukan anak korang dengan susu ibu... tak de alasan air susu tak de ataupun air susu sikit... apa yang anda fikir itulah yang anda dapat... =)

Kerana jika korang betjaya susukan bayi korang sendiri... korang akan rasakan satu kepuasan... menjadi seorang ibu... kerana langkah pertama anda telah mulakan... untuk membentuk seorang insan yang berjaya... 

Kerana perkembangan otak anak-anak yang minum susu ibu adalah lebih baik.... =)

01 September 2013

KENAPA NASI ANDA MUDAH ROSAK?

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat dan gembira...

Aik...masak pagi petang da rosak nasinya... hmmm

Cepat betul rosak ye....

Antara faktor yang menyebabkab nasi , udah rosak atau basi adalah... kandungan klorin yang ada dalam air yang kita gunakan untuk memasak nasi...

Ye ke?

Agi lama kita basuh beras tu... lagi banyak klorin yang meresap kat dalam beras... dan bila dimasak nasi lebih cepat rosak... selain... akan melarutkan vitamin-vitamin yang ada dalam beras...

Tak caye ce eksperimen sket... masak nasi guna air paip n masak nasi guna air bertapis... (yang da xde klorin)

Nasi mana yang lagi tahan lama...

Begitu juga dengan lain lain makanan atau minuman... antara faktor utama yang menyebabkab ia mudah basi... adalah kandungan klorin yang tinggi dalam air...

Untuk pastikan ni adalah fakta atau auta... korang boleh cuba sendiri kat umah... =)

02 August 2013

TIPS KURUS - MUDAH, MURAH DAN BERKESAN

Salam dan selamat sejahtera....

Bila cite tentang kurus je... ramai la yang berminat... sebab rakyat malaysia ni... ramai yang obses nak jadi kurus....

Tak kira la... modal banyak ke ataupun modal sikit... tak kira la produk tu selamat ke tak... janji kurus...

Hehe

Antara tips untuk kurus yang boleh diamalkan

1. minum banyak air putih (setiap 25kg berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1liter air putih)
2. makan banyak serat (serat membantu melawaskan proses pembuangan tosin dalam bandan @ nama lainnya berak)
3. amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
4. kurangkan pengambilan lemak haiwan, garam dan gula
5. sabar dan konsisten dengan perkara di atas
6. berdoa (doalah kalau rasa nak kurus. kan kita boleh berdoa ape-ape pun he3)

nota: tiada jalan mudah untuk kurus. dengan pengambilan sesuatu produk... belum tentu kira dapat kurus atau berat badan berkurangan dalam jangka masa panjang




01 August 2013

KAN DAH TERTIPU DENGAN PRODUK KURUS

salam dan selamat sejahtera...

sekarang ni sesape ade facebook... kemain rancak depa dok jual produk kurus lah... produk ramping lah... macam-macam jenis produk la yang ada...

cuba korang try PM penjual produk tersebut... kebiasaannya... la kan... kalau kita kabo nak beli... dia orag akan bagi nasihat dan pesanan yang macam-macam...

antaranya...

kurangkan makan makanan berlemak
banyakkan minum air
banyakkan senaman
tah macam-macam lagi pantang larang...

sedar atau tak?

pantang larang tu semua antara penyumbang untuk turunkan berat badan? so... berat badan kita ni turun sebab makan produk XYZ tu ke... atau pun sebab jaga pemakanan dan gaya hidup?

tak rasa tertipu ke?

haishhh kalau aku jangan harap le aku nak beli...

aku tak kate la semua produk... tapi kebanyakkan produk memang gitu...

sebenarnya nak kurangkan berat... atau nak dapatkan berat ideal... bukan nye semudah makan itu makan ini... makan produk tu makan produk ni...

kita masih kena bersenam
masih kena banyakkan minum air putih
banyakkan makan serat

haishhh kalau makan produk itu ini da boleh kurus... ramai lah bini menteri-menteri ramping dan langsing... tak payah modal ribu-ribu... dua tiga ratus je... dah boleh kurus...

ape pun bergantung pada keserasian dan kepercayaan... this is my opinion =)

tq very much... sudi luangkan masa membaca entri ni...




06 January 2013

MACAM LUCAH JE... TAPI SETIAP WANITA PERLU TAHU...

salam dan selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca...

masalah kekenduran rahim mungkin dialami oleh seseorang wanita... terutamanya yang pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran...

kat sini aku nak kongsi apekah dia PROLAPSE... yang berkemungkinan dialami oleh seseorang wanita... hasil tulisan seorang pakar sakit puan yang tidak asing lagi DR. HAMID ARSHAT yang satu masa dulu pernah menulis di ruangan sakit puan dalam MAJALAH IBU...

jom sama-sama baca... artikel ini...

APAKAH PROLAPSE


takotttttttttt woooooooooo....


20 October 2010

TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI BENZOYL PEROXIDE

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

aku pernah terjumpa label benzoyl peroxide mase aku tingkatan 3.... tahun 2001... aku jumpa pun mase tu kat ingredients pada tepung gandum cap sauh... aku pun teruja la nak tau ape fungsi benzoyl peroxide... kebetulan ade sorang cikgu cina... yang tengah dok praktikal kat skolah aku... dia daripada UKM dan ambil pengkhususan mengenai pemakanan...

so aku pun bertanye...

benzoyl peroxide ni sifatnye macam bleach cikgu aku tu cakap... mase tu aku jawab ye je... tapi lom leh berfikir sangat... huhu

mase aku form 4... otak aku jalan laju sikit sebab da ade ambik subjek kimia dengan biologi... kebetulan aku rajin dok la layan cite mat saleh... aku terperasan yang roti mat saleh dengan roti yang ade kat malaysia ni lain warnanye..

kebiasaannya roti kat malaysia ni warna putih ye tak?
tepung gandum kat malaysia ni warna putih kuning... ye tak?

roti mat saleh warna coklat perasan tak?
tepung gandum mereka memiliki warna asli iaitu coklat... perasan tak?

tu la peranan benzoyl peroxide yang berperanan seperti bleach a.k.a peluntur... dan mampu melunturkan warna coklat pada tepung gandum hingga menjadi putih atau agak kekuningan hanya dalam masa sekitar satu jam...

benzoyl peroxide merupakan bahan toksid... bahan penggalak tumor... bahan yang boleh menyebabkan alahan pada kulit... bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan... bahan peluntur yang sangat kuat...

tepung gandum yang telah dicampur dengan benzoyl peroxide ni akan menyebabkan khasiat tepung semakin merosot... kerana ia akan menukarkan protein gluten yang ada dalam tepung gandum... 

kerana adanya tambahan benzoyl peroxide ni la yang menjadikan penghidap gout dilarang makan produk makanan yang dihasilkan daripada tepung gandum... seperti mi kuning... roti canai... dan apa saja produk yang dihasilkan daripada tepung gandum berwarna putih....

manakala simptom gout insyaAllah tak kan timbul jika anda makan produk yang berasaskan tepung gandum yang bukan berwarna putih... kerana tepung tu tak dicampurkan dengan benzoyl peroxide... kesan ni bukan la hadir dalam tempoh masa yang singkat... tapi mengambil mase berpuluh tahun gak... sebelum anda semua dikesan menghidapi gout, kanser dan pelbagai penyakit lain...

korang cuba makan spageti, makaroni, atau ape-ape produk yang tak menggunakan tepung gandum putih... dan lihat hasilnya sendiri... (terutama bagi pesakit gout)

kan doktor akan soh pesakit gout berpantang daripada makan pape yang berasaskan tepung gandum... kerana kebanyakan di malaysia produk seperti mi kuning, roti canai, kuih-muih... menggunakan tepung gandum yang berwarna putih...

kerana tu semakin hari penyakit gout kini merupakan satu fenomena yang biasa di kalangan penduduk malaysia... disamping penyakit-penyakit moden seperti kanser dan diabetis...

nota: jika anda mahu berfikir bagaimana gandum yang asalnya berwarna coklat... setelah dituai... apabila ada di pasaran malaysia berwarna putih kuning... semestinya sudah diletakkan peluntur bukan?



roti yang berwarna coklat adalah lebih baik berbanding roti yang berwarna putih... =)

10 October 2010

KENALI JERAGAT

ni gambar hiasan je... uhuhu

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

sembang-sembang soal kesihatan... ok gak kan? nak nak orang pempuan fuhhh sanggup berabih nak cari produk kecantikan... janji leh nampak cerah dan hilangkan kedut... ye tak? (tak kesah la tangan tu gelap je... janji muka cerah... uhuhu)

check it out bebeh =)

Jeragat
  • sejenis penyakit kulit.
  • umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • skin tag - daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Kulit
  • kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Penjagaan kulit
  • kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.
  • gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

kadang-kadang orang yang selalu dok berpanas kat dapur pun kerap mengalami masalah jeragat... lebih mudah jadi... kalau mengabaikan kesihatan kulit...

nota: hati-hati dengan produk kecantikan semasa =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...