GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

01 December 2014

KEHAMILAN KETIGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

november lepas... 5 november 2014... buat check up dan dapat tahu mengenai kehamilan ketiga aku... the next day is our 4th anniversary... haha the best present we got...

berita aku pregnant anak ketiga...
sekejap je dah tersebar luas kat ofis husband aku... haha tukang ceritanya sape lagi kalau bukan 'my man' haha

27 november lepas aku dah buat buku pink...
alahan aku agak kurang... tapi masih ada muntah-muntah macam anak pertama... tapi tak teruk sangat... aku alah dengan aktiviti kat dapur... mula lah rasa loya...

masih memasak...
tapi masak yang simple je lah... tak de menumis sangat... dan my third pregnancy ni... tahap kesihatan aku lebih baik daripada yang sebelum ni...

my mission adalah untuk mengamalkan makanan sunnah... buat kami sekeluarga termasuk aku yang pregnant ni....

yup...
aku beli madu, badam, gajus, kurma, kismis, susu kambing tulen... dan kami sekeluarga mengamalkan setiap hari...

harap ia konsisten... dan kami bebas daripada penyakit yang merbahaya... 

pada awal kehamilan juga aku dah mula amalkan makan buah delima... bukan jus dalam botol yang dah diproses tu..

dan yang paling best.... masa pregnant ni dapat hadiah gelang pulak daripada my hubby.... tq so much dear...

i like it....

ini bukan dairi tapi sekadar catatan... untuk bacaan anak-anak aku kemudian hari.... semoga kami sekeluarga bahagia hingga jannah =)

wassalam...

20 November 2014

5 PERKAHWINAN PALING HEBOH DI MALAYSIA


Musim cuti sekolah datang lagi. Bermakna akan bermulalah musim kenduri-kendara. Mungkin ramai juga di kalangan pembaca yang menghitung hari untuk menamatkan zaman solo. 


Sementara itu, apa kata kita soroti top 5 perkahwinan paling diperkatakan di Malaysia.



1. PERKAHWINAN PALING DINANTI - Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Khalid Muhamad Jiwa (21 Ogos 2006)


Sebagai penyanyi nombor satu negara, kisah peribadi Siti sentiasa jadi perhatian. Justeru bukanlah sesuatu yang pelik apabila sebulan sebelum perkahwinannya, semua media menjadikan Siti sebagai tajuk hadapan akhbar. Majlis pernikahan dan persandingan disiar secara langsung di TV3 dan disaksikan jutaan penonton.



2. PERKAHWINAN PALING RAMAI TETAMU TIDAK DIUNDANG - Ziana Zain & Armin Zaharin (9 Mei 1998)


Dengan status diva yang disandang Ziana, penyanyi ini tetap mahukan majlis perkahwinan tradisional. Majlis persandingannya tidak diadakan di mana-mana dewan 'high class', tetapi hanya di rumah keluarganya di Subang. Dek kerana popularitinya, majlis itu diserbu kira-kira 10,000 peminat! Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu ramai.



3. PERKAHWINAN PALING BANYAK TAJAAN - Rozita Che Wan & Zain Saidin (11 Disember 2013)


Siapa lagi kalau pasangan sensasi yang baharu sahaja menimang cahaya mata ini. Kos tajaan untuk mereka dikhabarkan mencecah RM13 juta! Ia berlangsung dalam suasana meriah dan penuh mewah, dan disifatkan perkahwinan paling mahal di Malaysia setakat ini.




4. PERKAHWINAN PALING TINGGI HANTARAN - Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11 Disember 1987)


Bagaikan dongeng Cinderella, artis kecil molek era 80an ini dipinang Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit. Sayangnya jodoh mereka tidak panjang dan bercerai 17 tahun kemudian.



5. PERKAHWINAN DUDA PALING HANGAT - Dato' M.Nasir & Datin Marlia Musa (31 Ogos 2000)


Selepas kematian isterinya, M.Nasir mula menjadi perhatian ramai wanita yang tertarik dengan karismanya. Saat mengumumkan akan mengahwini aktres Marlia Musa, ramai yang ternganga tidak percaya. Ketika ditanya tentang keistimewaan Marlia, kata M.Nasir " Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu"; satu kiasan yang perlu ditafsir sendiri.

15 November 2014

KENAPA PERLU DENGAR LAGU SEDIH?



Baru-baru ini, kajian oleh pakar sains Jerman telah menghuraikan bahawa mendengar lagu sedih selepas perpisahan sebenarnya membantu seseorang itu pulih dengan lebih cepat. 
Malah, ia sebenarnya boleh mengembirakan orang tersebut!  
Liila Taruffi dari Universiti Freie di Jerman berkata memainkan lagu sedih sebenarnya berfungsi sebagai bantuan untuk emosi kita semasa kita bersedih dan memberi kesan yang keseluruhan ke atas kesejahteraan tubuh dan minda kita.
Pasukan sains ini telah mengkaji 772 peserta dari seluruh dunia untuk mengetahui sebab orang mendengar lagu muzik sedih terutama selepas berpisah dengan kekasih. Keputusannya adalah lagu sedih sesuai kerana mereka berasa sepi.
’Melalui lagu sedih juga, manusia dapat merasakan perasaan yang sedih tanpa mengalaminya di kehidupan sebenar. Ini mengaktifkan kesedaran kognitif yang membangkitkan imaginasi kita’’, tambah Taruffi.
Antara lagu-lagu yang terkenal yang didengari ramai selepas perpisahan adalah Hurt dari Johnny Cash dan Moonlight Sonata dari Beethoven.
Kredit Foto: Desi Rulez 

13 November 2014

KAJIAN: MENGAPA WANITA MUDAH MEMAAFKAN



satu kajian mengenai sifat wanita...

Menurut rencana yang mengulas laporan Journal of Sexual Medicine itu, kajian Universiti Florence, Itali mendapati kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Suami orang yang ada kekasih gelap memang selalu tertekan. Mana tidaknya, dengan telefon tidak berenggang siang malam. Tercicir telefon di mana-mana, seperti hilang duit berjuta. Bukan nilai atau harga telefon itu yang jadi punca. Yang dibimbangkan kalau-kalau ada panggilan, atau SMS yang masuk ketika telefon bukan di tangan. Bayangkan kalau siang malam, 24 jam hati tidak tenang, yang sihat pun boleh pitam

“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau bertatih-tatih” (HR al-Tirmidzi)

ISU menipu di kalangan suami bukanlah suatu yang baru dalam kehidupan berumah tangga. Selalunya, isteri tidak sedar yang diri mereka ditipu ‘hidup-hidup’ oleh suami. Ini kerana si suami bijak bermain dengan kata-kata dan mencipta pelbagai alasan untuk meraih simpati. Tambahan pula, suami bijak berlakon untuk mengaburi mata isteri. (mind frame)

Percaya atau tidak, sikap suami yang gemar berbohong kepada isteri bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, berkata menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik.

“Memetik hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ada tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Oleh itu, dapat kita lihat perbuatan menipu itu buruk kepada sesiapa saja dan tiada yang terkecuali walaupun ia dilakukan oleh suami,” katanya.

Roslan berkata, masalah menipu adalah masalah psikologi dalaman yang dialami individu lantaran mereka dididik dengan moral yang begitu. Dalam hubungan ini, suami mungkin diajar menipu sejak kecil lagi oleh kedua ibu bapanya.

Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula mencari wanita lain.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Ini tidak adil kepada si isteri dalam perkahwinan tersebut apabila wanita lain dalam diam sedang ‘mencuri’ suaminya. Isteri berkenaan merupakan mangsa tidak bersalah dalam seluruh perhubungan terlarang yang dilakukan oleh suaminya. Isteri itu juga tidak layak melalui bebanan kepedihan emosi yang melampau menerusi penipuan suami dan kekasih barunya itu.

Kebanyakan wanita yang melakukan perbuatan curang dengan lelaki yang telah berkahwin juga hanya melakukannya demi kuasa. Malangnya, sebahagian lelaki langsung tidak berasa bersalah dan sanggup membela kekasihnya dan bukan isterinya. ini kerana nafsu lelaki tidak boleh dikawal oleh akalnya, dia mesti mendapatkan demi kepuasan nafsunya.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu tersebut melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. “Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Tambah beliau, isu main kayu tiga atau curang semakin mudah berlaku apabila pasangan mengambil kesempatan atas kemudahan teknologi telekomunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS), mesej bergambar (MMS) dan laman jaringan sosial seperti Facebook, Myspace, instagram, chatting, Friendster dan sebarang bentuk komunikasi untuk menambah kenalan.

“Mereka mungkin teman profesional yang akhirnya menjadi teman sosial, rakan sekerja atau orang yang baru dikenali tetapi mempunyai keserasian semasa bersama.“Apabila wujud keadaan seseorang tertarik atau ditarik seseorang, konflik mula timbul perempuan bertunang pun boleh putus kerana kehadiran lelaki yang beristeri ini kerana perempuan mudah terpedaya kepada rayuan lelaki yang mempunyai pengalaman.

Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?

Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.

Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.

“Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.

“Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran ‘janda’ kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat,” katanya.

Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.

Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.

“Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami,” katanya.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.

Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.

Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.

wallahualam...

kajian ini hanya dilakukan oleh manusia... dan tidaklah tepat 100%... kerana Allah lah Yang Maha Mengetahui mengapa sesuatu perkara itu terjad

11 November 2014

SELFIE DARI DALAM KUBUR?




Seorang wanita di Romania percaya neneknya yang telah meninggal dunia menghubunginya dari alam kubur. Bukan setakat itu, wanita itu juga percaya telah menerima gambar selfie daripada mendiang neneknya itu.

Wanita berkenaan, Gina Mihai, 34, menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuannya.

Menurut Mihai, gambar tersebut memperlihatkan sesuatu yang seakan-akan seekor ular melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang.

Mihai kemudiannya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik yang memberitahu bahawa mendiang neneknya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.

Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana dia tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu tradisi penghormatan yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania.

Tak pula disebut dari mana mendiang neneknya memperolehi telefon untuk selfie.

Begitulah penangan selfie. Sampai orang yang meninggal pun 'dituduh' ambil gambar selfie. Mungkin wanita ini perlu disedarkan tentang kewujudan satu garisan pemisah antara hidup dan mati.

07 November 2014

SALAH FAHAM MENGENAI 'SELFIE'

Assalammualaikum...

wujudnya media sosial yang mencanak-canak... menjadikan semakin banyak istilah yang baru seperti selfie... 
tolong orang
ini adalah makna 'selfie' yang patut anda tahu...

  1. A selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Instagram, or Twitter. They are usually flattering and made to appear casual.
gambar anda sendiri yang diambil oleh anda sendiri...

jika anda ambik ambik gambar orang lain... atau ambik gambar anak dok berdiri sensorang... itu bukanlah selfie... ye...

"Picture of yourself, usually taken by yourself"

selfie boleh jadi seorang atau beramai-ramai... tapi bukan anda mintak orang lain tolong ambikkan...

ini selfie berkumpulan

ini selfie sendiri =P

18 October 2014

3 MAKANAN PELIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum

Malaysia sebuah negara yang unik...
daripada perlis sampai ke sabah...
semua ada keunikan tersendiri....

sangat rugu jika kita sendiri mengabaikan dan tidak menghargainya...

ni antara makanan yang pelik pernah dijumpai...
walaupun sebenarnya banyak lagi yang pelik-pelik

Roti KLCC


Kuih Kundas


Rojak Kateh

17 October 2014

KAKITANGAN AWAM VS KAKITANGAN SWASTA

Assalammualaikum

walaupun aku bukan penyokong tegar kerajaan sekarang... tapi aku nampak jugak perbezaan kakitangan awam dulu-dulu dan sekarang...

dulu-dulu
gaji kakitangan awam ni kecik je... sampaikan atok aku cakap tak nak jadi cikgu sebab gaji kecik... je menoreh lagi banyak duit boleh dapat... 

ye..
dulu masa ayah aku mula-mula jadi cikgu berapa ratus je gaji dia... masa tu tahun1980-an... dan lama kelamaan baru kakitangan awam dapat tangga gaji menarik... sebab kerajaan nak tarik orang awam supaya berminat jadi penjawat awam...

kini...
semakin lama kerajaan cuba mengangkat martabat kakitangan awam... dari segi tangga gaji... elaun dan sebagainya... maka berebut-rebutlah mak bapak suruh anak-anak kerja jadi kakitangan awam... sebab dapat pencen la bagai... (kan mentaliti orang melayu seronok dapat duit tanpa buat apa-apa huhu)

tu pun ramai yang masih merungut....
alaaaa gomen dapat bonus setengah bulan gaji je.... swasta dapat bonus berbulan-bulan gaji... ada yang sehingga 12bulan gaji... omak kau... banyoknye...

bezanya kerja gomen ni... yang jadi driver kakitangan... boleh sesambil hantar bini pergi pasar naik kenderaan jabatan... boleh sembang-sembang dan borak-borak.... boleh dapat cuti lama...  masa isteri bersalin... yang wanita boleh cuti bersalin lama...

kakitangan swasta...
datang lambat pun ada yang menjeling
ada silap sikit je dah kena amaran... dah lah kena kerah betul-betul tenaganya...

so pada aku... kerja sebagai kakitangan awam atau swasta ada pro dan kontranya sendiri... apa yang penting... hati-hati supaya tiada unsur syubahah dalam duit gaji anda...

agar terpelihara sentiasa.... dan jangan mengular =)

dan selalu bersyukur kerana ada kerja tak kiralah dalam sektor awam atau swasta... berbanding mereka yang masih tercari-cari pekerjaan lagi... =)

chill dan jangan mengeluh...



16 October 2014

HIDUP BIAR BERADAB

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

sangat selalu kita jumpa orang yang sibuk promosi itu ini... produk kesihatan lah.... insurans lah... MLM lah dan macam-macam lagi... dengan alasan... bila makan boleh sihat... yang susah boleh senang...

nak promosi pun biarlah beradab sikit....

Promosi Produk Kesihatan
jangan lah kau datang melawat orang tengah sakit kau sibuk dok promosi produk kesihatan kau tu lebih lama daripada kau tanya khabar orang sakit tu... nanti takut bertambah sakit pulak... ini yang aku katakan hidup biar beradab... jangan sampai orang menyampah... silap haribulan kawan pun lari...

Promosi Insurans
nak promosi boleh. tak salah pun. tapi janganlah sampai takut-takutkan orang... "nanti suami mati mana akak nak dapat duit? nak sara ana-anak" dan macam-macam ayat lagi digunakan supaya orang ala-ala terpaksa beli polisi kau... kalau dia memang mampu lain cerita... jangan sampai seolah-olah tak de jaminan rezeki daripada Allah... selagi hidup pasti ada rezeki cuma sikit atau banyak je... dan tak kira lah lakinya hidup atau mati... ahli keluarga yang lain Allah dah tetapkan rezeki mereka... tinggal yakin dan usaha je... buat penjual polisi insuran... nak cari rezeki biarlah beradab.

Promosi Produk Boleh Jadi Kaya
join dan bayar RM50 nanti duit masuk hari-hari... join RM100 hari-hari boleh dapat 2K, 3K... cerita kemain lagi memang havoc lah... siap bergambar dengan duit... jika betul-betul menjadi... apa kata kau dulukan duit kau untuk suruh orang susah join supaya boleh jadi kaya macam kau. ok tak?

jangan cakap sebab kau tak join bisnes aku la kau masih susah sampai sekarang... kan tak beradab tu... kau mana tahu? entah-entah dia memang sedang diuji? atau memang rezekinya tertahan dek sebab sesuatu perkara silam yang dia pernah buat... kau mana tau.... Allah lebih tau... dan tak payah lah kerek sangat dengan rezeki yang kau dapat... 

aku taip ni pun sebab selalu tengok orang ala-ala paksa dan jadi kurang beradab untuk suruh orang lain cuba produk mereka dan join perniagaan mereka...

beradab bukan setakat masuk meminang je nak ada adab. hari-hari pun mesti beradab =)

ok harap maaf jika ada yang tersinggung... wassalam

10 October 2014

7 PERKARA DIGEMARI MELAYU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu

kali ni aku nak kongsikan berdasarkan pemerhatian aku mengenai melayu.... apa yang digemari orang melayu.... adalah...

1) Menonton Drama
menonton drama adaptasi novel. yang tak sudah-sudah berkisarkan perempuan malang berjaya kahwin dengan lelaki kaya atau kisah kahwin kontrak. benci gila-gila kemudian jatuh cinta.

2) Majlis Kahwin Besar-besaran
ini menjadi trend orang melayu. majlis bertunang besar-besaran. majlis kahwin nak buat besar-besaran. biar bergolok gadai. asal nampak gah. kalau nak bayar yuran sekolah anak kemain lagi liat. kalau nak bagi derma pun macam-macam excuse. itulah melayu.

3) Mentaliti Lapuk
anak-anak bercinta dengan si polan si polan bangga. sebab anak anda ramai yang suka. anak minta kahwin awal dikatanya gatal dan belum habis study lagi. dan dia belum merasa duit anak. hehe ini aku selalu jumpa.

4) Mudah Kena Tipu
suka nak jadi cepat kaya tanpa buat apa-apa boleh jadi kaya. dah banyak kali diingatkan. tapi masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan duduk diam tanpa kerja apa-apa duit boleh berganda. belum lagi isu ditipu masa pilihanraya. haha.... mudah sangat percaya dengan janji manusia. janji Allah susah pulak nak percaya.

5) Kemaruk Teknologi
yelah aku faham korang baru kenal ape itu Facebook, ape itu twitter,apa itu whatsapp dan segala macam media sosial. tapi agak-agak la nak bersosial secara maya pun. jangan sampai orang cop kau tu jakun. sepanjang aku kenal internet sejak 1998. masa aku darjah 6. tak de pulak aku ni kemaruk sangat nak post atau publish sesuatu yang ala-ala dahagakan pujian atau dahagakan glamour hehe

6) Sukakan Hiburan
ni memang tak dapat disangkal lagi. kalau nak tengok orang melayu ramai. pergilah Jom Heboh. pergi lah siaran langsung raja lawak, maharaja lawak, siaran rakaman Hari Raya bersama Siti nurhaliza. dan kalau nak majlis ramai yang datang. panggil je artis.... nyanyi satu dua lagu.... confirm ramai datang. yang paling penting kalau dapat bergambar dengan artis suam-suam kuku pun dah suka hahaha. duduk dan ketawa terbahak-bahak. selain menyanyi bersama artis kegemaran.

7) Percaya Benda Karut
hahaha ni memang tak boleh blah... dalam pada maju denagn teknologi masih ada lagi yang percaya bila dengar bunyi gagak... tu tandanya ada orang nak meninggal.... kalau kawasan banyak gagak.... mesti hampir pupus orangnya ye.... sebab gagak kan suka sikit-sikit bunyi.... sikit-sikit bunyi.... suka percaya pada bomoh... percaya dengan istilah ketegur... dan lain-lain... pantang larang agama dah jatuh nombor dua. sebab lebih percaya pantang larang tradisi yang tiada bukti saintifik kebenarannya.. dan sangat suka hantu dan percaya pada hantu. termasuk filem-filem hantu. huhu

ni lah beberapa perkara yang digemari melayu.... biarpun bukan semua melayu suka.... tetapi inilah antaranya kebanyakkan melayu suka...

ok sekian =)






01 October 2014

APA PERLU BUAT SEBELUM GST

Assalammualaikum...

apa tu GST? Goods and Services Tax

apa yang perlu kita buat sebelum GST?

jika ada duit... belilah rumah...
jika berduit belilah kereta...
jika berduit buatlah simpanan...
jika mampu berniagalah....

nak pergi holiday pergilah... 

cari pendapatan tambahan... 

sebelum pelbagai kemungkinan setelah GST dilaksanakan... biarpun menguntungkan negara... tetapi buat kita rakyat biasa... pasti kita terasa kesan sampingannya...

mungkin lebih negatif daripada yang positif...

mungkin... kita tunggu dan lihat....

semoga kita sentiasa terpelihara daripada pengkhianatan daripada pemimpin.... =)




27 September 2014

KOMIK YANG MEMBINA MINDA ANAK

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera... dan gembira di samping keluarga tersayang...

kali ni aku nak share mengenai komik... komik yang aku maksudkan adalah komik korea yang dialih bahasa kepada bahasa melayu...

komik ni sangat bagus untuk anak-anak anda... selain siri conan dan shin chan.... kenapa aku suka siri conan?

sebab ia adalah komik yang berbentuk penyiasatan... yang ada umphhh... haha... kenapa aku suka shin chan? sebab keluarga shin chan ni selalu je ada macam-macam masalah... tapi at the end of the story adalah happy ending... walaupun mama shin chan garang dan banyak lemak... papa shin chan dan shin chan yang gatal... himawari yang tak reti duduk diam... tapi tu semua menjadikan keluarga mereka bahagia... wink wink wink... =)

ok... berbalik kepada siri komik baru yang aku maksudkan.... komik ni aku da mula baca masa 2010... sebelum aku kawin lagi... aku dah ade 7 siri komik ni... siri KOMIK SAINS IKHTIAR HIDUP... dan ade banyak tajuk.... sampai lah sekarang... komik ni ade menceritakan mengenai aplikasi sains dalam kehidupan seharian...

bagaimana terjadinya kudis?
apa warna darah serangga?
apakah elemen dalam darah kita?

dan macam-macam lagi ilmu yang diajar... jika kita berhadapan dalam keadaaan yang sukar... macam mana nak atasinya.... huhuhu

tahun ni aku dah mula balik baca komik ni haha... tapi dah tak berapa sempat... sangat... al maklum la... nak berniaga online lagi... wat kerja umah lagi... nak taip entri blog lagi...

tapi komik ni la yang aku cadangkan korang bagi anak korang baca... daripada beli komik BEN 10, atau komik yang tak membina minda anak-anak... biarlah anak korang dapat berhibur sambil belajar...



kat mane nak dapat komik ni?
ada di kebanyakkan kedai buku...
seperti POPULAR & MPH



16 August 2014

MEMANG SIFAT WANITA

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

tajuk agak gempaq... point asalnya nak cerita soal kebanyakkan wanita biasanya memang agak teliti.... 

bila nak raya...
orang perempuan la sibuk nak cari baju sedondon anak beranak... even tak betul-betul sedondon... tapi masih dalam tona yang serupa... my hubby pun... layankan aje.... nak nak bila dah dekat nak raya... kih3... dan macam mesti baju sedondon... 

baju anak...
kalau hubby aku yang pakaikan baju anak-anak... asal boleh pakai je... kompom dia sarung je... tak kira la seluar hijau... baju kuning ke... haishhh... sebab tu aku suka keluarkan pakaian anak-anak siap-siap.... nak-nak bila aku nampak my hubby dah start mandikan anak-anak... aku akan stand by pampers dan baju-baju diaorang.... 

bila nak jalan....
aku ade baju yang guna untuk gi jalan... khas... untuk gi jalan je... contohnya jubah, baju kurung, baju kurung moden, kebaya dan jeans... juga skirt...

bila kat umah...
of coz la lain fesyen nye... aku pakai legging... aku pakai skirt... aku pakai baju fit... haha... 

bila nak tido...
aku ade baju tido khas... ade yang berzip sesuai untuk mummy yang breastfeeding baby... ade baju tido mickey mouse... ade baju tido doraemon... my hubby selalu cakap... kat anak aku... ni kalau mama lalu ni mesti dia nak beli... banyak baju tido kartun... (-_-)

tapi pada aku kebanyakkan perempuan memang cam tu... memang naluri gitu.... haha... kalau lelaki... depa memang tak kesah... asal boleh je... semua ok... macam my hubby... kalau dia tak nak shopping baju... biasanya aku tolong shoppingkan... baru la colorful sikit... kalau nak bagi stail macam aku... aku kena keluarkan pakaian dia awal-awal sebelum dia siap mandi...

semua letak atas tilam... baju, seluar, spender... singlet... dan lain-lain...

11 August 2014

3 TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu.... 

keadaan macam mana yang boleh jadikan kita rasa yakin? atau perkataan lain confident...

jika pakai high heels ke?
jika pakai tudung mahal ke?
jika muka di make up penuh gaya ke?

pada aku 1 je yang akan jadikan kita sangat yakin... jika kita BERILMU... ilmu sangat penting dalam meningkatkan keyakinan... pada aku la...

pakai make up cun gile... tapi bila dengar orang lain sembang speaking London... sepatah haram tak faham... nak bersembang dan mencelah pun tak reti... tak guna jugak kan?

jika kita berilmu... kita akan yakin untuk mengenakan pakaikan yang mengikut syariat... dan dengan penuh confident untuk bergaya mengikut syariat... 

berbeza jika kita tanpa ilmu... kita akan rasa "eh... ok ke aku pakai tutup sana sini ni..." mula rasa ragu-ragu dan kurang confident.... walhal cara itulah yang dituntut syariat....

hanya dengan ILMU sahaja akan melahirkan KEYAKINAN yang sempurna...

pertama:
ILMU mesti ada...

kedua:
YAKIN ALLAH sentiasa bersama kita selagi di jalan yang benar

ketiga:
DOA minta kita sentiasa YAKIN... sebab kita berhak untuk berdoa apa sahaja selagi tidak salah di sisi agama...


19 May 2014

UNTUNG RUGI BUAT PINJAMAN UNTUK BELI SAHAM ASB... LEBIH BANYAK RUGI...

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

curik2 masa nak taip entri... busy la kononnya... haha

sangat biasa kita jumpa orang-orang Melayu kemaruk buat loan bank untuk beli saham ASB... dalam amount yang banyak.... betul tak???

di sini aku nak share...
actually pihak ASB dah ade keluarkan buku... dan buat comparison between simpanan dalam ASB yang konsisten setiap bulan dan buat loan... hasil yang lebih baik dan menguntungkan sebenarnya adalah... simpanan yang konsisten setiap bulan...

1. kita tak perlu berhutang
2. lebih untung
3. tiada riba

hutang...
sepanjang aku belajar agama... kita cuma dibenarkan berhutang jika kira kekurangan perkara asas... kurang makan.. ke minum ke.... pakai ke... kenderaan ke... itu pun bukan yang melibatkan riba'.... berhutang tanpa riba'....

masa dalam kursus kawen pun perkara ni ada diterangkan... tak tau la uolss punya kursus kawen... aku kursus kawen kat UiTM Shah Alam...

disamping tu.... riba' ni hukumnya HARAM jelas disebut HARAM malah Nabi Muhammad kata boleh isytihar perang kepada pemakan riba'

nak detail korang boleh tanya ustaz atau ustazah yang berkenaan.... tapi dewasa ni... isu riba' kita selalu pandang enteng... disebabkan riba' la... ekonomi umat Islam makin teruk... tu tak masuk lagi perangai anak2 yang makin menjadi2 nakalnya...

cuba anda bayangkan...
anda buat loan untuk ASB sebanyak 25000 untuk 20 tahun.... (contoh)... biasanya nilai yang dibayar balik akan lebih daripada nilai pinjaman... dan berubah2 kadarnya... (kebanyakannya memang ada melibatkan riba')

then...
after 20 years... nilai ringgit semestinya akan susut... berhutang hampir separuh umur baru selesai... dah lah ade riba'... nilai duit yang dapat akhirnya pun makin susut...

anda bayangkan ...
saya sekolah darjah 1 pada tahun 1993... masa tu harga kuih masih lagi 10sen satu... kini pada tahun 2014... harga kuih dah jadi 40sen atau 50sen sebiji.... ya... hanya sekitar 20... nilai duit makin susut dan barangan makin mahal...

begitu jugak bagi mereka yang buat loan.... dengan harapan akan dapat duit yang banyak selonggok 20 atau 25 tahun kemudian.... tapi... pada masa tu... nilai duit anda semestinya akan semakin susut...

berbeza jika anda membuat simpanan bulanan... ia tak melibatkan riba... dan keuntungan 100% milik anda... jika berhutang akhirnya pihak bank juga akan untung... anda tak de la untung pun...

(bank mana boleh bagi pinjam kalau diorang rugi ye tak?)

lambat bayar pun diaorang dah kenakan interest.... lagi satu risiko BLR (Base Landing Rate) yang boleh berubah... dimana ia ditetapkan oleh bank berdasarkan OPR (Overnight Policy Rate)... OPR ni plak boleh berubah ikut  keadaan ekonomi dan akan ditentukan oleh bank negara berdasarkan ekonomi semasa. dengan kata lain OPR naik BLR pun akan naik... begitulah sebaliknya...

berbeza dengan pelaburan emas atau pelaburan hartanah.... kerana emas akan laku di mana2 pun... even masa perang... contohnya aku ade seutas gelang tangan yang dibeli pada tahun 1990.... dengan harga RM1++... kini harga gelang tu dah mencecah RM3++...

nampak tak? perbandingan nya...

pelaburan hartanah... juga akan memberikan keuntungan setelah 10 atau 20 tahun kemudian... nilainya tetap tak kan susut...

bagaimana orang bukan Melayu boleh berjaya dalam ekonomi mereka? kerana mereka akan pastikan setiap pelaburan mereka memberikan keuntungan... untuk tahun-tahun akan datang... bukan yang merugikan.... 

point aku kat sini nak cakap buat loan untuk beli saham ASB tu tak bagus dan tak untung pun sebenarnya... kalau setakat nak simpan bulan2 dalam ASB tu tak jadi masalah... tapi jangan lupa jugak untuk melabur dalam pelaburan yang lebih menguntungkan....

ok... babai semoga kita semua sedar dan tak terlalu syok sangat makan riba'.... nanti ujung2 pelik... asal la anak aku degil2 ni... aku sembahyang dah... aku puasa tak tinggal... aku berdoa untuk anak2... aku bagi diaorang makan ayam sembelih... apesal ye???? apesal???

tuuuu yang syok sangat buat loan.... makan riba' yang nyata haram... tiap2 tahun kuarkan duit untung... buat makan pakai family.... jangan tanya kenapa....

wallahu'alam....


08 September 2013

JANGAN MARAH KERAJAAN!!! KAU SUSAH SEBAB KAU KURANG USAHA...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Isu kenaikan harga minyak... telah menimbulkan pelbagai pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak...

Terutama pandangan , enteri dan juga rakyat...

Di pihak kerajaan mereka mengatakan kenaikan ini untuk memastikan ekonomi malaysia terus nstabil dan ni semua akan digunakan untuk membantu rakyt miskin dan pembangunan yang lain...

Hakikatnya kenaikan harga minyak adalah kenaikan berangkai..

Bila para penju menaikan harga barang maka ada yang berbunyi... buat ape naik harga barang... kan minyak naik 20sen je...

Penjual juga ada kehidupan mereka sendiri.. bagi ,memastikan  kelangsungan hidup... mereka perlu mengikut keadaan semasa...

Selain tu... penyokong po BN juga akan berbunyi..

Kau kurang usaha... jangan salahkan orang lain... jangan salahkan kerajaan sebab naikan harga minyak... 

Mereka yang hidup susah bukan sebab kuang usaha... kadang kala mereka berusaha siang malam untuk mencari sesuap nasi...

Cuma bezanya mereka dengan kamu  Allah dah izinkan kamu untuk hidup senang atas usaha kamu... dan mereka yang hidup susah masih gigih berusaha untuk teruskan kehidupan...

Tak usahlah bangga dengan usaha dan kesenangan kamu... kamu takkan senang kalau bukan dengan izin Allah

Sebagai pemimpin anda dipilih untuk membela nasib rakyat... renung-renungkan...

09 June 2011

APO NAK DI KATO...

salam semua...

fuhhhhh berbolan-bolan tak de post entri....

harap semua kawan-kawan blogger sehat selalu... gembira... dan semakin ceria... yelah da lame tak update... blog... nak kate ape pon da tak tau... yang dasatnye... blog kawan-kawan sume semakin cantik, menarik dan tertarik... cayalahhhhhhhhhhh....


p/s: nanti ade mase... leh la aku menaip satu dua entri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...