GENG LENSA HIDUP

28 April 2016

PERBUATAN ZALIM POTONG GILIRAN HAJI



SHAH ALAM - Potong giliran orang lain untuk menunaikan haji adalah perbuatan yang zalim.

Ia juga sama seperti mengambil hak orang lain tanpa reda dan perbuatan seperti itu salah di sisi agama, kata Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya, Roslan Mohamed.

Menurut beliau, mereka yang sudah mendaftar untuk menunaikan fardu haji seharusnya bersabar dan berlapang dada menunggu giliran.

"Perlu tunggu sampai tiba giliran kita. Kalau kita potong giliran, akan menyebabkan hak orang lain terabai. Perbuatan itu salah di sisi agama," katanya.

Bagi mengelak masalah seumpama itu, Roslan meminta Tabung Haji lebih bertegas.

"Tabung Haji perlu wujudkan satu sistem yang lebih mantap dalam pengurusan giliran jemaah haji. Ketatkan peraturan kepada pegawainya agar tidak memberi kelebihan kepada kenalan yang boleh memberi kesan kepada giliran pihak lain.

“Bagi jemaah yang sudah mendaftar, mereka perlu bersabar, jangan kerana ada kelebihan mengenali pegawai atau orang kenamaan yang boleh menyegerakan haji, sikap toleransi diketepikan,” katanya.

Roslan mengingatkan, dalam menunaikan ibadah, ALLAH tidak akan menyusahkan hamba-Nya yang berniat baik terutama mereka yang mahu menunaikan fardu haji.

“Apabila telah ada niat, ALLAH sebenarnya telah memberikan ganjaran. Niat itu penting,” katanya.

Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah pula menyifatkan memotong giliran menunaikan haji sebagai menzalimi orang lain.

“Namun sekiranya pergi atas kuota tambahan yang disediakan ia tiada masalah, sebab tak ambil tempat orang lain. Sebaiknya sesiapa yang sudah mendaftar dalam giliran dipanggil menunaikan haji, bersabarlah jika giliran mereka masih lama,” katanya.

Akhbar kelmarin melaporan dua staf Tabung Haji didenda dan dihukum penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menerima rasuah menolong 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji, mengerjakan ibadah itu pada 2010.

Kerani Roslan Mohamed Som, 29, dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 sementara juru analisis sistem, Afizul Md Yassin, 36, dipenjara tiga tahun dan denda RM60,000 kerana membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji.

petikan akhbar SINAR HARIAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ya... menanti sampai giliran nak pergi haji memang lama... tapi bersabarlah... jangan kerana kita ada duit(boleh bayar lebih untuk cepatkan giliran) atau mengenali orang dalam... kita sesuka hati je nak potong giliran... walhal pada tahun tersebut ada insan lain yang sepatutnya lebih layak pergi haji... pergi haji pun nak cheating... macam lah Allah tak tau... sebab tu lately ni banyak kes jemaah di timpa pelbagai musibah... apa pun macam ustaz tu pesan berlapang dada lah...

tah lah zaman sekarang banyak yang tak prihatin... dalam bab nak pergi haji... dan tak berapa nak hadam istilah 'wajib haji jika berkemampuan'

aku ingat arwah atok aku dulu bersungguh-sungguh kumpul duit sendiri nak pergi haji lepas tu cukupkan duit isterinya... dia cakap tak nak minta dekat anak-anak... jika meminta-minta maksudnya belum berkemampuan lagi dan tak wajib haji ke atas dirinya.... begitu teliti mereka sebelum mengerjakan haji... maklumlah perkara paling puncak melengkapi rukun islam kan...

begitu juga kes orang suka gunakan orang dalam nak masuk universiti... ye masuk ikut pintu belakang gitu orang kata... ye memang dapat masuk universiti... tapi diri sendiri mesti sedar sebenarnya memang tak layak... dan dapat pun disebabkan ada yang menolong...

nanti pasti akan ada berbunyi... dia tak mencuri jika Allah tak izinkan ye dia tak kan dapat buat apa-apa jika Allah tak izinkan... ya betul tu... segala perkara terjadi dengan izin Allah....

dan sebagai manusia kita juga Allah dah bekalkan garis panduan untuk menjalani kehidupan yang diredhai dan tidak menzalimi orang lain... apa pun tepuk dada tanya iman...

semoga kita semua sentiasa terdorong memilih jalan yang diredhai dan tidak menzalimi insan lain... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...