GENG LENSA HIDUP

13 May 2009

HARI INI HARI LAHIRNYA

gambar ni aku yang amik...
masa nia ayah tunggu haziq nak sama-sama pi masjid...
TANGGAL 13 MEI INI
SELAMAT HARI LAHIR AYAH
YANG KE 51 TAHUN
SEMOGA PANJANG UMUR
MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIBERKATI
AMIN...

GAWAT

Kegawatan ekonomi...
Satu saat yang banyak memberi impak negatif kepada semua...
Ekonomi dunia jatuh...
Kadar inflasi meningkat...
Inflasi???
Tau tak ape itu inflasi??
Kadar matawang kita akan susut nilai...
Contohnya...
Dulu..
Dengan RM10 kita mampu dapatkan pelbagai makanan...
Kini...
Dengan RM10 tidak lagi...
Itulah yang dinamakan inflasi...
Kadar permintaan untuk barangan yang melibatkan industri elektronik, pembuatan dan beberapa lagi industri tertentu semakin menurun...
Banyak syarikat gulung tikar...
Banyak pekerja diberhentikan...
Ataupun menerima cuti panjang...
Kesannya???
Keluarga mungkin berantakkan...
Kenapa???
Bila ayah diberhentikan kerja...
Ibu diberhentikan kerja..
Macam mane nak tanggung keluarga???
Akan timbul pergaduhan antara suami dan isteri...
Kerana itu kita dapat lihat kadar penceraian, kadar jenayah semakin meningkat pada zaman kegawatan ekonomi....
Kenapa begitu???
Tekanan hidup...
Apabila diberhentikan kerja...
Alternatif lain???
Peras ugut, ragut, mencuri dan sebagainya...
Justeru kembalilah kepadaNYA...
Agar kita tidak tewas dengan dugaan dunia...
Renung-renungkanlah...

SELAMAT HARI IBU

inilah ma aku... pn.sariah binti hj. zawawi...
masa ni... dia jadi peserta peringkat akhir pidato piala perdana menteri... pada tahun 1984...

ma... aku saat dia pegi lepak-lepak dengan budak kelas dia kat cameron highland...

ma... dekat air terjun lata iskandar...


ma... tengah riba aku... masa umo aku 14 hari...



ma... layan anak-anak dia... masa kita orang gi mandi air terjun gunung ledang...



ma... bergambar ngan 'hubby' dia... kat botanical garden melaka...


ma... dengan aku... yang memang suke peluk-peluk dia... =)


ma... bual-bual dengan tok ngah masa kenduri umah pak long tapa...



ma... kene riba aku... bila lepas solat je... nak mengada berguling atas riba... huhu...
ma... layan je anak dia ni...

ma... selalu pesan kat anak-anak dia... tiap kali kita orang nak balik hostel...
masa ni kita orang hantar haziq balik jb...
ni la kat sekitar kolej tunku canselor utm skudai...




ma... hobinya membaca... antara akhbar pilihannya adalah HARAKAH


ma... sibuk berkemas bila nak hantar anak-anak balik...

ma... bawakan bekal... untuk anak dia... yang nama diba...
masa ni kat sekitar sbpi selandar melaka...

ma... "jangan jalan jauh-jauh tau... nanti susah ma nak cari... "
IBU ENGKAULAH RATU HATIKU...
SAAT KAU TERSENYUM...
SAAT KU RASA BAHAGIA...
KAULAH SEGALANYA UNTUK KU...
KAULAH PUJAAN HATI INI...
TAK MUNGKIN KU MELUPAKAN MU...
TIADA LAIN YANG KU HARAP...
HANYA KAU SEORANG...
I LUV MY MUM

07 May 2009

BAHASA IBUNDA

Kenapa mesti Bahasa Inggeris???

Sedarkah kita??

Bahasa adalah suatu medium bagi menyampaikan sesuatu ilmu...

Tidak kira dalam bahasa ape pun kita gunakan...

Yang paling penting...

Ilmu tu hendaklah sampai kepada penerima...

Mudah difahami...

Kita gunalah bahasa ape pun...

Yang penting mereka faham...

Kenapa mesti tukar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris???

Tak semua pelajar faham...

Pelajar luar bandar...

Tidak semua mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik...

Kenapa???

Bukan semua ibu bapa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi di rumah...

Memang ade yang mampu menguasai dengan baik...

Tetapi bukan keseluruhannya...

Kesannya??

Akan lebih ramai anak-anak kita keciciran...

Minat mulai kurang pada subjek matematik dan sains...

Kenapa???

Anak-anak tidak memahami...

Bagaimana akan wujudnya minat???

Jika mereka tak faham???

Sebutan mereka pun tak betul...

Bagaimana untuk pergi lebih jauh???

Guru-guru??

Bukan semua mampu kuasai Bahasa Inggeris dengan baik...

Dari segi sebutan...

Dari segi pemahaman...

Jangan hanya mengharap pada tayangan CD-ROM sahaja...

Pelaburan berjuta-juta ringgit...

Untuk penambah baikkan perlaksanaan Matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris...

Bangga lah dengan bahasa kita...

Contohilah negara matahari terbit... (JEPUN)

Mampu menerima dan mencetus pelbagai teknologi baru...

Mampu maju dan membangun biarpun dengan bahasa ibunda mereka...

Banyak lagi contoh...

Seperti Russia, Indonesia, Thailand, German dan lain-lain...

Mereka juga memiliki pelbagai perisian yang menggunakan bahasa ibunda mereka...

Pelajar kita yang akn melanjutkan pelajaran ke negara seperti Jepun, German, Rusia...

Perlu mengikuti program persediaan...

Bagi mendalami bahasa mereka...

Banggalah dengan bahasa kita...

Tidak salah mempelajari pelbagai bahasa...

Tetapi itu adalah inisiatif sendiri...

Untuk meningkatkan daya saing masing-masing...

Supaya lebih mudah untuk diterima dalam pasaran kerja...

Itu sahaja...

PERBEZAAN GENDER

Sedar atau tak???

Lelaki dan perempuan memiliki sifat dan perspektif yang berbeza...

Cuba korang bayangkan...

Cuba korang fikirkan...

Seorang kanak-kanak yang lelaki yang hanya memakai sehelai seluar...

Kelihatan sedang bermain-main...

Di kawasan yang agak panas...

Tanpa memakai selipar atau kasut...

Hanya memakai sehelai seluar...

Bila seorang ibu melihat anak itu...

Tentunya mereka akan...

Menyuruh anak itu untuk berhenti bermain...

Pergi memakai baju...

Dan menyarung selipar atau kasut...

Kenapa???

Ibu tadi bimbang anaknya dijangkiti kuman...

Kerana tidak menyarung selipar...

Tidak memakai baju...

Bimbang anaknya kepanasan...

Bagaimana pula dengan perspektif seorang lelaki??

Ayah anak itu???

Biarkan je...

Tahan lasak sikit anaknye...

Kan anak lelaki...

Ape salahnye...

Pemikiran seperti ini sangat biasa kita lihat...

Biarpun tidak semua ibu bapa begitu...

Tetapi kebanyakkan adalah begitu...



Kerana itu kombinasi lelaki dan wanita dalam suatu keluarga itu penting bagi memastikan suatu keseimbangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...