GENG LENSA HIDUP

23 April 2009

KEBAIKAN VS DOSA

Daripada An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda :
" Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya."
(Riwayat Muslim)

4 PERKARA

4 PERKARA UNTUK SIHAT

1. Makan daging
2. Memakai Haruman
3. Kerap Mandi
4. Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

AKU CINTA PADAMU

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibek
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik hâld fan dy
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
Hebrew - Ani ohev otah
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
India-na wunde kadhal likere
Japanese - Aishiteru
*PERKATAAN AKU CINTA PADAMU DALAM PELBAGAI BAHASA*

KARTUN


22 April 2009

SAAT ITU

DI SUATU SENJA DI MUSIM YANG LALU...
KETIKA ITU HUJAN RENYAI...
AKU SEDANG DUDUK BERSEMBANG BERSAMA SEORANG RAKAN...
KETIKA ITU HANYA KAMI BERDUA...
TIADA YANG KETIGA...
SAAT ITU AKU SEDAR GELODAK DI PERUTNYA (DIA SAKIT PERUT)...
AKU CUBA BERLAGAK SELAMBA...
AKU TAK TAHU APA YANG CUBA DITAHANNYA...
MUNGKIN DIA DALAM KEADAAN TERDESAK (UNTUK KE TANDAS AGAKNYA)...
DIA TAK TAHU APA DIBENAKKU...
YA... AKU JUGA MENANTIKAN SAAT ITU...
MUJUR DIA MEMINTA UNTUK PERGI DAHULU...
AKU JUGA DIKOCOK-KOCOK RASA UNTUK KENTUT...
TETAPI AKU TAHAN JUA...
AAHHHHHHH LEGA RASANYA...
DIA PERGI...
DAN AKU DAPAT MELEPASKAN SEGALANYA...
KISAH INI HANYALAH SEKADAR HIBURAN SEMATA WATAK-WATAK HANYALAH ANTARA "DIA & AKU"

21 April 2009

TATAPI FOTO INI

*DUA INSAN BERBEZA*
*DUA PARTI BERBEZA*
*DUA PEMIKIRAN BERBEZA*
*DUA PENGIKUT YANG BERBEZA*
*DUA ACUAN YANG BERBEZA*
*DUA DIDIKAN YANG BERBEZA*
*DUA DIMENSI BERBEZA*
*DUA NAMA YANG BERBEZA*
BERBEZA TETAPI MASIH MENGANUTI AGAMA YANG SAMA 'ISLAM'

BACA

BACA? BILA SEBUT PERKATAAN BACA, TAK SEMESTINYA BACA BUKU JE KAN? KITA BOLEH BACA APA-APA PUN BAHAN BACAAN YANG KITA NAK. AKU SUKA SANGAT MEMBACA. BACA BUKU, BACA CITE KAT TENET, BACA MAJALAH SUME AKU BACA. CUMA AKU AGAK MEMILIH BAHAN BACAAN AKU. AKU TAK MINAT SANGAT BACA MAJALAH HIBURAN DAN BAHAN BACAAN PICISAN CAM MASTIKA, BACARIA DAN BEBERAPA LAGI BAHAN BACAAN YANG AGAK KURANG MENARIK.


LAGI SATU AKU TAK BOLEH SANGAT BACA BUKU YANG ADE LABEL UNTUK PMR, SPM ATAU PELAJAR IPT... ALERGIK LA... HAHA... TAPI KADANG-KADANG TU KENA LA JUGAK BACA BILA DA NAK EXAM... CUMA AKU KENA WAT NOTES LAIN... SUPAYA AKU TAK NAMPAK TULISAN KAT KULIT BUKU TU... HUHU...


WAKTU SEKOLAH DULU AKU ADE AMBIK SUBJEK BIOLOGI. TAPI AKU TAK RAJIN PUN BACA BUKU BIOLOGI UNTUK SPM... AKU SUKA BACA GENERAL BOOK BIOLOGI TANPA TULIS PERKATAAN UNTUK PELAJAR SPM. BUKU TU AKU PINJAM DARIPADA ENCIK AZIZUL. YANG MEMANG AMBIK SUBJEK BIOLOGI. TRIMAS TOK DIA DENGAN BUKU TU AKU DAPAT SKOR TOK SUBJEK BIOLOGI. SELAIN TU AKU SUKA SUBJEK FIZIK. TAPI AKU TAK SUKE BACA, AKU SUKA TENGOK GAMBAR JE... NGAN HAFAL RUMUS.


AKU NI MALAS JUGAK ORANGYA... KENA KETOK BARU NAK BELAJAR... HAHA... BACA BENDA-BENDA LAIN MEMANG AKU SANGAT SUKA. LEBIH-LEBIH LAGI BUKU TULISAN TUAN GURU NIK AZIZ, HARUN YAHYA, DR TUAH. NOVEL PUN AKU SUKE... CUMA AKU LEBIH SUKA NOVEL INGGERIS. NOVEL MELAYU NI BEST CUMA JALAN CITE LEBIH KURANG JE... TAK BERKEMBANG. DULU ZAMAN SEKOLAH MEMANG AKU GILA NOVEL MELAYU. CUMA BILA DA BESAR SIKIT AKU DAH MULA TUKAR HALUAN... DAN SELERA AKU UNTUK CARI BAHAN YANG LEBIH MENARIK. PAPEPUN PUPUK LAH MINAT MEMBACA KAT DIRI KORANG.


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"

19 April 2009

BN FOBIA DENGAN PILIHANRAYA KECIL

PULAU PINANG, 18 April: Tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya kecil Penanti membazirkan wang rakyat adalah lambang BN sebenarnya fobia dan takut dengan pilihan raya kecil selepas kalah satu demi satu dalam pilihan raya yang lepas.Demikian kata Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin."Takut untuk kalah sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan di DUN Penanti ini maka BN sudah mulai mendakwa bahawa pilihan raya kecil ini sebagai satu pembaziran sedangkan hakikat sebenarnya ialah mereka takut untuk menghadapi saingan hebat daripada PR berdasarkan keputusan pilihan raya yang tidak menyebelahi mereka sebelum ini," kata Hafiz kepada Siasah.Sebelum ini, Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kekesalan kerana kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia terpaksa membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk mengadakan pilihan raya kecil.Najib juga mendakwa PR cuba menduga kekuatan Barisan Nasional(BN) melalui pilihan raya kecil seperti mana yang berlaku sekarang. Dalam isu ini Hafiz berkata sebenarnya PR tidak membazirkan wang rakyat tetapi sebaliknya BN takut untuk menghadapi pilihan raya kecil ini sekali lagi setelah melihat keputusan pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak menyebelahi mereka.
PETIKAN DARIPADA AKHBAR SIASAH

MENGENALIMU

Mengenalimu…

Mengenali dirimu hatiku bahagia
Bersahabat denganmu
Diri ini megenal ilahi
Walau sahabat dialam maya
Ia bermakna buatku disini
Sahabat salam ukhwah ku hulurkan
Sahabat salam perjuangan kuutuskan
Salam kerinduan ku titip di angin lalu
Mengerat ikatan yang jauh di mata
Agar terus diredhai ilahi
Kau sudi bersama bila diri dihimpit ujian
Kau titipkan semangat bila diri ketandusan
Kau ingatkan bila diri alpa
Mensyukuri nikmat pencipta
Ya Allah aku bersyukur
Ditemukan sahabat sepertinya
Moga persahabatn ini terbina
Hanya keranaMu Ya Allah
Bertemu dan berpisah hanya keranaMu
Agar jalinan ukhwah berkekalan selamanya
{^_^}

LAWAT LAMAN INI

LAMAN-LAMAN INSTITUSI LATIHAN KERAJAAN

Institut Penilaian Negara
www.inspen.gov.my

Institut Tadbiran Awam Negara
www.intanbk.intan.my

Institut Kefaman Islam Malaysia
www.ikim.gov.my

Institut Terjemahan Negara Malaysia
www.itnm.com.my

LAMAN-LAMAN INSTITUSI PENYELIDIKAN TEMPATAN

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my

Institut Penyelidikan Perubatan
www.imr.gov.my

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
www.mier.org.my

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia
www.mardi.my

Penyelidikan teknologi nuklear Malaysia
www.mint.gov.my

Lembaga Getah Malaysia
www.lgm.gov.my

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
www.aelb.gov.my

Lembaga Sawit Malaysia
www.mpob.gov.my




DON'T WORRY

DON'T WORRY

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah siorang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tumenjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

NAMA OH NAMA



AKU NI PRINCESS...

TAK LAH....

AKU NI DIYLA...

KAWAN-KAWAN PANGGIL DIYLA...

ADE JUGAK YANG PANGGIL FAD...

ADE JUGAK YANG PANGGIL ABAIKAN...

YANG PALING AKU TAK LEH BLAH PANGGIL AKU NOR...

DAH MACAM ZAMAN SALOMA RASENYE... HAHAHA...

PANGGIL LA PAPE PUN...

YANG PENTING NAME AKU...


NOR FADHILLAH BINTI LUAWI



18 April 2009

YANG TERSIRAT

GAYA SEPERTI ACTION KAMEN
LOKASI PENGAMBARAN DI SEKSYEN 8
FOTO DIAMBIL SELEPAS UPACARA MENYIKAT RAMBUT
KECHUMELAN YANG TAK TERHINGGA
SIKAT ITU MILIK SIAPA?
BERAPA BATANG GIGI BABY TU?
SEMOGA AKAN MEMBESAR MENJADI GADIS JELITA =)

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

HITAM PUTIH KEHIDUPAN
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


JEMU JUGA KITA DENGAR LAUNGAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT. LAGI-LAGI MASA MUSIM PILIHANRAYA. ADA PARTI YANG MENGAKU MEREKALAH YANG MEMILIKI BAKAL WAKIL RAKYAT YANG BERJIWA RAKYAT.


TAPI, SEDARKAH MEREKA? KETIKA MEREKA MENGUTARAKAN BAIT-BAIT TERSEBUT... MEREKA SEDANG DIESKOT OLEH MEREKA YANG BERTUBUH TEGAP LAGI SASA. MEREKA JUGA MENAIKI KERETA MEWAH YANG BERNILAI RIBUAN RINGGIT. MEMAKAI PAKAIAN YANG MAHAL BERJENAMA ANTARABANGSA.


ITUKAH YANG DIKATAKAN BERJIWA RAKYAT? SEDANGKAN MASIH RAMAI LAGI RAKYAT YANG MENJALANI KEHIDUPAN DENGAN SUSAH PAYAH DAN KEPERITAN. RAKYAT DI BAWAH TAMPUK KEPIMPINAN MEREKA ITU SELAMA LEBIH 50 TAHUN.


KEHADIRAN KLCC, MENARA KUALA LUMPUR DAN PEMBANGUNAN YANG MELAMBANGKAN KEHEBATAN, BUKANLAH SESUATU YANG AMAT DIDAMBA OLEH RAKYAT. TIDAK SEMUA DARIPADA RAKYAT MALAYSIA MAMPU MEMJEJAKKAN KAKI KE KLCC, KE MENARA KUALA LUMPUR... MEREKA YANG MISKIN DAN SUSAH TIDAK MAMPU...


MUNGKIN HANYA MAMPU MELIHAT DARI TELEVISYEN, LEBIH MALANG LAGI HANYA MENDENGAR DARI RAKAN-RAKAN YANG PERNAH MENGUNJUNGINYA...


APA YANG PATUT KITA PEROLEHI SEBENARNYA? TENTULAH KEADILAN, KESAKSAMAAN, DALAM PENDIDIKAN, EKONOMI, DAN SEBAGAINYA. KITA INGINKAN PEMBELAAN UNTUK GOLONGAN MISKIN. SUPAYA MAMPU MERUBAH KEHIDUPAN MEREKA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK. ITULAH YANG BOLEH DIKATAKAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.


SEKIAN

CARA ATASI KEBOSANAN

MENGIKUT CARA ISLAM:
1. MENGAJI
2. MEMBACA BAHAN ILMIAH
3. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
DAN BANYAK LAGI, SELAGI TIDAK MELANGGAR SYARIAT...
MENGIKUT CARA PAK PANDIR:
1. MASUKKAN PEN DALAM IDONG
2. BACA BUKU MENONGGENG
3. MAKAN SAMBIL KOREK IDONG
DAN BANYAK LAGI IDEA-IDEA BODOH...
JANGAN LAH BUAT...
AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN...
KORANG PUN AKAN SUSAH...

DISEBALIK GAMBAR

TRIVIA TAHUKAH ANDA...
1. BILA GAMBAR INI DIAMBIL?
2. MENGGUNAKAN KAMERA JENIS APA?
3. DIMANAKAH LOKASI GAMBAR INI DIAMBIL?
4. SIAPAKAH YANG MENGAMBIL FOTO INI?
5. GAMBAR APAKAH INI?
6. ADAKAH ANDA MAMPU MENGAMBIL GAMBAR YANG SERUPA?

DARI SUDUT KAMERA KU

KEHADIRAN KAKI YANG SEDIKIT BERBULU... AGAK MENGGANGGU... BIARPUN TIDAK DAPAT DIAMATI BAUNYA OLEH ANDA SEMUA... KERANA IA HANYALAH GAMBAR TANPA BAU... TAPI IA CUKUP MENINGGALKAN TRAUMA KEPADA YANG MENGALAMINYA...

KEJADIAN SEORANG EMAK MEMBULI ANAKNYA... JARANG-JARANG TERJADI DI MUKA BUMI INI... MUNGKIN ATAS SEBAB DESAKAN HIDUP YANG MELAMPAU...



KEHADIRAN BEBERAPA ORANG GURU DARIPADA SEBUAH SEKOLAH YANG TIDAK DIKETAHUI NAMANYA... SEDANG MEMBACA MUQADDAM... AYUH LAGI... TERUSKAN...









KITA HARAPKAN

MANUSIA SEMUANYE HARAP SUATU YANG INDAH SAJE...
HARAP BOLEH, MENGHARAP JANGAN, TAKUT HARAPAN TAK KESAMPAIAN...
ADE JUGAK PEPATAH BERKAITAN DENGAN HARAP...
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI...
LIRIK-LIRIK LAGU YANG BERKAITAN DENGAN HARAP PUN BANYAK...
CAM LAGU...
SHEILA ON 7 - AKU BERHENTI BERHARAP
FAZLI ZAINAL - HARAPAN
BILA DOA PUN SEMUA ORANG HARAPKAN YANG BAIK-BAIK JE... BETOL TAK???
P/S: PENTINGNYA BERHARAP PADA ALLAH KERANA DIA LA... PENENTU SEGALANYA...

APA YANG KITA TAHU?

KITA TAHU, DIA TAHU, MEREKA TAHU, YANG PALING TAHU SIAPA?? YANG MAHA MENGETAHUI SIAPE??? ALLAH S.W.T... BETUL TAK??

MANUSIA MEMILIKI SIFAT INGIN TAHU, BIARPUN DIA TIDAK MUNGKIN MENGETAHUI SEGALA-GALANYA... KERANA PEMIKIRAN KITA MASIH TERHIJAB.

KITA MASIH MEMERLUKAN BANTUAN DARI ALLAH S.W.T UNTUK MENGETABILHUI SESUATU PERKARA. KERANA ITU KITA PERLULAH SENTIASA BERDOA UNTUK MENDAPAT SESUATU KEBAIKAN... KERANA KITA TIDAK TAHU APA YANG AKAN TERJADI PADA KITA BIARPUN HANYA SEDETIK TERKEHADAPAN...

APABILA KITA POHON MELALUI DOA... DENGAN IZIN ALLAH KITA MAMPU MENGETAHUI SUATU PERKARA YANG MASIH TERHIJAB, BIARPUN TIDAK SELURUHNYA...

SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH

"BERDOALAH KAMU NESCAYA AKU PERKENANKAN BAGIMU"

AMIN... SEMOGA SEMUA SENTIASA DI BAWAH RAHMAT ILLAHI...

AMPUNIKU

AMPUNIKU
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia
Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar
Kau ampuni diriku
Ampuniku
Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku
Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu
Tuhan
Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

MANUSIA DICIPTA DARIPADA 4 UNSUR

SEBAGAI SEORANG MUSLIM, KITA PERLU MENGETAHUI MANUSIA BAGAIMANA MANUSIA TERCIPTA. MANUSIA DICIPTA DARIPADA 4 UNSUR.

1. AIR
2. TANAH
3. ANGIN
4. API

SEBAGAIMANA ANDA KETAHUI DI DALAM TUBUH MANUSIA TERDIRI DARIPADA 70% AIR. JASAD MANUSIA PULA DICIPTAKAN DARIPADA TANAH. ROH(ANGIN) YANG DITIUPKAN DALAM TUBUH MANUSIA PULA ADALAH BERSIFAT ANGIN. MANAKALA MAKANAN YANG KITA MAKAN AKAN DIPROSES DAN MENGHASILKAN HABA(API), DI MANA SEMUA ELEMEN DIGABUNGKAN MAKA TERCIPTALAH MANUSIA.

KERANA ITU, MANUSIA AMAT MEMERLUKAN SESUATU YANG SEMULAJADI UNTUK MEMASTIKAN KELANGSUNGAN SUATU KEHIDUPAN. KITA LIHAT PADA ZAMAN DAHULU TIADA MASALAH PENYAKIT KRONIK SEPERTI KANSER DAN SEBAGAINYA YANG KIAN MENULAR PADA ERA GLOBALISASI INI. MENGAPA??? MEREKA LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SESUATU YANG BERSIFAT SEMULAJADI, SEBAGAIMANA KEJADIAN ASAL MANUSIA.

CONTOHNYA, PADA ZAMAN DAHULU TIADA KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN. MEREKA HANYA MENANTI ANGIN BERTIUP DAN UDARA SEMULAJADI SAHAJA UNTUK DISEDUT.

SELAIN ITU, DAHULU KALA KAYU KAYAN DIJADIKAN LANTAI RUMAH, KINI KONKRIT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENJADI LANTAI RUMAH. KONKRIT DIPERBUAT DARIPADA CAMPURAN SIMEN, PASIR DAN SEBAGAINYA. DIA LAGI ELEMEN SEMULAJADI PADA SUATU KONKRIT. KERANA ITULAH MANUSIA MUDAH DISERANG PELBAGAI JENIS PENYAKIT. SEPERTI SAKIT SENDI, PARU-PARU BERAIR, BATUK, SELSEMA, DAN SEBAGAINYA.

SEBAGAIMANA KITA TAHU, TUNUH BADAN MANUSIA MEMERLUKAN SUATU YANG BERSIFAT SEMULAJADI. TETAPI KITA TIDAKLAH MENOLAK SUATU TEKNOLOGI ATAUPUN KEMAJUAN YANG CUBA DIPERKENALKAN. KERANA ITULAH UBAT YANG TERBAIK BAGI TUBUH MANUSIA ADALAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA ALAM SEMULAJADI. BERBANDING UBAT-UBATAN HOSPITAL, YANG MERUPAKAN HASIL CAMPURAN BAHAN KIMIA.

INI KERANA TUBUH MANUSIA MEMERLUKAN SUATU YANG SEMULAJADI SEBAGAIMANA FITRAH KEJADIAN SESEORANG MANUSIA. ITU ADALAH SEBAIK-BAIK PILIHAN.

SEKIAN.

JUS OREN


TAHUKAH ANDA SEMUA, JUS OREN BAIK JIKA DIAMBIL PADA WAKTU PAGI. IA BERFUNGSI UNTUK MENYAH TOKSIN DI DALAM BADAN. MENAMBAHKAN KEASIDAN DALAM PERUT BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGHADAMAN. KERANA ITULAH KITA DAPAT LIHAT PENDUDUK LUAR NEGARA MENGAMALKAN PENGAMBILAN JUS OREN SEMASA SARAPAN PAGI. SELAIN ITU OREN JUGA KAYA DENGAN VITAMIN C. DI MANA VITAMIN YANG BAIK UNTUK MENGHALANG TERBENTUKNYA RADIKAL BEBAS. UNTUK PENGETAHUAN ANDA VITAMIN YANG JUGA MERUPAKAN ANTIOKSIDAN ADALAH VITAMIN A, C DAN E. SELAMAT MENCUBA.

15 April 2009

KENAPA DIHALANG BERPOLITIK


MENGAPA GOLONGAN GURU, PELAJAR DAN BEBERAPA GOLONGAN LAGI DILARANG MENERTAI POLITIK?? SEDANGKAN POLITIK ITU SANGAT PENTING. TERUTAMANYA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA, GOLONGAN CERDIK PANDAI WAJAR DIBERI RUANG UNTUK MENCEBURI BIDANG POLITIK. TERUTAMANYA PELAJAR KERANA MEREKA MERUPAKAN PELAPIS. ADAKALANYA GOLONGAN PELAJAR MENENTANG DASAR-DASAR KERAJAAN MENGAPA MEREKA DIHALANG UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT?? SEDANGKAN KITA MERUPAKAN NEGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN. UNTUK APA DEMOKRASI DILAUNG-LAUNGKAN?? SEDANGKAN SETIAP SALURAN MEDIA SEMASA SENTIASA MEMIHAK KEPADA PARTI PEMERINTAH??? DI MANA LETAKNYA DEMOKRASI?? RAKYAT MELAKUKAN DEMONSTRASI AKAN DITANGKAP... DITAHAN DIBAWAH AKTA ISA... ADAKAH DEMOKRASI ITU HANYA DI ATAS KERTAS SAHAJA??? FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA...

SITI MENEMUI TUAN GURU NIK AZIZ


AKHIRNYA SITI NURHALIZA PENYANYI NOMBOR SATU NEGARA MENEMUI TUAN GURU NIK AZIZ. KETIKA MENGUNJUNGI KELANTAN. BELIAU HADIR UNTUK SUATU PERSEMBAHAN DI ISTANA KELANTAN. BELIAU MENGAMBIL KESEMPATAN ITU UNTUK MENEMUI TUAN GURU NIK AZIZ, SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN. BELIAU BERTUKAR-TUKAR CENDERAMATA BERSAMA TUAN GURU. SITI MENEMUI TUAN GURU SAMBIL DITEMANI SUAMI BELIAU DATUK K. BIAR PUN MENGUNJUNGI MENTERI BESAR KELANTAN DATUK K MENAFIKAN AKAN MENYERTAI PAS KERANA BELIAU MASIH LAGI AHLI UMNO. INI HANYALAH SEKADAR KUNJUNGAN HORMAT.
SEKIAN.

MINUM BANYAK AIR PUTIH


AIR ADALAH 70% KANDUNGAN DARIPADA TUBUH BADAN MANUSIA. MANUSIA NORMAL MEMERLUKAN AIR KIRA-KIRA 8-12 GELAS SEHARI, UNTUK MEMASTIKAN SEL DALAM TUBUH MAMPU BERFUNGSI DENGAN BAIK. ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU KEKURANGAN AIR ADALAH:

1. HAUS PADA PERINGKAT AWALNYA
2. KEMUDIAN MERASA PENING
3. KOMA
4. MENGALAMI KEMATIAN

KEKURANGAN AIR UNTUK TEMPOH YANG LAMA AKAN MEMBAWA MUDARAT KEPADA SESEORANG. MANUSIA MAMPU BERTAHAN TANPA AIR KIRA-KIRA HANYA 3 HARI SAHAJA.

ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN MINUM BANYAK AIR ADALAH DEMAM.

SEKIRANYA ANDA DEMAM MINUMLAH AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK AGAR SUHU DAPAT DITURUNKAN DALAM TEMPOH YANG SINGKAT TANPA MENGAMBIL PARACETAMOL.

SELAMAT MENCUBA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...