GENG LENSA HIDUP

23 January 2010

KHALID PERJELAS INTI TITAH SULTAN....

salam...
isu ahli parlimen shah alam yang dipanggil mengadap sultan......


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa.
"Setakat ini, bukan isu kalimah 'Allah', Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam," jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.
Menurut Khalid, Sultan menitahkan PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor supaya memanfaatkan prosedur undang-undang yang ada, sekiranya berhasrat membuat sebarang perubahan.
"Kalau berasa apa-apa yang tidak sesuai dan memerlukan rombakan pada enakmen, maka ikut prosedur.
"Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya.
Jelasnya lagi, Sultan tidak gembira dengan perubahan menggunakan pendekatan berceramah.
"Istana tidak suka (pendekatan) ceramah-ceramah ini (kerana) ia memanjangkan kekacauan berterusan," jelasnya.
Menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam bersedia memanjangkan hasrat Tuanku Sultan kepada para pemimpin PAS di peringkat negeri.
"Saya menjunjung titah tersebut dan akan berbincang dengan pemimpin PAS, jadi proposal ini bukan daripada saya, tetapi biar datang dari PAS secara rasmi," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid menjelaskan bahawa niat bertemu Tuanku Sultan diusahakan sejak November tahun lalu lagi.
Kesempatan mengadap Tuanku Sultan pagi tadi, menurut beliau, digunakan untuk menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga dilaporkan membuat penafian kononnya cuba menghina Tuanku Sultan dengan mempertikai penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam suatu demonstrasi berkaitan isu kalimah 'Allah' di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam.
Isnin lalu pula, lebih 16 badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Khalid memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.
erm... mcm2 fitnah yang dilemparkan...
semoga yang benar sentiasa dilindungiNYA...
bagi yang benar2 boleh berfikir...
jika akhbar alternatif...
melaporkan berita yang salah sudah semestinya mereka akan disaman oleh kerajaan Malaysia 
mereka mampu melaporkan apa sahaja berita untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat
kenape??? mereka yang kontrol segala media massa...
so renung2kan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...