MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan.
Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan.
Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.
Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan.
Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13.
Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.
Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.
Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.
Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Celik lah wahai rakyat jelata...
Jangan tidur lagi...
Celik lah wahai rakyat jelata...
Jangan tidur lagi...
8 comments:
Tidak ada barang yang akan turun
walau sesiapa pun memerintah..
tidak ada satu kerajaan di dunia ini yang harga barangan akan sentiasa turun...
realiti tetap realiti
rektorik tetap rektorik
duit kemana?
kita melihat dari sudut mana?
sekadar pandangan
encik hafiz rektorik tak da dlm kamus. retorik ade la....
kita bukan nak turun harga brg....
tapi pastikan harga terkawal...
usaha untuk elak harga brg naik.. itu sahaja...
tq....
apa kamu ingat semua satu malaysia dapat jejakkan kaki ke KLCC???
belum tentu lagi :)
sory..typo..
kerajaan sedaya upaya mengawal harga barang..usaha itu harus dilihat dari sudut positif..sesiapa pun akan marah jika kos hidup kita meningkat..
tidak ada satu kerajaan di dunia ini mahu menyusahkan rakyat nya..
saya amat pasti saudari dari pihak pembangkang..amat bodoh BN jika naik kan harga sesuka hati..nanti pasti rakyat tolak mereka PRU akan datang.kalau ada duit tolong la rakyat, comfirm BN kekal memerintah.
anda mahu kekalkan harga? sampai bila? terimalah hakikat ekonomi dunia adalah ekonomi kapitalis..sesiapa pun memerintah..sistem ini terus mencengkam.
adakah dengan memberi kemenangan kepada PR akan menyelesaikan kesemua kekusutan yang saudari postingkan dalam perihal politik?
jangan lah terlalu membenci..
pada pandangan saya Malaysia akan hancur jika PR memerintah..
PAS?
Menang jadi arang, kalah jadi abu
apa maksud maksud satu malaysia jejakkan kaki ke KLCC?
saudari ni cikgu BM ke?he3
utk tahu setiap perkataan tak perlu jd cikgu BM... kamus semua org mampu miliki... :)
kita tak perlu terlalu bergantung dgn ekonomi dunia...
kerana kita juga miliki sumber..
seperti petroleum
getah
sawit
beras...
ladang tebu...
mungkin tidak cukup utk menampung setiap rakyat...
tapi ia boleh digunakan sebaik mungkin...
agar rakyat tak terbeban...
selain daripada membantu meringankan kos hidup rakyat jelata
kamu fikir??
wajarkah seorang pemimpin bergaya hidup mewah...
sedangkan ada rakyat yg tak cukup mkn????
kalau kamu pemerintah tp tidak bermewah tak mengapa...
fikirlah...
jika kita mengamalkan ekonomi sendiri seperti yang saudari katakan itu seolah2 kita mengamalkan dasar tutup pintu..perlu diingat..kita bukan negara komunis seperti korea utara, malah pelaburan asing mendominasi pelaburan negara..
hakikat sebenar kita bergantung kepada ekonomi dunia..saya tak pasti saudarini bekerja dalam bidang apa..atau masih belajar..tapi itulah hakikat..jika dahulu pekerja kilang dibuang kerana ekonomi amerika merudum..itulah kesan langsung ekonomi dunia..
rakyat mana tak cukup makan?
Apa guna JKM, Ketua Kampung, dan banyak lagi badan2 amal lain? kerajaan tidak pernah mengabaikan perkara ini, tambahan pula kepada anak2 yatim, ibu2 tunggal dan golongan yang memerlukan..yang pasti masih masih ada kelemahan, perlu dibaiki,
seorang pemimpin adalah memimpin..
kaya atau miskin..itu bukan ukuran kepimpinan..tapi pandangan masyarakat sedikit sebanyak memburukkan reputasi mereka..
wallahualam
ermm... setengah bercakap tidak memikirkan ianya secara meluas... nampak tegar tapi perlu memahami hakikat sebenarnya kan,,,
Post a Comment