GENG LENSA HIDUP

29 July 2010

KURMA BAIK UNTUK RAHIM



salam
apa khabar semua...
moga sihat sejahtera dan sentiasa ceria =)

kali ni nak kongsikan mengenai buah kurma...

kurma adalah sejenis tumbuhan palma yang dalam bahasa saintifiknya phonex dactylifera. kurma ade dua jenis kurma kering(tamr) dan kurma basah(ruthab)....

antara kebaikan kurma kering adalah untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing. kerana mengandungi serat... yang berfungsi untuk mengawal pergerakan usus dan menguatkan rahim terutama ketika wanita bersalin...

manakala kurma basah pula baik untuk mengawal kelajuan pergerakan rahim. kerana tu Allah S.W.T memerintahkan Maryam binti Imran untuk makan buah kurma ketika hendak bersalin. ni kerana buah kurma mengenyangkan dan juga menjadikan gerakan  rahim bertambah teratur... sehingga Maryam dengan mudah melahirkan anaknya...

Allah S.W.T berfirman: 
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26]

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan 'Amr bin Maimun di dalam tafsirnya: "tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah"

Doktor Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb an-Nabawy wal Ilmil Hadith mengatakan:
“Hikmah dari ayat yang mulia ini secara perubatannya adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan minuman dan makanan yang kaya dengan unsur gula, hal ini karana banyaknya pergerakan otot-otot rahim ketika hendak melahirkan bayi, lebih-lebih lagi apabila  proses itu memerlukan masa yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal laju gerak rahim dan menambah masa pergerakan jantung ketika darah dipam ke pembuluh darah. Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”
buah kurma masak sangat kaya dengan unsur kalsium dan besi. kerana tu ia sangat bagus dimakan oleh wanita hamil dan wanita yang baru melalui proses kelahiran... kandungan besi dan kalsium yang ada pada kurma baik untuk janin... dan menambahkan air susu... dan juga dapat menggantikan tenaga ibu selepas melahirkan... kerana besi dan kalsium amat penting untuk pembentukan darah dan tulang sumsum.
kurma basah juga mampu mencegah daripada terjadinya pendarahan bagi ibu-ibu ketika melahirkan dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum kehamilan berikut. ini kerana dalam kurma segar mengandungi hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran.

nota: bagi kat kanak-kanak dan orang berusia jugak elok... pendek kata semua orang elok makan buah kurma... hehehehe... memang kaya khasiat... cuma kali ni aku fokus pada perihal kelahiran dan kehamilan

rujukan: buku Kupas Tuntas Khasiat Kurma Berdasarkan Al-Quran dan Hadis dan Tinjauan Medic Modern

2 comments:

zulkbo said...

salam ..
molek la tu..
bawak makan selalu

nabilah_2908 said...

selama ni sy makan jer...tak tahu pula sedetail ni... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIMBANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...