salam
harap semua sihat walafiat...
cite ni dah lame cuma aku dok la fikir cam ne nak olah dalam bentuk entri....
ini adalah kisah benar tetapi sedikit diolah dalam bentuk cerita...
seorang ustazah yang masih lagi baru mengajar...
cuba bertanya pada anak-anak muridnya...
bila da besar nanti nak jadik ape?
maka riuhlah murid-murid menjawab ada yang nak jadik doktor, jurutera, cikgu, askar....tiba giliran seorang budak lelaki untuk menjawab...
"ustazah saya da besar nanti nak jadi ulama" jawab budak lelaki tu...
mendengar jawapan budak tu... seluruh kelas menyambut dengan hilai ketawa pada beliau... ustazah pun berasa hairan dan pelik...
"salah ke cita-cita nak jadi ulama... orang nak jadik baik pun salah... diketawakan lagi... mana tak MALU orang nak buat baik" pintas ustazah
ni bukan cite karut ni adalah kisah benar... kerana kita dikelilingi manusia yang kurang 'supportive' natijahnya kita MALU untuk menjadi baik... banyak lagi situasi yang aku boleh contohkan...
situasi 1
andai seseorang berjalan bersama kawan-kawan di kaki lima.... tiba-tiba nampak plastik air kat atas lantai... sakit mate nak ditengok... kerana malu digelar orang baik oleh kawan-kawan (cth: "fuyoo baiknye ko ni... ") kerana tu korang membiarkannya... maka terlepaslah korang untuk mendapat pahala dengan mudah....
situasi 2
jika datang peminta sedekah saat korang ngah ngan member-member... bimbang digelar seorang yang pemurah... korang biarkan je peminta sedekah tu berlalu tanpa memberikan apa-apa...
situasi 3
korang memiliki sejarah hitam dalam hidup sebelum ni... cam tak bertudung ke... isap dadah ke... ape je la yang tak baik dan berdosa... kemudian korang nak berubah menjadi seorang hamba yang taat dan laksanakan setiap suruhanNYA... tapi memikirkan kawan-kawan kat keliling korang yang satu kepala dan bimbang diejek korang batalkan hasrat untuk menjadi seorang hamba yang taat...
penyakit malu tak bertempat ni boleh menjadi lebih kronik jika tak dirawat dengan segera... malah mungkin disertai dengan 'associated symptom' yang dahsyat TAKUT BERBUAT BAIK!!! maka terciptalah penyakit MA-KUT(malu-takut) untuk membuat kebaikan...
siapa yang kita kejar? pandangan al-Khaliq atau pandangan makhluk? pandangan Pencipta yang lebih utama atau pandangan yang dicipta lebih utama?
PERLUMBAAN TANPA PESERTA
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu BERLUMBA-LUMBALAH KAMU MENGERJAKAN KEBAIKAN, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Al-Baqarah: 148)
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa " (Ali-Imran : 133)
ON YOUR MARK!!! GET SET GO!!!
8 comments:
situasi 1 dan 2 mmg sy pnh rasai sedih btol nk buat baik pun kwn2 kata nk tunjuk macho kt pmpuan? adoiyai...
malu tapi mau le ni... jangan sampai nyawa kat halkum baru nak buat baik dah le..
insaf
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"..Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari
kesimpulannye klo nk jd baik mstilah brkwn ngan org yg baik jgk..^_^
trend skrg lagi terok malu nak tutup aurat..mcm pakai tudung..takot dikatakan hipokrit..ish2..
wah... entry menarik! btul la... kita ni kadang2 terlalu "malu" dan fikirkan apa org sekeliling kita cakap bila nak wat baik...
hopefully sy dpt ubah apa yg patut ^_^ thanks for the reminder....
salam ziarah.
ini kerana Islam kembali menjadi asing sebagaimana saat kemunculannya dulu.persekitaran kita yg menghalang/menyekat/mengurangkan kecenderungan kita utk beramal kecuali mereka2 yg menentang arus.begitu juga dgn cara berpakaian.mereka2 yg berpakaian kebudayaan/secara Islam spt berkopiah,berseban dsb akan dipandang asing dan akan diintip gerak geri utk dicari kesalahan.disini,berpakaian demikian umpama berpakaian takwa.yakni seumpama mereka yg berpakaian demikian akan dianggap alim,kuat sembahyang dll.dan jika segelintir drp mereka ada melakukan kesilapan.ia akan menjadi senjata utk menyerang individu yg cuba menghidupkan sunnah/kebudayaan Islam.berbeza jika kita pergi ke negara yg serban,jubah dll yg menjadi pakaian harian.kita yg akan menjadi asing jika kita di sana.apa yg penting keazaman kita dlm beragama.kita mengharap pujian/kejian manusia @ Allah
yela...kdg2 org malu je bila nak buat baik...cam aku...haha
kene berubah.. kene berubah..
oleh itu BERLUMBA-LUMBALAH KAMU MENGERJAKAN KEBAIKAN..
langkah pertama anda sila
garu belakang pakcik..gatal la
pulak..he he..
Post a Comment