assalammualaikum dan selamat sejahtera....
masih lagi dalam mode autopublish entri... kali ni aku nak memperkenalkan menu eksotik dipagi syawal... huhu... nama juadah ni adalah PERIUK KERA....
sangat best sesape yang penah makan... di dalamnya terdapat pulut yang telah dikukus bersama santan... jom kita usyar gambarnya...
gambar kat atas ni merupakan periuk kera yang sudah di masak... kat sini aku sertakan cara untuk membuat periuk kera...
bahan-bahan:
periuk kera
pulut
santan
garam
cara membuatnya:
rendam pulut bersama santan yang telah dicampurkan garam secukup rasa... sekitar 30minit... kemudian bersihkan periuk kera.... dan kemudian... bolehlah masukan pulut yang telah direndam ke dalam periuk kera...
anggaran pulut yang diisi... adalah 1/2 daripada saiz bekas... kemudian tambahkan santan hingga pulut agak tenggelam... supaya rasa periuk kera lebih lemak dan sodap...
sematkan dengan lidi kelapa supaya hasil setelah dimasak lebih kemas dan cantik... susun di dalam bekas pengukus dengan cermat supaya santan tidak tertumpah.... kalau tak semat pon boleh je jadi...
kemudian kukus lebih kurang 45minit hingga 1jam...
sangat sedap dimakan bersama rendang atau dimakan begitu saja... makanan ni merupakan makanan tradisi family aku sejak tahun 60an lagi... arwah atok aku memang suka wat benda alah ni...
tahun ni... periuk kera kita orang dapat daripada kawasan paya di sekitar muadzam pahang.... jauh derr periuk kera ni nak bawak dari muadzam ke johor huhu...
7 comments:
aik..periuk kera boleh makan ker miss...hehee
aik..periuk kera boleh makan ker miss...hehee
owh...first time tau pasal periuk kera ni...tk sngka pula boleh di makan..
jom ke APA KATA HATI pulak ;
RAYA PART 1
hai miss...napa shout mix box tak leh nak masuk...huhu
belom pernah makan periuk kera ni.. sedap ker?
ada jual di kedai2?
1st time dengar menu nih!.. yg pasti periuk kera tu bukan utk d makan kan?.. fungsi periuk kera tu mcm daun ketupat kan?.. tp camner laa aroma periuk kere ni ek!..
periuk keranye dimakan tak???pulut ngan santan da macam lepat. teringin gak nak try gini
Post a Comment