GENG LENSA HIDUP

18 October 2013

SINGKAP DAN SUMBAT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga semuanya sihat selalu...

Tajuk singkap dan sumbat... mesti ramai yang tertanya-tanya... tentang ape pulak ye...

Breastfeeding bukan sekadar singkap dan sumbat...

Malah lebih daripada itu...
Kesabaran
Kecekalan
Sokongan
Dan berbagai lagi yang perlu dikorbankan. Bagi menjayakan breastfeeding. 

Sangat meletihkan bagi ibu yang berkerjaya... tetapi... berkat kesabaran dan sokongan suami tercinta... diteruskan juga... breastfeeding.

Kehadiran cahaya mata... adalah saat terindah...
Allah juga kirimkan rezeki buat anak-anak yang lahir... rezeki susu ibu...

Yakin dalam hati...
Anugerah yang diberikan Allah adalah makanan yang terbaik buat bayi anda... sebagaimana tertulis dalam kitab suci susukan anak mu selama 30 bulan...

Berdasarkan pengalaman
Anak-anak yang minum susu ibu... biasanya tidak demam berhari-hari.. tidak mudah dijangkiti batuk atau selsema...

Anak pertama aku dijangkiti demam buat kali pertamanya pada usia 1tahun 2 bulan... itu pun demam di sebelah malam... dan kebah esoknya...

Anak kedua aku pulak kena demam masa umur 3 bulan...tapi kurang daripada 12jam... demamnya dah kebah...

Percayalah susu ibu adalah anugerah terbaik buat ibu dan anaknya...

So jangan malas... untuk susukan anak korang dengan susu ibu... tak de alasan air susu tak de ataupun air susu sikit... apa yang anda fikir itulah yang anda dapat... =)

Kerana jika korang betjaya susukan bayi korang sendiri... korang akan rasakan satu kepuasan... menjadi seorang ibu... kerana langkah pertama anda telah mulakan... untuk membentuk seorang insan yang berjaya... 

Kerana perkembangan otak anak-anak yang minum susu ibu adalah lebih baik.... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...