GENG LENSA HIDUP

02 December 2013

AKU YAKIN KAU JODOHKU

Assalammualaikum

Semoga december ini menggembirakan kita =)

Alhamdulillah aku gembira bersama suami dan anak-anak.. cewahhh

Naluri
Rasa hati
Instinct
Six sense

Biasanya sangat kuat di antara
Suami dan isteri
Ibu dan anak
Bapa dan anak
Adik-beradik

Dan instinct dikalangan mereka yang ber'couple'
Kadang kala ada yang betul dan ada yang salah... tak kurang juga disebabkan perasaan yang terbuai2 oleh cinta dan rindu pada sang kekasih...... kerana di sebalik itu ada juga hasutan dan bisikan syaitan...

Kadang kala saat bercouple...
Kita sangat YAKIN si dia lah yang akan berjodoh dengan kita... siap kita sertakan bukti2 bahawa si dia sangat sayang dan cinta pada kekasihnya nan satu itu...

Walhal berkasih nak rak
Bercinta nak rak
Miliki instinct tentang betapa kasih dan cinta yang ada dari si dia untuk anda... walhal... hakikatnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Kerana yang maha mengetahui hanya Allah S.W.T

Kerana itu tidak semua yang bertunang itu berkahwin, tidak semua yang bercouple itu juga akan berkahwin...

Dan apa yang Allah berikan itulah yang terbaik untuk hambaNya...

Kerana jodoh dalam perkahwinan... yang Allah berikan adalah untuk saling lengkap melengkapi...

Si banyak cakap pasangannya si pendiam
Si pemarah pasangannya seorang yang cool
Si pemboros dengnan si penjimat

Dan macam2 lagi...

Dan biasanya Allah akan temukan seseorang dengan mereka  yang sekufu

Tidak kiralah sekufu

Dari segi ekonomi
Dari segi pendidikan
Dari segi agama

Kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... agar kita tidak kekok dan janggal apabila berkumpul bersama keluarga pasangan kita...

Apabila sudah berkahwin... ya itulah jodoh yang diberikan Allah buat kita... jika memang bukan jodoh... setia hingga hujung nyawa tetap takkan berkahwin juga... jika bukan jodoh sejuta orang yang memaksa takkan berkahwin juga...

Kerana jodoh, ajal, maut, pertemuan... semua ketentuan Allah... Dia berkuasa ke atas apa yang Dia kehendaki...

Nota: daripada kami bertunang sampai kami berkahwin... cincin kat jari manis aku... sentiasa muat kat jari kelingking my hubby... hu3 walaupun hubby aku dah berisi... dulu2 masa mula2 kenal... 60kg plus2 je... now dah 70kg plus2... orang tua2 kata kalau muat cincin tu... tu lah partner kita huk3 wallah hualam



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...